Penyanyi Popular Berentap Dalam Immortal Songs 'Lagu Lama Menyengat' Semula Di TV3 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Penyanyi Popular Berentap Dalam Immortal Songs 'Lagu Lama Menyengat' Semula Di TV3

Trending

Penyanyi Popular Berentap Dalam Immortal Songs 'Lagu Lama Menyengat' Semula Di TV3

Immortal Songs merupakan sebuah rancangan nyanyian adaptasi dari Korea Selatan pertama yang menghimpunkan 49 selebriti penyanyi tanah air dalam satu program akan bertemu penonton bermula pada 30 Ogos 2020 nanti.

7 Karyawan Lagenda Muzik & 42 Penyanyi Tanah Air

Program ini dihoskan oleh Ain Edruce di pentas utama, serta Amy Mastura dan Fad Bocey di belakang pentas, manakala Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M. Nasir dan Fauzi Marzuki merupakan karyawan lagenda yang menyertai Immortal Songs ini.



Diantara 42 orang penyanyi popular yang bakal berentap dalam Immortal Songs adalah Hael Husaini, Aina Abdul, Ernie Zakri, Syamel, Akim, Stacy, Naim Daniel, Naqiu, Adira, Neeta, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Immortal Songs ‘Lagu Lama Menyengat Semula’

Bersiaran selama tujuh episod setiap hari Ahad, bermula 30 Ogos jam 9 malam, Immortal Songs membariskan 6 orang penyanyi tempatan dan seorang karyawan muzik lagenda di setiap episod. Keenam-enam penyanyi tersebut dikehendaki untuk mempersembahkan sebuah lagu pilihan mereka daripada lagu karyawan lagenda episod tersebut dengan gubahan lagu berbeza.

Penyanyi yang bertanding akan memilih sendiri lagu pilihan mereka dan menukar genre lagu tujuh lagenda tersebut atau menggubah semula muzik lagu pilihan mereka mengikut kreativiti masing-masing.


Penaja utama bagi Immortal Songs Malaysia, Farm Fresh turut mendapat sokongan rakan penaja deodoran Nivea Black & White. Sokongan padu turut diterima daripada rakan digital, xtra.com.my dan Oh! Bulan, serta rakan radio Hot FM.

Farm Fresh selaku penaja utama juga akan menghadiahkan bekalan susu segar selama enam bulan kepada badan kebajikan pilihan ‘Artis Pilihan Penonton’ yang diundi melalui atas talian di www.xtra.com.my/immortalsongs.

100% Penjurian Oleh 8 Orang Juri

Di penghujung setiap persembahan penyanyi tersebut, lapan orang juri akan menilai persembahan mereka mengikut gubahan kegemaran mereka. Markah penyanyi yang diadili juri secara 100% itu akan dijadikan rekod untuk dicabar oleh penyanyi lain. Pemegang rekod tertinggi pada episod tersebut akan dinobatkan sebagai ‘susunan lagu terbaik’, episod tersebut.

Para penonton dirumah juga berpeluang untuk mengundi persembahan pilihan mereka melalui laman www.xtra.com.my/immortalsongs pada bila-bila masa antara 9.00 - 10.30 malam, malam Immortal Songs bersiaran. Farm Fresh akan menghadiahkan enam bulan bekalan susu Farm Fresh kepada badan kebajikan pilihan pemenang artis pilihan penonton. Para penonton hanya berpeluang untuk mengundi sekali dalam satu episod sahaja. Persembahan Pilihan Penonton ini akan diumumkan pada setiap hari Sabtu, minggu berikutnya melalui laman media sosial TV3 Malaysia.


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Immortal Songs, setiap hari Ahad, pada pukul 9 malam bermula 30 Ogos 2020. Siaran ulangan Immortal Songs ini akan ditayangkan di TV9, pada setiap hari Ahad bermula 5 September, pada pukul 9 malam. Penonton di rumah boleh menggunakan tanda pagar #ImmortalSongsMY, #Inibarulahsususegar dan #Farmfresh bagi menghangatkan lagi Immortal Songs Malaysia.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post