7 Hari Mencintaiku 3 Lebih Banyak Drama Dan Konflik? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 7 Hari Mencintaiku 3 Lebih Banyak Drama Dan Konflik?

Trending

7 Hari Mencintaiku 3 Lebih Banyak Drama Dan Konflik?

Drama Akasia : 7 Hari Mencintaiku 2 telah pun menamatkan sirinya setelah bersiaran selama 33 episod bermula 2 Julai lalu. Kisah percintaan Mia Adriana dan Khuzairi semakin menjadi-jadi, sehingga berjaya menyatukan 12 Juta penonton sepanjang 33 episod menurut sumber Nielsen 2020, manakala episod akhir drama karya Siti Rosmizah ini juga berjaya meraih 5 Juta tontonan di TV3. Katanya drama 7 Hari Mencintaiku 3 lebih banyak drama dan konflik? Nak tahu, jom baca lebih lanjut.


Menurut karyawan 7 Hari Mencintaiku 2, Siti Rosmizah berterima kasih dengan sokongan padu yang diberikan oleh para penonton dan juga peminat karya-karya beliau. Beliau juga melibatkan diri sebagai penerbit 7 Hari Mencintaiku 2 ini untuk memastikan keaslian kandungan novel saya seiring dengan kandungan drama yang disiarkan di slot akasia TV3.


Menggunakan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ nyanyian Datuk Siti Nurhaliza sebagai lagu tema, lirik lagu tersebut juga merupakan nukilan penerbit Siti Rosmizah dan secara tidak langsung, mereka berjaya menarik peminat novel dan lagu tersebut untuk menonton drama ini. Walau bagaimanapun, beberapa sub-plot telah ditambah untuk menghidupkan drama ini di kaca televisyen menerusi watak-watak sampingan seperti Helmi, Fie, Nurul Ain dan banyak lagi.


“Mengulas tentang ketularan drama ini di media sosial, saya turut mendapat mesej di laman media sosial untuk menghasilkan drama 7 Hari Mencintaiku 3. Sejujurnya, jalan cerita kesinambungan drama ini sudah pun ada dengan lebih banyak drama dan konflik. Namun, dengan izin Allah, perancangan untuk menerbitkannya dalam bentuk novel dan drama, masih dalam perancangan. Oleh itu, bagi pihak warga 7 Hari Mencintaiku 2, kami sekali lagi berterima kasih kepada semua peminat. Kami berharap agar semua penonton sentiasa memberi sokongan kepada karya-karya seni tempatan.” kata Siti Rosmizah.

 

 


Netizen Membenci Mak Leha & Nurul Ain

Drama ini juga didapati tular di media sosial, setiap kali ia bersiaran. Terutamanya mengenai watak kebaikan Khuzairi (Shukri Yahaya) sebagai seorang suami, dan kebencian netizen terhadap watak Nurul Ain (Wafariena Roslan) dan Mak Leha (Liza Abdullah). 7 Hari Mencintaiku 2 ini turut dibintangi oleh Siti Saleha, Wan Sharmila, Jaja Ilyes, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifly, Bil Azali, Jasmin Hamid dan Kazar Saisi.


Sekali lagi dapatkah rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana berkekalan kali ini dengan dua cahaya mata mereka? Adakah Mak Leha benar-benar dapat menerima Mia Adriana sebagai keluarganya, sepenuh hati? 

Jawapan persoalan-persoalan tersebut terpulang kepada penonton 7 Hari Mencintaiku 2 2020 dan karyawan Puan Siti Rosmizah. Sekiranya ingin menonton kembali drama 7 Hari Mencintaiku 2, penonton boleh saksikan di aplikasi mudah alih iQiyi di www.iq.com, serta dapatkan maklumat lanjut mengenai drama-drama TV3 di xtra.com.my dan laman media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @DramaSangat di Instagram, Facebook, dan Twitter. Nantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 pada bulan Ramadan nanti.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post