YOUYU Beef ATSKY Kota Damansara Setanding Daging Wagyu | Daging
Wagyu memang terkenal sebagai daging terbaik dan disukai ramai. Daging yang
berkualiti premium ini memang manjadi kegemaran bagi peminat hidangan stik.
Sebenarnya Kak Bell pun belum pernah mencuba hidangan stik wagyu, maklumlah
harga sepinggan pun boleh mencecah ratusan ringgit.
Kisahnya minggu lalu, Kak Bell mendengar desas-desus ada sebuah restoren
eksklusif baru dibuka, hidangan makanan 5 bintang tetapi harga macam kedai
mamak. Disebabkan gambaran netizen yang berkongsi cerita apabila melawat
restoran ATSKY ni di Kota Damansara, Kak Bell terus gigih ingin
mencubanya sendiri. Nak tahu lebih lanjut hidangan makan malam apa yang
telah Kak Bell cuba, dan betul ke daging
YOUYU mereka setanding dengan
daging Wagyu, jom baca lebih lanjut.
Jom Makan Di Langit ATSKY Damansara
Restoran ATSKY yang terletak di atas bumbung bangunan Dataran
Cascades, Kota Damansara ini telah dibuka sejak April lalu. Berikutan
serangan wabak Covid-19 yang melanda, operasi mereka tergendala sementara
dan kini tempat ni telah pun beroperasi semula seperti biasa.
Kredit gambar afzalsukasuki.com
Kredit gambar afzalsukasuki.com
Lokasi ATSKY yang menarik, mewah
dengan keluasan 13,000 kaki persegi ini, sememangnya sangat sesuai untuk
dijadikan lokasi bagi majlis keraian dan bersantai.
Dengan rekaan suasana yang pelbagai, gabungan ruang berhawa dingin, ruang
terbuka dan juga ruang majlis keraian menjadikan
ATSKY sangat sesuai di kunjungi
pelbagai lapisan masyarakat samaada untuk bersantai, makan bersama keluarga
& menyambut keraian termasuk majlis hari jadi hingga keraian besar
seperti kenduri kahwin. Apa yang dapat Kak Bell katakan, rekaan restoren
ATSKY ini sangat eksklusif dan bertaraf lima bintang.
Apa yang lebih menarik, walaupun dengan rekaan tempat yang sangat
eksklusif serta chef-chef mereka yang berpengalaman dari hotel-hotel
terkemuka, mereka menawarkan harga makanan yang mampu dinikmati oleh
golongan marhaen.
ATSKY menawarkan pelbagai menu
dari makanan barat ke makanan tempatan pada harga yang sangat berpatutan
sebanding 'kedai mamak', jadi pelanggan tidak perlu bimbang untuk
berbelanja di sini.
Sambil makan boleh menikmati band menyanyikan lagu
Pengarah urusan ATSKY En. Ali Ikhwan berkata "Kami memberikan harga yang berpatutan atau kebanyakan rakan - rakan menegur harga yang di tawarkan adalah murah di bandingkan dengan apa yang kami sediakan, namun saya berpendapat ini juga adalah sumbangan yang ingin saya berikan supaya lebih ramai masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif, tidak hanya dapat di nikmati golongan berpendapatan tinggi".
YOUYU Beef Setanding Daging Wagyu
Antara menu signature ATSKY adalah
'YOUYU Beef Steak', sesuai dengan konsep mampu milik. Rata-rata yang telah merasai YOUYU Beef
Steak di ATSKY mengakui ia memiliki rasa sebanding daging Wagyu iaitu daging
paling bernilai di dunia namun harga yang di tawarkan adalah
5 kali ganda lebih murah jika di bandingkan dengan tempat
makan lain.
Menurut En. Ezart Rahman, selaku Pengurus Pemasaran, "Pengunjung dapat merasai pengalaman makanan eksklusif "Di Langit" sambil menjamu halwa telinga nyanyian kumpulan buskers Cakial & Friends setiap hari pada waktu malam. Selain itu pengunjung juga dapat berkaraoke secara percuma."
En. Ezart Rahman, Pengurus Pemasaran ATSKY
Semasa kunjungan Kak Bell ke sini, Kak Bell sudah merasa beberapa menu
hidangan di ATSKY dan kesemuanya
memenuhi citarasa tekak Kak Bell dan yang paling penting harganya yang murah
dengan hidangan yang berkualiti.
Tenderloin Sliced Steak
RM29.90
Lamb Chop
RM24.90
Buttermilk Beef With Rice
RM12.90
Chicken Chop
RM15.90
Spicy Chicken Wing
RM12.90
Bagi penggemar stik, memang Kak Bell recommend untuk anda semua cuba
sendiri daging YOUYU ATSKY Damansara. Daging stik YOUYU di sini dijual pada
harga RM49 (150G), RM65 (200G) dan RM79 (250G).
ATSKY di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 malam semasa tempoh
PKPP dan operasi akan di lanjutkan hingga jam 2 pagi selepas kebenaran di
berikan. Jadi bolehlah anda semua berkunjung ke sini, tetapi jangan lupa
untuk patuh SOP.
ATSKY Kota Damansara Review
Ikuti ATSKY Kota Damansara video review.
Bagi yang berhajat mengunjungi ATSKY boleh ke Roof Garden, Tingkat 3A,
Dataran Cascades, PJ. Bersebelahan dengan Giant Kota Damansara. Pasti anda
semua akan berpuas hati dengan semua hidangan setanding harganya.
ATSKY DAMANSARA
A-3A-08, Dataran Cascade,
Jalan PJU 5/21,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut:
Facebook:
https://www.facebook.com/atskydamansara/
Instagram:
https://www.instagram.com/atskydamansara/