Hi semua. Dah lama juga Kak Bell tidak berkongsi tentang kucing.
Sebenarnya ada beberapa topik yang hendak Kak Bell kongsikan tetapi
belum berkesempatan hendak menulis. Diantaranya tentang penyakit Rodent
Ulser, Cat Cellulitis, kisah Cik Lucy beranak time Kak Bell nak balik
kampung dan beberapa topik lagi. Untuk kisah kucing di blog Kak Bell,
semuanya adalah hasil pengalaman Kak Bell sendiri. Setelah mendapat
rujukan dari veterinar dan sedikit kajian barulah Kak Bell akan
kongsikan.
Bagi mereka yang memelihara kucing, bukan satu perkara yang mudah untuk
memberikan haiwan peliharaan anda makan ubat ketika sakit. Silap hari
bulan, memang boleh kena cakar tangan dan calar balar sana sini.
Akhir-akhir ini banyak dugaan Kak Bell sebab kucing hilang, ditemui
semula dan terus dijangkiti penyakit. Beberapa bulan kebelakangan ini,
penyakit yang datang pun pelik-pelik dan kali pertama Kak Bell
hadapinya.
Kalau anda semua baca artikel berkenaan dengan cara memberi kucing
makan ubat, kalau kena teknik dan cara yang betul, sebenarnya memberi
kucing makan ubat itu adalah sangat senang. Bunyinya 'cliche' pada Kak
Bell sebab sesetengah kucing akan menjadi lebih bijak setelah kali kedua
diberikan ubat. Disebabkan rutin dan masa memberi makan ubat adalah
konsisten, kucing pun dah tahu masa untuk makan ubat dan mulalah buat
perangai. Ni pengalaman handle kucing Kak Bell lah. Ada jugalah yang
mudah diuruskan, mudah dan cepat urusannya. Berikut Kak Bell berikan
dahulu teknik asas memberi kucing makan ubat dan seterusnya TIPS dan
taktik-taktik lain buat kucing yang susah gila nak makan ubat.
Cik Putih sakit mata; pakai Nicol Eye Drop For Cat
Denda kena kuring sebab susah makan ubat!
Teknik Asas Bagi Kucing Makan Ubat
#1 Belai dahulu kepala dan dagu kucing untuk tenangkan kucing
#2 Pegang ubat di hujung jari menggunakan tangan kanan
#3 Gunakan tangan kiri, pegang bahagian kepala kucing dan dongakkan
kepala kucing
#4 Pada masa sama, buka mulut kucing dengan tangan yang sama memegang
ubat
#5 Masukkan pil dalam mulut kucing dan usap bawah dagu kucing untuk
memudahkan kucing menelan ubat
Untuk pastikan kucing sudah menelan ubat tadi, kucing akan keluarkan
lidah dan menjilat mulutnya. Nampak mudah tapi agak susah jika kucing
dah meronta-ronta. Kadangkala walaupun ubat dah masuk dalam mulut,
pandai pula diludahkan semula ubat tu dan mulalah air liur depa
meleleh-leleh keluar macam kena cabai. Bila dah berhadapan macam ni,
mulalah Kak Bell naik angin sebab habis dicakar dan digigitnya jari
kita. Jom ikuti lebih lanjut tentang teknik dan taktik lain yang boleh
digunakan ubat beri kucing makan ubat.
Baca juga Tips Bagi Kucing Makan Ubat
Tips Dan Teknik Bagi Kucing Makan Ubat
1)Teknik Melutut Belakang Kucing
Letak tangan kiri korang kat bawah tekak dan tangan kanan pegang pil
sambil usap leher kucing (bagi relax). Gunakan ibu jari & jari
telunjuk tangan kanan untuk buka mulut kucing. Kuis je gigi dorang
pelan-pelan. Bila mulut dah terbuka, terus masukkan pil ke dalam mulut.
Pastikan tolak ubat terus ke tekak atau jauh ke dalam mulut.
Tutup/rapatkan semula mulut kucing dan usap lagi perlahan-lahan bawah
dagu dan leher kucing supaya ubat senang ditelan. Kalau kucing dah
keluarkan lidah dan jilat bibir, maksudnya ubat dah ditelan.
Membazir beli sebab cuma 2,3 ekor sahaja yang makan
3) Teknik Sembunyikan Pil Dalam Makanan
Teknik sembunyikan pil dalam makanan ini sekali dua sahaja berjaya.
Selepas kali peretma dah berjaya, percayalah kali kedua dan ketiga agak
susah sebab dorang dah tahu kita menipu. Kalau dicampurkan terus dalam
makanan memang tak akan berhasil sebab dorang tahu ada ubat dlam tu.
Jadi korang boleh smbunyikan pil dalam wetfood dan gentel jadi bulat
macam palet ubat.
2) Hancurkan Pil Dalam Bentuk Cecair & Gunakan Syringe
Teknik menggunakan picagari untuk kucing makan ubat juga memudahkan.
Hancurkan ubat dalam bentuk serbuk dan larutkan dengan sedikit air
masak. Kuantiti air sedikit sahaja dalam 0.5ml-0.6ml. Jika gunakan
banyak air jadi satu hal pula nak bagi kucing sebab biasanya sukatan
syringe adalah 1ML larutan.
Cara ni pun memerlukan sedikir paksaan untuk buka mulut kucing dan
dengan pantas sekali tekan syringe ke dalam mulut kucing. Biasanya mulut
kucing berbuih selepas makan ubat, biasalah ubat mesti pahit macam ubat
manusia juga kan.
4) Teknik Membalut Kucing
Teknik membaut ni adalah sebagai teknik tambahan. Balut kucing korang
dengan tuala dan pastikan balut dengan kemas hingga tidak terlalu ketat.
Kucing pasti akan meronta tapi nak bagi depa sihat kena buatlah jugak.
Jika terlalu sudah, minta bantuan orang kedua untuk pegang kucing.
Sakit bladder stone
Sky paling mudah makan ubat
5) Gunakan Pill Popper/ Pill Gun/Pill Piller
Satu lagi cara anda juga boleh gunakan bantuan alat Pill Piller untuk
memberi kucing makan ubat yang berbentuk tablet. Cari sahaja di Shopee.
Kak Bell belum pernah gunakannya. Baru sahaja nak order online.
Walaupun dah berkali-kali bagi kucing makan ubat, tetap sahajalah
tangan dan jari Kak Bell ni kena gigit. Kadang-kadang diri sendiri pun
rasa takut nak bagi makan ubat. Bagi kucing yang mudah diuruskan, memang
mudah sangat masa makan ubat. Kalau kucing yang memang tak suka makan
ubat, dorang ni akan bijak bila masa nak makan ubat. Sebelum nampak ubat
pun dorang dah lari menyorok dahulu!
Antibiotik+Piriton dalam bentuk cecair. Kena bancuh sendiri.
Jika korang terasa leceh dan susah untuk berikan ubat dalam bentuk pil,
boleh tanya vet jika ubat tersebut ada dalam bentuk cecair. Jadi hanya
gunakan syringe sahaja. Semoga kucing anda semua sihat dan semoga
bermanfaat ya.