Resepi Taugeh Tumis Udang - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Taugeh Tumis Udang

Trending

Resepi Taugeh Tumis Udang

Hi semua! Semalam Kak Bell kelaparan dan kemalasan hendak memasak menu yang susah. Sebenarnya memang setiap kali memasak pun, memang akan cuba resepi paling mudah dan cepat. Asal boleh bak kata orang untuk hidangan tekak sendiri.


Ingatkan nak buat menu Teppanyaki Udang seperti yang Kak Bell kongsikan sebelum ini. Tetapi boring pula buat menu yang sama. Jadi Kak Bell 'switch' menu kepada Taugeh Tumis Udang.


Menu masakan taugeh atau tauge ni sememangnya sangat cepat dan tidak memerlukan masa yang lama di atas kuali supaya taugeh kekal rangup. Kak Bell gunakan tauge kecil atau tauge soya dalam menu ini dan boleh sahaja jika ingin menggunakan tauge kasar. Sayangnya Kak Bell bukan penggemar tauge kasar tetapi teringin nak mencubanya nanti.

Guna sedikit je udang sebab sayang. Cukuplah 3 ketul untuk seorang makan kan!


Pada yang rajin, seeloknya ekor taugeh dibuang dan dicuci bersih. Kak Bell yang memang terkenal dengan kemalasan, taugeh tersebut Kak Bell hanya cuci bersih dengan air sahaja. Berapa tahun pula nak siap kalau dibuang ekornya. Resepi masakan taugeh juga pelbagai, boleh sahaja dibuat tauge masak sos tiram, taugeh kuring kunyit atau taugeh goreng telur mengikut kesukaan.

Bahan-bahan
1 bekas taugeh kecil
4-5 ekor udang
1 keping tauhu basah
3 ulas bawang putih *dicincang
3 tangkai cili kering
Sedikit lada benggala
1 sudu sos tiram
2 sudu besar minyak masak
Garam & perasa
Sedikit air

Cara memasak:

1) Panaskan minyak masak, tumiskan cili kering dan bawang putih sehingga berwarna kuning keemasan.


2) Masukkan tauhu dan kacau seketika.
3) Kemudian masukkan sos tiram, udang, lada benggala dan kacau rata hingga udang separuh masak.


4) Masukkan taugeh dan sedikit air, goreng sebentar.


5) Perasakan dengan garam dan perasa secukup rasa, goreng sekata.


TIPS!


  • Boleh tambahkan daun kucai
  • Boleh gantikan lada benggala dengan cili merah
  • Boleh juga masukkan cili/lada bersama taugeh pada langkah akhir memasak
  • Taugeh digoreng sebentar sahaja supaya kekal ranggup

Cukuplah kan untuk makan seorang. Ada taugeh, tauhu dan udang dengan sedikt cicipan rasa pedas lada benggala. Lepas ni Kak Bell nak buat menu sotong pula. Teringin nak cuba buat sotong sumbat, tetapi rasa macam susah je nak buat. Oklah selamat mencuba resepi taugeh tumis udang.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post