Nak makan kat mana? Aduhai soalan paling susah nak jawab kalau hendak keluar mencari tempat makan. Macam hendak menjawab soalan 'exam' pulak! Bila dah 'krik krik' akhirnya tempat sama sahajalah yang dituju.
Kalau bab makan ni, Kak Bell memang laju je nak pergi. Lebih-lebih lagi bila ada cafe atau restoran baru dibuka, mesti nak try kan? Kata orang kalau tak cuba manalah nak tahu sedap atau tidak makanannya. Pada Kak Bell, tak kisah jenis masakan kampung atau barat, yang paling penting sedap dan berbaloi. Kali ini, Kak Bell nak kongsikan lokasi sebuah restoren makan terbaik yang terletak di sekitar Danau Kota, Setapak iaitu Fatin Kitchen.
Jika berjalan ke area Danau Kota, memang terdapat banyak pilihan restoren. Selepas menghabiskan duit shopping di Danau Kota, haruslah mencari kedai makan selepas penat berjalan. Kebetulan pula ada sebuah kedai makan yang baru buka, jadi Kak Bell tertarik hendak mencuba menu di Restoren Fatin Kitchen yang terletak bersebelahan dengan Hayaki. Semestinyalah diantara tempat makan best di Danau Kota.
Menu Masakan Bertaraf 5 Bintang
Restoran Fatin Kitchen ini baru sahaja beroperasi pada 8 Ogos lepas. Restoren ini membawa tema 'True Asian Taste' dengan pelbagai pilihan menu masakan bertaraf 5 bintang untuk dicuba, bukan sahaja makanan western termasuklah makanan lokal. Antara makanan yang istimewa di sini seperti NASI LEMAK RENDANG RUSA, KAMBING BAKAR MONGOLIA STYLE, NASI LEMAK AYAM KALASAN, OTAK-OTAK JAYBEE, SPAGETI SALTED EGGS, WANTAN NOODLES SOUP dan banyak lagi. Tak perlu nak risau tentang keenakan menu di sini sebab kesemua hidangan mereka disediakan oleh bekas chef hotel 5 bintang!
1) Nasi Lemak Rendang Rusa
2) Nasi Lemak Ayam Kalasan
3) Mee Kari
4) Chicken Chop Ala Western
5) Kambing Bakar Mongolian Style
6) Otak-Otak Jaybee
7) Wantan Noodle Soup
8) Lamb Chop (Lamb Rack)
9) Spageti Salted Egg
Selain menawarkan hidangan yang 'rare' dan sedap, Kak Bell juga suka dengan suasana makan di restoren ini yang menyediakan suasana yg santai, bersih dan moden. Jikalau nak melepak dan bersantai, memang sesuai sangatlah dijadikan 'port' bersama kawan mahupun seisi keluarga. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Nampak menunya setaraf restoren 5 bintang tetapi harganya seperti makanan 2 bintang! Memang berbaloi!
Suasana dalam Fatin Kitchen ni memang santai habis. Ruang makan di dalam kedai luas dan boleh memuatkan ramai pengunjung dalam satu-satu masa. Memang sesuai sebagai tempat lepak sekitar Kuala Lumpur.
Dengan sentuhan dekorasi terkini bersama menu masakkan yang cukup enak, Fatin’s Kitchen juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk gathering dan majlis. Terkini Fatin Kitchen juga ada menyediakan pakej khas untuk mereka yang ingin membuat majlis ringkas di Hall Fatin’s Kitchen.
Diantara aktiviti yang boleh dibuat di dewan Fatin Kitchen adalah seperti:
- Annual Dinner
- Majlis Seminar
- Majlis sambutan hari jadi
- Gathering rakan sekolah/pejabat
- Makan-makan family
- Candle Light Dinner
Bagi yang masih tercari-cari restoran untuk makan tengah hari atau makan malam di sekitar Danau Kota, bolehlah berkunjung ke ke Fatin’s Kitchen. Kak Bell 'confirm' pelbagai hidangan lazat mereka pasti akan memikat selera korang! Memang rugi tak cuba Nasi Lemak Rendang Rusa Danau Kota dan Kambing Bakar Mongolia sedap di sini.
Fatin's Kitchen
No 77G & 79G, Blok D Platinum Walk
53300 Danau Kota, Setapak KL (Bersebelahan Hayaki)
No Telefon: 0162244487
Waktu operasi: Isnin-Ahad 12.00PM-12.00AM
Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman sosial mereka di bawah:
Facebook page: https://www.facebook.com/fatinkitchenofficial
Instagram: @fatinkitchenhq