Penyanyi graduan jurusan muzik, Naim Daniel menggemparkan audien TV3 apabila menggubah semula lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ milik ratu rock negara kepada genre Irama Malaysia, dalam Immortal Songs, Ahad lalu. Menurut Nielsen Malaysia lebih 3.4 Juta penonton menjadi saksi Naim Daniel berjaya memegang rekod tertinggi menandingi Sarah Suhairi, Aman Aziz, Insomniacks, Kaka Azraff dan Naqiu pada malam tersebut.
Berikut adalah lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh keenam-enam penyanyi di Immortal Songs akan datang:
Luqman Faiz - Lagenda
Kugiran Masdo - Jejaka Idaman
Amir Masdi - Sepi Sekuntum Mawar Merah
Fieya Julia - Di Alam Fana Cinta
Azmi Saat - Penghujung Rindu
Tajul Ariff - Pada Syurga di Wajahmu
Di penghujung setiap persembahan penyanyi tersebut, lapan orang juri akan menilai persembahan mereka mengikut gubahan kegemaran mereka. Markah penyanyi yang diadili juri secara 100% itu akan dijadikan rekod untuk dicabar oleh penyanyi lain. Pemegang rekod tertinggi pada episod tersebut akan dinobatkan sebagai ‘susunan lagu terbaik’, episod tersebut.
Adakah anda bersedia untuk melihat kreativiti terunggul penyanyi kegemaran anda? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Immortal Songs, setiap hari Ahad, pada pukul 9 malam bermula 30 Ogos 2020.