Menginjak masuk ke era teknologi sekarang, batas-batas antara dunia digital dan fizikal semakin sulit untuk dibezakan. Salah satunya adalah teknologi Virtual reality (VR) atau realiti maya. Teknologi ini memang popular digunakan dalam teknologi permainan dan kini telah berkembang juga kepada kedai maya atau 'virtual store'.
Pernah dengar tentang 'virtual shop'? Sebelum Kak Bell ulas lanjut, jom kita semak dahulu apa itu Virtual Reality.
Kedai Maya atau 'Virtual Store'
Virtual reality adalah sebuah teknologi yang membuat pengguna dapat berinteraksi dengan suatu lingkungan yang disimulasikan oleh komputer (computer-simulated environment), suatu lingkungan sebenarnya yang ditiru dan membawa anda ke dalam suasana 3-Dimensi yang seolah nyata.
Untuk artikel kali ini, Kak Bell hendak berkongsi tentang kedai maya atau 'virtual store' yang diperkenalkan oleh Beecomb Sdn. Bhd.
Aplikasi Beecomb
Beecomb Sdn. Bhd. telah memperkenalkan aplikasi Beecomb yang boleh digunakan oleh pengguna untuk membeli-belah di kedai maya melalui telefon pintar. Ya, anda semua boleh membeli-belah dengan menggunakan aplikasi sahaja tanpa perlu menggunakan alat Virtual Reality (VR).
Aplikasi percuma ini boleh dimuat turun oleh pengguna untuk membeli-belah dengan gaya norma baharu dengan menggunakan 'smartphone' sahaja menerusi expo 3D secara maya (online). Aplikasi ini diperkenalkan bagi mengembangkan dan mempelopori cara baru bagi pengguna/pembeli berinteraksi dengan vendor melalui bantuan teknologi mudah alih dan teknologi maya.
Expo 3D Virtual Pertama di Malaysia!
Dengan pengenalan aplikasi Beecomb, pihak Beecomb Sdn. Bhd. telah melancarkan sebuah Expo 3D Virtual bagi pengguna mendapatkan pelbagai barangan F&B yang murah dan berkualiti di bawah harga pasaran.
Beecomb Food & Beverage 3D Expo ini disertai oleh pelbagai vendor F&B dan merupakan penyertaan terbesar vendor F&B untuk expo dalam talian. Expo 3D Virtual ini berlangsung dari 27 Ogos hingga 31 Ogos 2020 bermula dari jam 10 pagi-10 malam dan pengguna boleh berkunjung ke 57 buah booths yang mengambil bahagian. Pengunjung expo bolehlah mencari produk F&B terbaik untuk keperluan harian dan boleh membuat pembelian menerusi aplikasi Beecomb.
Diantara vendor F&B yang ada adalah seperti Bake Touch Signature, YHL Trading, Dydo, Glovale, Harmony Hill Eco Farm, Pagoda Food, Hello Kimchi, TinyBitez.co, Masks Are A Must (face mask) dan banyak lagi.
Beecomb menyasarkan pengguna Malaysia lingkungan umur 20-40 tahun untuk menyertai expo-3D secara maya ini. Dengan keadaan semasa yang masih berisiko dengan penularan dan jangkitan wabak Covid-19, pengenalan aplikasi ini sangatlah bertepatan bagi membantu pengguna membeli-belah tanpa risiko dan amat memudahkan.
Bagaimana Nak Gunakan Beecomb App?
Setelah memuat turun dan membuat pendaftaran di aplikasi Beecomb, pengunjung sudah boleh untuk berkunjung ke Beecomb Food & Beverage 3D Expo. Untuk bergerak, pengguna perlu menggunakan kedua-dua ibu jari tangan di atas skrin telefon. Tidak susah pun, hanya sentuh skrin seperti menggunakan joystick dalam permainan mobile game.
Pintu masuk expo
Setalah masuk, pengunjung bolehlah berjalan secara maya ke gerai-gerai yang ada melalui peranti mudah alih (Beecomb App). Anda boleh rujuk peta yang disediakan untuk ketahui kedudukan gerai.
Apabila sampai ke booth pilihan, senarai barangan yang dijual akan dipaparkan dan bolehlah mula membuat pembelian. Mudah sahaja kan?
Booth A
Booth B
Checkout pembelian
Berikut di antara tawaran dan promosi yang ada sepanjang expo online ini berlangsung bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos 2020 (10 pagi-10 malam).
1) Dapatkan Baucar Tunai RM5
Untuk pendaftaran pertama kali, pengguna akan menerima baucar tunai sebanyak RM5.
2. Dapatkan Premium Burnt Cheese Cake pada harga RM8.31
Bersempena dengan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-63, pengguna boleh membeli Premium Burnt Cheese Cake dengan harga RM8.31 (harga asal adalah RM118).
Kek ini merupakan tajaan dari Bake Touch Signature di Booth A2 untuk meraikan Hari Merdeka. Jangan lepaskan peluang kerana stok terhad!
3) Menangi Baucar Tunai RM300
Caranya amat mudah. Muat turun aplikasi Beecomb, buat pembelian dan berpeluang memenangi baucar tunai RM300!
Cara penyertaan:
1. Like page dan post Beecomb di laman FB mereka.
2. Komen Nama Pengguna Beecomb (Beecomb Username) yang terdaftar di mana-mana post.
3. Kongsi & tag 3 rakan FB di post tersebut (pastikan profil Fb diset kepada public).
3 pemenang bertuah akan dipilih dan diumumkan pada 29 Ogos 2020! Semoga berjaya!
Kak Bell sendiri telah mencuba sendiri aplikasi Beecomb dan berkunjung ke expo 3D ini secara maya. Dengan hanya duduk di rumah, Kak Bell boleh membeli-belah pelbagai barangan tanpa perlu berhadapan dengan kesesakan trafik mahupun berebut untuk mendapatkan parkir!
Jom sama-sama menyertai Expo 3D Virtual Pertama di Malaysia yang dianjurkan oleh Beecomb. Memang aplikasi Beecomd ni gempak dan mantap. Kak Bell rasa macam sedang bermain permainan game. Bagi anda yang ingin memuat turun aplikasi, bolehlah rujuk link di bawah.
https://www.beecomb.com.my/
Beecomb - Apps on Google Play
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.beecomb.goexpo
appgallery5.huawei.com
https://appgallery5.huawei.com/#/app/C102433803
Beecomb on the App Store
https://apps.apple.com/my/app/beecomb/id1505600116
#beecombvirtual #appmantap #app4malaysia