Nasi Lemak Tersingkir Di Episod 1 The Masked Singer Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Nasi Lemak Tersingkir Di Episod 1 The Masked Singer Malaysia

Trending

Nasi Lemak Tersingkir Di Episod 1 The Masked Singer Malaysia

Hi korang! Akhirnya rancangan international The Masked Singer kini ditampilkan di Malaysia. Rancangan The Masked Singer Malaysia yang diadaptasi dari program realiti popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ ini juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Thailand, China dan Amerika Syarikat. Sebelum ini memang Kak Bell tonton rancangan ini dari versi Korea, US dan Thailand. Memang menarik sebab kita tak tahu siapa yang menyanyi dan ahli panel akan meneka penyanyi di sebalik topeng.


Untuk The King of Mask Singer Korea, Kak Bell suka sangat So-Hyang, Solji, Bob Rose dan lain-lain. Kebanykkannya memang menyanyi dengan bagus. Meremang bila dengar dan kita akan membandingkan nyanyian mereka dengan penyanyi asal. Kadangkala ada versi nyanyian mereka terdengar lebih baik. Diantara lagu yang Kak Bell suka seperti Y Si Fuera Ella, A Winter Story, Breath dan banyak lagi. Semua best la akan sebab lagu Korea.

Bagi yang belum kenal rancangan ini, The Masked Singer adalah francais pertunjukan permainan muzik antarabangsa berasal dari program Korea Selatan King of Mask Singer, yang dikembangkan oleh Munhwa Broadcasting Corporation.


Format rancangan ini akan menampilkan selebriti yang tampil dengan nama samaran dengan kostum kepala hingga kaki yang menyukarkan penonton mengenalpasti siapakah penyanyi misteri tersebut. Sebelum menyanyi, akan ada klip video dengan klu-klu bagi ahli panel dan penonton meneka siapakah penyanyi tersebut. Bukan sahaja artis, malah ahli sukan dan sesiapa sahaja yang dikenali dan boleh menyanyi mungkin berada di sebalik topeng tersebut.

12 Peserta The Masked Singer Malaysia

Pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri 'The Masked Singer Malaysia' ditaja khas oleh SK Magic dan Oppo telah berlangsung di Shah Alam Theatre. Sebanyak 12 peserta menyanyi dengan menggayakan kostum masing-masing mengikut tema berkaitan dengan Malaysia seperti makanan popular, bunga kebangsaan, binatang kebangsaan dan juga permainan kebangsaan. 





9 ahli panel pula terdiri dari Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Manakala hos pula adalah pengacara terkenal, Datuk AC Mizal.

So far so good dan Kak Bell rasakan program ni bagus dan Kak Bell ternanti-nanti untuk menyaksikan siapa penyanyi misteri tersebut. Memang Kak Bell tak dapat nak teka siapa. Meriah betul dengan kostum-kostum yang cantik dan melambangkan Malaysia.

Episod 1 The Masked Singer Malaysia

Minggu pertama menyaksikan Orang Utan mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Sinaran nyanyian asal Datuk Sheila Majid. Untuk episod pertama, Kak Bell suka nyanyian Orang Utan, Bunga Raya, Ayam Jantan dan Musang King. Sangat tidak terduga untuk kostum Nasi Lemak rupanya dipakai oleh Datuk Mirnawan Datuk Hj Nawawi! Memang tidak terfikir langsung siapa. Walaubagaimanapun Nasi Lemak yang menyanyikan lagu Anak Kampung dendangan asal Jimmy Pelikat tersingkir pada minggu pertama.


Di bawah ini merupakan senarai persembahan, lagu nyanyian dan markah yang diperolehi pada konsert minggu pertama:

#1 Orang Utan (Sinaran/Datuk Sheila Majid) : 87.11%
#2 Rimau (Musafir Rindu/Datuk Ramli Sarip) : 83%
#3 Rafflesia (Bossanova/Wann) : 80.33%
#4 Ayam Jantan (Hutang/Floor88) : 78.22%
#5 Bunga Raya (Ngajat Tampi/Noraniza Idris) : 75.44%
#6 Enggang (Donde/Andi Bernadee) : 73.11%
#7 Rajah Brooke (Pencuri Hati/Ayda Jebat) : 71.78%
#8 Wau (Vroom Vroom/Nabila Razali) : 68.56%
#9 Musang King (Pagi Yang Gelap/Hujan) : 68.56%
#10 Reno (Amboi/Altimet) : 66.89%
#11 ABC (Ais Kacang Remix & I Am Me/ Lagu KBSR Tahun 3 & Datuk Seri Vida) : 64.67%
#12 Nasi Lemak (Anak Kampung/Jimmy Pelikat) : 59.33%

Walaubagaimanapun terdapat banyak juga komen negatif dari netizen yang membandingkan The Masked Singer Malaysia dengan versi negara lain. Susahlah nak komen kalau asyik berpandangan negatif sahaja sebab terlalu berkiblatkan negara lain. Nama pun adaptasi dan menggunakan format asal rancangan. Sekurang-kurangnya rancangan ini telah berjaya juga ditayangkan di Malaysia. Yang penting Kak Bell enjoy menonton dan tak sabar nak ketahui kesemua 12 peserta terbabit.

Kredit:
Gambar dari Astro dan Astro Gempak
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post