Maggi Kari Daun Selasih (Basil) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Maggi Kari Daun Selasih (Basil)

Trending

Maggi Kari Daun Selasih (Basil)

Hi semua! Minggu lepas, Kak Bell telah mencuba buat pertama kalinya menyediakan menu pasta dengan sos pesto selasih (Pesto Basil). Kak Bell beli 2 paket basil segar dan beli jenis biasa sahaja. Mungkin lepas ini nak mencuba sweet basil pula.

Kisahnya semasa membuat pesto sos tu, hanya 1 paket basil digunakan jadi lebihan basil segar tu Kak Bell buatlah ulam. Selain digunakan dalam masakan, daun selasih pun boleh dimakan mentah sebagai ulam. Jika diIndonesia, daun selasih dipanggil daun kemangi dan kalau mat saleh Basil lah namanya.


Daun selasih ini adalah tumbuhan herba yang berasal dari Asia Tenggara. Kalau selasih Thai, batang dan daunnya berwarna unggu dan bentuk daunnya seperti bentuk tombak. Daun selasih mempunyai bau minty, rasa peppery dengan aroma yang tersendiri dan selalu digunakan sebagai pelengkap rasa dalam masakan. Daun selasih ini juga tidak tahan haba atau suhu lama semasa memasak. Untuk elakkan zat dan rasanya hilang, hanya masak sekejap sahaja di atas api masakan.


Jadi lebihan daun selasih yang ada tu, Kak Bell gunakan dalam masakan maggi. Boleh tahan juga rasanya. Bila dah tak sempat nak memasak lauk special, masak maggi sahajalah.

Cuba resepi > RESEPI MAGGI KARI NYONYA

Lepas ni Kak Bell nak cuba tanam sendiri pokok selasih. Bolehlah petik sahaja jika hendak dijadikan ulam. Nanti Kak Bell kongsikan cara nak tanam pokok selasih ni ya.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post