Semalam Kak Bell masih lagi mengikuti pertandingan nyanyian berkonsepkan
misteri, The Masked Singer Malaysia minggu kelima. Sebanyak lapan orang
peserta masih meneruskan perjuangan mereka di pentas The Masked Singer
Malaysia.
Untuk recap 4 peserta yang telah disingkirkan adalah Nasi Lemak (Datuk
Mirnawan Nawawi), Rimau (Ebby Saiful), ABC (Yana Samsudin) dan Musang King
(Zain Hamid/Ruffedge).
Minggu ini juri tetap Ella tidak hadir untuk episod 5 dan digantikan dengan
pelakon dan penyanyi Janna Nick. Kehadiran Janna Nick sedikit sebanyak
menceriakan juga TMSM minggu ini. Komen dan tekaan Janna pun 'not bad'. Cuma
sekarang di setiap episod Kak Engku selalu sahaja buat tekaan yang
pelik-pelik. Adakah penyanyi Marsha di sebalik topeng Rajah Brooke sebab ada
tunjuk pokok kelapa atau Rafflesia seperti yang disebut setiap minggu?
Persembahan minggu kelima memang semua mantap dan layan. Kebanyakan peserta
membawakan genre lagu berbeza untuk tunjukkan skill vokal masing-masing.
Cuma Ayam Jantan sahaja yang sentiasa menyanyikan lagu yang berkonsep lebih
kurang sama. Untuk minggu ini, peserta pilihan Kak Bell adalah tetap Rajah
Brooke, Rafflesia dan Enggang. 3 peserta ni memang layaklah dapat markah
tinggi sebab persembahan mereka yang best!
Seperti yang dijangka, Rajah Brooke sekali lagi mengungguli tempat pertama
dengan dendangan lagu Romancinta nyanyian asal Mojo, diikuti Enggang dan
Rafflesia. Rafflesia yang membawkaan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi/Mulan
Jameela memang sangat Kak Bell suka. Ingatkan boleh atasi markah Rajah
Brooke.
Akhirnya giliran Ayam Jantan yang dipakai oleh pelakon Hairul Azreen
terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Cinta
Dewa Dewi dendangan asal kumpulan Spider dan sekaligus tersingkir.
Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang
diperolehi pada konsert minggu kelima daripada para juri:
#2 Enggang (Drama/Drama Band) : 93%
#3 Rafflesia (Makhluk Tuhan Paling Seksi/Mulan Jameela) : 88%
#4 Bunga Raya (Lagu Untukmu/Meet Uncle Hussein) : 85%
#5 Orang Utan (Potret/Akim & The Majistret) : 79%
#6 Wau (Nirmala/Datuk Seri Siti Nurhaliza) : 79%
#7 Reno (Budi Setahun Segunung Intan/Ahmad Jais) : 77%
#8 Ayam Jantan (Cinta Dewa Dewi/Spider) : 72%
Memang Kak Bell tak sangka yang Hairul Azreen boleh menyanyi. Ok jugaklah
suara dia kan. Dari awal rancangan kebanyakkan netizen memang dah teka
yang Hairul Azreen berada di sebalik topeng Ayam Jantan. Dan buat pertama
kalinya juga yang Juri The Masked Singer Malaysia dapat meneka dengan
tepat siapa di balik topeng Ayam Jantan.
Hairul Azreen sempat memberitahu yang dia memang bercita-cita nak jadi
penyanyi dan artis popular. Kiranya dia sudah puas hati bila dapat perform
menyanyi di depan ramai orang. Kalau ikutkan lagu yang dinyanyikan Hairul
macam sama je genrenya iaitu Hutang, Hukum Karma, Memburu Impian dan
Farhana. Kalau ada variasi lagu lain mungkin lebih menarik kan? Jom kita
tunggu next week pula ya.
Kredit:
Astro & Astro Gempak