Untuk minggu ke-3
The Masked Singer Malaysia
seramai 10 orang peserta masih meneruskan cabaran. Sehingga kini, seorang
artis dan ahli sukan telah didedahkan identiti mereka di sebalik topeng.
Anda semua ada yang sudah berjaya meneka dengan tepat ke? Sampai sekarang
Kak Bell masih 'clueless' hendak meneka siapa sebenarnya di sebalik
topeng. Memang keliru tertipu habislah.
EPISOD 3 THE MASKED SINGER MALAYSIA
Sebanyak 10 orang peserta yang terdiri daripada barisan selebriti popular
dari pelbagai bidang telah mempersembahkan suara masing-masing. Para netizen
juga semakin rancak meneka peserta yang bertanding. Kak Bell dah terpengaruh
dengan tekaan Ayam Jantan adalah Hairul Azreen, Rafflesia adalah Marsha
Milan dan Yana Samsudin di sebalik topeng ABC. Hebat juga para netizen dari
tekaan panel juri kan? Maaflah, Kak Bell rasa juri macam mengarut je
tekaannya.
Keletah Ella dalam episod ini telah menukar dari trademark biasanya "Ella
rasa.." kepada "Ella fikir.." Ella memang kelakar tau, suka sangat. Ella in
person pun memang ramah, kelakar dan manja! Minggu ini juga ABC telah
memberikan klu tambahan dengan memberikan 'Laksa Johor' kepada panel juri.
Minggu ini pihak juri pun tak adalah terlalu 'cringe' sangat.
Persembahan semua peserta minggu ini memang mantap. Masing-masing
menunjukkan belang masing-masing dan ada peningkatan. Peserta pilihan Kak
Bell untuk minggu ini adalah Rajah Brooke, Bunga Raya dan Reno. Kebanyakkan
makin bagus dan penjurian markah pun tidaklah begitu banyak beza.
Minggu ketiga menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan
dendangan lagu Paku nyanyian asal Ara Johari dan Reno ditempat kedua dengan
lagu Hanya Rindu/Andamesh Kamaleng. Terbukti Rajah Brooke memang ada vokal
yang mantap sebab bukan senang nak bawa lagu Ara Johari yang bernada tinggi.
Walaubagaimanapun kedudukan tertinggi dan terbawah memang bergantung
sepenuhnya kepada persembahan mereka di minggu tersebut.
ABC TERSINGKIR DI MINGGU KE-3
Dari minggu pertama The Masked Singer Malaysia, Kak Bell memang merasakan
yang ABC akan tersingkir awal. Persembahan ABC di minggu ke-3 ini memang
ada peningkatan dan membawakan lagu yang lebih susah dari minggu
sebelumnya. Pak Nil yang terdahulu memberi ulasan yang ABC hanya
menyanyikan lagu yang mudah dan senang sahaja, minggu ini menunjukkan
kehebatannya. Walaubagaimanapun, prestasi nyanyian peserta lain yang turut
meningkat menyebabkan markah untuk ABC masih tidak mampu mengekalkan
kedudukannya untuk terus bersaing.
Kostum ABC yang dipakai oleh pelakon dan penyanyi Yana Samsudin, sekali
lagi berada di bottom 3 bersama dengan Ayam Jantan dan Orang Utan.
Akhirnya ABC yang berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu
Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, tersingkir
pada minggu ketiga. Kak Bell jangka kalau ABC tidak tersingkir, mungkin
penonton boleh dengar dan saksikan lagi kehebatan Yana Samsudin di pentas.
Yang penting ABC bukannlah Cik B ya.
Klue yang telah diberi adalah 'inhaler' yang digunakan oleh Wawa Semput dalam VT ABC. Jom ikuti kedudukan para peserta dan peratusan markah pada konsert minggu
ketiga:
#2 Reno (Hanya Rindu/Andamesh Kamaleng): 90%
#3 Rafflesia (Retak/Ella): 83%
#4 Enggang (Ingat-Ingat/Amuk): 81%
#5 Bunga Raya (Kalau Berpacaran/Anna Rafali, Sohaimi Mior Hassan & Altimet): 81%
#6 Musang King (Fly Me To The Moon/Jazz Lag): 81%
#7 Wau (Dag Dig Dug/Haiza): 77%
#8 Ayam Jantan (Memburu Impian/Kristal): 77%
#9 Orang Utan (Kopi Dangdut/Fahmi Shahab): 74%
#10 ABC (Aku Bidadari Syurgamu/Datuk Seri Siti Nurhaliza): 72%
Anda semua setuju ke dengan penyingkiran minggu ke-3
The Masked Singer Malaysia? Jangan lupa menonton episod seterusnya dan terus meneka siapakah
selebriti di sebalik topeng.
Gambar dari Astro dan Astro Gempak