JACK ‘n JILL Potato Chips memperkenalkan perisa terbaru JACK ‘n JILL Potato
Chips Sambal Udang yang mengujakan. Sambal udang - yang pastinya menepati
citarasa rakyat Malaysia yang rata-ratanya merupakan peminat tegar hidangan
pedas dan menyelerakan itu.
Sejak tahun 1984, Jack ‘n Jill Potato Chips telah menjadi snek pilihan
rakyat Malaysia bagi menceriakan mood dikala perlu. Kini, selepas 36 tahun
menjadi 'Temanmu Selalu', JACK 'n JILL ingin meraikan ikatan istimewa ini
dengan memperkenalkan perisa baharu Sambal Udang.
Beg Tote Naim Daniel X Cloakwork Edisi Terhad
Bersempena pelancaran ini, JACK ‘n JILL juga telah membentuk gandingan padu
bersama pemenang Anugerah Juara Lagu Naim Daniel dengan pelukis kreatif
multi-disiplin Cloakwork untuk menghasilkan beg tote edisi terhad yang
bertemakan 'Temanmu Selalu'.
Pemenang Anugerah Juara Lagu 2020 - Naim Daniel pastinya tidak asing lagi
setelah menempah nama di persada muzik tanahair dalam genre Pop dan
R&B dengan suaranya yang memukau rakyat Malaysia daripada pelbagai
lapisan masyarakat. Cloakwork pula merupakan artis jalanan yang telah
melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa dengan karya lukisannya yang
tidak konvensional dan mencuri tumpuan. Dengan menggabungkan minda kreatif
kedua-dua anak muda ini, beg tote 'Temanmu Selalu' yang diilhamkan adalah
bersifat warna-warni dan penuh keseronokan, seiring dengan perwatakan yang
dikongsi mereka iaitu kreativiti; selain dua bidang yang telah menjadi
darah daging mereka – muzik dan seni.
Mengulas mengenai kerjasama itu, Emannuel Puno selaku Naib Presiden Kanan
(SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura berasa
amat gembira dapat menjemput dua anak Malaysia ini yang berbakat, untuk
bersama-sama menghasilkan beg tote eksklusif ‘Temanmu Selalu’ ini. Ia
sememangnya mengagumkan untuk melihat dua individu yang ceria dan kreatif
ini berkongsi pandangan dan meluahkan idea masing-masing. Diharapkan beg
tote ini yang terhasil daripada usaha berjam-jam itu dapat menemani
peminat-peminat Jack ‘n Jill ke mana jua dalam rutin seharian mereka.
"Bagi saya, kerepek kentang JACK ‘n JILL adalah snek yang sentiasa menceriakan hati dan memberi rasa santai. Saya amat teruja terhadap kerjasama bersama snek kegemaran saya yang sejak zaman kanak-kanak lagi dalam pelancaran perisa baharu Sambal Udang ini dan juga peluang berkolaborasi dengan Cloakwork," kata Naim Daniel.
“Peluang berkerjasama dengan Naim Daniel untuk menghasilkan beg ‘Temanmu Selalu’ telah membolehkan saya menyampaikan ‘rasa keseronokkan menikmati Jack ‘n Jill Potato Chips’ melalui stail karya saya yang berwarna-warni dan menyeronokkan. Melukis adalah impian saya dan saya begitu sukacita kerana kali ini saya telah mencipta karya saya pada kanvas yang agak berbeza berbanding kerja-kerja yang saya hasilkan sebelum ini," kata Cloakwork.
Beg tote Edisi Khas ‘Temanmu Selalu’ kini boleh didapati di kedai-kedai
di seluruh negara, sementara stok masih ada, dengan hanya pembelian
minimum RM10 JACK ‘n JILL Potato Chips Sambal Udang V-cut atau mana-
mana produk JACK ‘n JILL Potato Chips dalam sekeping resit.
Facebook: https://www.facebook.com/jnjpotatochips/
IG: https://www.instagram.com/jacknjillpotatochips/
#JacknJillPotatoChipsSambalUdang
#JacknJillTemanmuSelalu
#TemanmuSelalu