Train to Busan Presents: Peninsula (2020) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Train to Busan Presents: Peninsula (2020)

Trending

Train to Busan Presents: Peninsula (2020)

Hi semua! Lama betul Kak Bell tidak berkongsi tentang filem layar besar. Sejak PKP dan sebelum PKP lagi Kak Bell tak ada pergi menonton wayang. Tak ada teman nak pergi menonton katanya. Cuma baru-baru ni dah mula ke panggung semula sebab dah ada teman kaki wayang juga. Jadi pada 2 Ogos lepas, Kak Bell pergi menonton filem Train to Busan Presents: Peninsula yang mula ditayangkan di Malaysia pada 16 Julai lalu.


Release date: July 16, 2020 (Malaysia)
Genre: Action & Adventure, Drama, Horror, Mystery & Suspense
Director: Yeon Sang-ho
Written By: Yeon Sang-ho, Joo-Suk Park
Film series: Seoul Station
Budget: 16 million USD
Screenplay: Yeon Sang-ho, Yong-Jae Ryu, Joo-Suk Park
Runtime: 116 minutes
Studio: Well Go USA Entertainment


Filem yang merupakan sekuel selepas filem Train to Busan (2016). Filem bermula dengan imbas kembali kejadian 4 tahun bila Korea Selatan diserang wabak yang menyebabkan penduduk Korea menjadi zombi. Anggota tentera Jung-seok berusaha menyelamatkan diri dan keluarganya lari ke Hong Kong. Semasa pelayaran, berlaku situasi mencemaskan dan mengubah hidup dia dan menjalani kehidupan yang sukar di Hong Kong. 



Kemudiannya Jung-seok telah menerima satu tawaran untuk kembali ke Korea iaitu Peninsula yang dikuarantin untuk menyertai misi mengambil trak terbengkalai di tengah-tengah Seoul. Dia perlu menjalankan operasi rahsia itu dalam tempoh yang singkat dan ditawarkan wang yang lumayan banyak. Ketika memasuki zon tersebut, misi mereka terganggu apabila mereka diserang unit tentera misteri Unit 631.

Jung-seok diselamatkan oleh seorang wanita bernama Min-jung ketika dia berada dalam keadaan terdesak dan kini dia perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari kawasan itu.



Sebenarnya Kak Bell belum tonton lagi filem Train To Busan dan ramai yang memberi komen bahawa filem Train To Busan lagi best dan menarik. Bagi Kak Bell yang hanya terus tonton Peninsula, filem ini ok sahaja dan jalan ceritanya boleh difahami tanpa perlu melihat sekuel pertama.


Filem Peninsula tidaklah begitu bosan tetapi disuntik dengan aksi kereta ibarat cerita Fast Furious versi Korea yang ada zombie! Sepanjang cerita memang tak ada seram atau horror langsung. Mungkin filem pertama lebih seram dan mendebarkan, rata-rata peminat filem TTB memberikan rating rendah untuk sekuel Train to Busan Presents: Peninsula.



Pada Kak Bell kualiti grafik komputer filem Peninsula memang baik untuk sebuah filem zombie. Untuk bab emosi pada Kak Bell juga kurang kerana filem ini lebih menonjolkan soal wang dan mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Dalam filem ni zombinya tidaklah begitu menakutkan dan mereka ni akan aktif bila ada cahaya. Untuk menarik perhatian dan mengumpan zombie, Unit 631 menggunakan bom suar dan kenderaan bercahaya yang Kak Bell rasa agak melucukan.



Mana-mana banduan yang ditangkap akan dijadikan bahan permainan dalam gelanggang survival bersama dengan zombie. Banduan akan dicat dengan nombor, taruhan dibuat dan banduan dilepaskan dalam gelanggang untuk selamatkan diri dari zombie. Memang nampak lah tekanan mereka untuk terus hidup dengan makanan yang dicatu dan menjadikan game tadi sebagai hiburan mereka.


Dalam filem ini, pelakon Malaysia, Bella Rahim membuat kemunculan dalam filem sekuel Train To Busan, Peninsula sebagai tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Malaysia. Siapa sangka orang yang kita abaikan dan tidak mahu berikan pertolongan, akhirnya menjadi peyelamat hidup kita. So korang kena tonton lah nanti jika nak ketahui lebih lanjut.


Anyway Kak Bell enjoy sahaja menonton filem ni. Lagipun ada orang belanja, lagilah syok. Haha. Disebabkan pergi menonton lewat dah hujung-hujung tayangan, dalam panggung cuma kami berdua je yang menonton. Nasib baiklah tak ada semut yang datang hurung! Walaupun ramai yang cakap biasa-biasa je, tetap kutipan dia Box Office 13 juta dalam masa 5 hari tayangan. Untuk filem Train to Busan Presents: Peninsula sis bagi 6/10 bintang.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post