Hai semua! Dah tonton filem Mulan? Kak Bell sudah pun menonton pada 8 September lepas, filem yang memang Kak Bell nantikan tayangannya. Sekarang dah ada peneman yang suka menonton wayang, mungkin nanti Kak Bell akan lebih kerap sikit lah berkongsi ulasan filem jikalau ada masa hendak menulis.
Berbalik kepada filem Mulan yang diproduksi Walt Disney, filem ini juga telah diboikot karena isu penggambaran yang dibuat di Provinsi Xinjiang, wilayah yang diberitakan 1 juta penduduk Muslim Uighur ditahan di sana. Keadaan bertambah buruk apabila pelakon utamanya, Yifei menyatakan pula sokongan terhadap pihak berkuasa Hong Kong untuk tidak membenarkan rakyat dari tanah besar China berhijrah ke Hong Kong. Hashtag #Boycott Mulan pun mulai menjadi trending sebagai lambang solidariti dan mendukung Hak Asasi Manusia. Jadi apa pendapat anda semua? Komen di bawah.
Filem Mulan (2020) adalah sebuah filem remake 'life-action' dari filem animasi Mulan tahun 1998. Filem termahal yang pernah diarahkan oleh seorang sutradara perempuan, Niki Caro ini juga adalah filem Disney pertama yang seluruh pelakonnya menggunakan pelakon dari Asia dan Asia-Amerika. Dari komen yang Kak Bell baca, filem versi baru Mulan ini tidak jauh berbeza dengan versi animasi. Cuma ada beberapa garapan baru dibuat supaya bersesuaian dengan versi kali ini.
Directed By: Niki Caro
Written By: Rick Jaffa, Amanda Silver, Elizabeth Martin, Lauren Hynek
Screenplay: Yifei Liu (Hua Mulan), Donnie Yen (Commander Tung), Li Gong (Xianniang), Jet Li (Emperor), Jason Scott Lee (Böri Khan), Yoson An (Honghui)
Rating: PG-13 (for sequences of violence)
Genre: Action & Adventure, Drama, Kids & Family
Release Date: Aug 21, 2020
Runtime: 115 minutes
Studio: Disney+
Hua Mulan (Liu Yifei) semasa kecilnya (lakonan Crystal Rao) sangat aktif dan sering berlari ke sana-sini mengejar ayam sampai ke atas atap pada minit awal filem. Mulan yang dilihat tangkas seperti lelaki, selalu merosakkan barang-barang di sekitarnya menjadi buah mulut jiran-jirannya membawang karena pada zaman itu watak dan tugas wanita mestilah sopan dan tenang. Walaupun bapanya bangga kerana Mulan mempunyai 'chi' yang tangkas, ianya mesti dipendamkan bagi mengelakkan masyarakat memandang serong keluarga mereka.
Kemudian datang berita bahawa kerajaan diserang oleh Suku Rounan pimpinan Bori Khan (Jason Scott Lee) yang dibantu oleh seorang ahli sihir Xian Lang (Gong Li). Maharaja China (Jet Li) pun mengeluarkan dikri kepada rakyat yang mengharuskan setiap keluarga untuk menghantar seorang anggota keluarga lelaki untuk direkrut sebagai askar bagi menangani serangan dari Suku Rouran.
Dalam keluarga Hua Mulan cuma ayahnya sahaja, Hua Zhou (Tzi Ma) yang memenuhi syarat kerana ahli keluarnya semua perempuan, termasuk ibunya (Rosalind Chao) dan adiknya (Xana Tang). Ayah mulan yang merupakan seorang askar veteran yang salah satu kakinya yang tidak boleh bergerak bebas dan memerlukan tongkat untuk berdiri ataupun berjalan berkeras untuk ke medan perang.
Dalam filem ni Kak Bell tak perasan pun watak Maharaja ni Jet Li ye!
Mulan yang mengetahui keadaan ayahnya yang tidak layak untuk berperang, megambil keputusan mengambil pedang dan baju perang ayahnya, menyamar menjadi lelaki dan menggantikan ayahnya sebagai tentera yang diperlukan kerajaan.
Dalam filem Mulan ini, memang tak ada scene untuk lagu-lagu romantis mahupun aksi komedi dan tidak ada naga pendamping boleh bercakap bernama Mushu. Walaupun tidak ada keceriaan seperti filem animasinya, pada Kak Bell ok sahaja sebab kadangkala dalam sesetengah filem, ada juga scene komedi yang menjengkelkan atau Kak Bell rasa menyampah. Semua dialog lucu dalam filem animasi sebelum ini diganti dengan cara percakapan yang straight forward tegas macam tu.
Dari awal filem, Kak Bell suka sangat dengan suasana rumah dan kampung Mulan yang semacam bentuk stadium dan banyak scene permandangan yang cantik. Penggunaan warna merah bagi tentera China dan warna hitam bagi puak Rouran memang berhasil menampakkan kontra selain istana maharaja yang digarap cantik dan mewah. Kebanyakan penggmbaran filem ini dibuat di New Zealand dan beberapa tempat di China dan memang berbaloilah dengan kos $200 juta sebab visual filem ini memang cantik mantap.
Puak Rouran dengan sut hitam
Dalam filem ini tiada aksi tidak senonoh dan juga tiada darah yang ditunjukkan sesuai dengan filem Disney. Fighting scene dalam filem ini juga boleh tahan dan pelakon Liu Yifei telah melakonkan hampir 90% dari semua aksi dalam filem ini termasuklah menunggang kuda, berlawan pedang dan adegan pertempuran. Aksi yang dibawa oleh pelakon stunt Liu Yaxi lebih mendapat perhatian netizen sebab pelakon stunt tu pun cantik. Kak Bell rasa lagi cantik dari Yifei!
Watak ahli sihir Xian Lang yang dilakonkan oleh Gong Li juga amat baik. Apa yang nampak jelas mesej yang dibawakan dalam filem ini adalah 'feminisme'. Disebabkan situasi penolakan dalam masyarakat yang pernah dialami oleh Xian Lang membuatnya memilih jalan gelap sebagai ahli sihir. Mesej Xian Lang kepada Mulan supaya menjadi diri sebenar memberi semangat kepada Mulan untuk tampil sebagai Hua Mulan dalam memerangi Bori Khan.
Ming-Na Wen, pelakon alih suara untuk watak utama dalam Mulan (1998), turut muncul sebagai cameo dalam filem Mulan versi terbaru ini sebagai tetamu terhormat yang memperkenalkan Mulan kepada Maharaja China. Walaupun aksi naga Mushu tiada dalam filem ini, watak naga tersebut ada diabadikan dalam filem Mulan ini seperti pada tempat semayam maharaja, pedang Mulan dan juga pada baju Ming-Na Wen. Untuk watak phoenix masa akhir-akhir tu Kak Bell rasa macam bodoh lak bila dia terbang dan melebarkan kepaknya belakang Mulan. Pada mata Kak Bell jelah. Hiks.
Keseluruhannya filem ini memang sangat best, visual bagus, kesan CGI meletop dan korang kena tonton. Masa kredit scene ada pula lagu Reflection Christina Aguilera yang telah diubahsuai dan lagu Loyal, Brave, True. Both lagu pun Kak Bell suka. So, Kak Bell bagi filem Mulan ni 7/10 bintang.