Pendahuluan
Hai buat semua pencinta dan peminat kucing. Sudah lama rasanya tidak
berkongsi tentang kucing. Sebenarnya ada banyak perkara yang hendak
dikongsikan tentang anak-anak bulus dirumah yang sekarang ini dah mencecah
30 ekor. Bila dah banyak memang akan ada yang sakit dan sebagainya. Sebelum
ini Kak Bell ada berkongsi tips, kucing terkena
FLUTD
(batu karang), Hematoma,
Pyometra dan sebagainya. Bolehlah rujuk
entri sebelum ini.
Kali ini Kak Bell nak berkongsi tentang kucing yang terkena jangkitan
fungus atau kurap (ringworm). Penyakit kulit pada kucing ini pelbagai
dan perlu dapatkan nasihat veterinar untuk sahkan apa sakitnya. Sejak akhir
tahun 2019 beberapa ekor kucing perliharaan Kak Bell terkena fungus selain
baka dari Cik Lucy yang sangat sensitif sakit Alergic Dermatitis.
Disebabkan sudah terlalu banyak dan tak terkawal, maka mudahlah penyakit
berjangkit.
Penyakit Kulit Yang Biasa Berlaku Pada Kucing
Bagi mereka yang memiliki kucing, semestinya menyedari bahawa si bulus
mudah mendapat jangkitan penyakit seperti kurap atau fungus. Berikut adalah
diantara penyakit yang sering berlaku. Kak Bell cuma berikan sedikit
penerangan tentang beberapa jenis penyakit sahaja.
Jangkitan Yeast/Kulat
Biasanya akan menyerang telinga kucing disebabkan oleh fungus. Telinga
merupakan bahagian badan kucing yang senang dijangkiti fungus. Telinga
kucing akan ada cecair hitam atau kuning, cuping kemerahan dan sering
menggaru. Jangkitan boleh dirawat menggunakan antifungal. Kak Bell gunakan
Oridermyl Ointment.
Eosinophilic Granuloma (EGC)
Penyakit berkaitan inflammatory atau keradangan kulit kucing ini puncanya
tidak dikenalpasti dengan tepat. Penyebab utama mungkin berpunca dari
jangkitan bakteria, alahan makanan atau kutu. Ulser pada bahagian hidung
atau mulut
(Rodent Ulcers Cat)
juga termasuk dalam kategori EGC.
Ringworm/Kurap
Ringworm atau kurap merupakan jangkitan akibat fungus dan senang
menjangkiti kucing berumur kurang 1 tahun. Kawasan jangkitan berbentuk
bulat, bulu gugur dan berkerak. Ringworm amat mudah merebak kepada kucing
peliharaan yang lain dan manusia. Rawatan bergantung pada tahap jangkitan
termasuk penggunaan syampu berubat, ointment atau ubatan oral.
Jerawat (Feline Acne)
Selalunya tumbuh di bahagian atau sekitar dagu kucing. Berpunca dari poor
grooming, stress atau penyakit kulit yang lain.
Ear Mites
Mites ialah sejenis parasit yang tertarik pada wax dan minyak dalam telinga
kucing. Mites yang membiak di dalam telinga akan menyebabkan keradangan.
Kucing yang ada
ear mites
akan menggaru telinga berlebihan, terdapat cairan hitam dan berbau
busuk.
Lice dan Flea
Merupakan masalah yang paling kerap berlaku pada kucing. Beza lice yang
hanya bergerak atau merangkap pada badan kucing berbanding flea yang
melompat kepada kucing yang lain. Lice hanya boleh hidup 1 /2 hari tanpa hos
berbanding flea yang boleh hidup selama 100 hari tanpa hos.
Stud Tail
Juga dikenali sebagai hyperplasia kelenjar ekor dan ianya merujuk kepada
kelenjar di hujung ekor yang mengeluarkan minyak berlebihan atau wax.
Menyebabkan keguguran bulu diekor dan berminyak.
Penyakit-penyakit lain adalah seperti kelemumur, tumor kulit, scabies,
alopecia, sporotrichosis, alergic dermatitis dan compulsive grooming
(grooming berlebihan).
Ringworm Atau Kurap Pada Kucing
Ringworm penyakit kulit kucing yang disebabkan oleh fungus yang
dikenali sebagai Microsporum Canis. Fungus ini boleh menyerang kucing
pelbagai usia dengan cepat. Pengalaman Kak bell pernah dalam satu masa 4-5
ekor terkena ringworm disebabkan ibu kucing yang menjangkiti anak
kucing.
Masa ini agak teruk dijankiti ketika Mika berumur kurang sebulan
Kebiasannya kawasan yang sering dijangkiti adalah sekitar muka, belakang
telinga, ekor dan kaki kucing. Memang kesian bila anak kucing yang masih
kecil terkena kurap kerana masih menyusu dan tidak boleh diasingkan dengan
ibu dan adik-beradik yang lain. Terpaksalah tabah ketika berikan rawatan dan
penjagaan. Untuk
kurap kucing
yang teruk, berkerak seperti yang biasa dilihat pada kucing stray/jalanan
tidak pasti ianya adalah di dalam kategori yang sama atau tidak.
Kucing yang terkena jangkitan fungus akan sentiasa menggaru dan sehingga
boleh luka. Kawasan jangkitan akan berbentuk seperti lingkaran cincin bulat
dan merebak pun secara membulat. Pada bahagian jangkitan, bulu akan gugur
dan akan terasa kasar berkerak bila disentuh dengan jari.
Mika dah kembali sihat
Rawatan Kucing Terkena Ringworm/Kurap Kucing
Jika kucing perliharaan anda mempunyai tanda-tanda ringworm, hendaklah
segera ke Vet untuk pemeriksaan lanjut. Kebiasaannya kalau ke klinik veterinar, doktor akan beri krim sapu untuk
mengubati penyakit berkenaan. Ada juga yang guna minyak kelapa dara atau
minyak kelapa digunakan untuk merawat jangkitan kurap pada kucing. Tapi Kak
Bell tak pernah cuba dan biasa mesti veterinar suruh pakai ubat dari klinik
haiwan.
Biasanya rawatan yang diberikan adalah ubat oral, ubat sapu dan mandian
syampoo fungus kucing. Bagi kes yang agak kronik, dicadangkan kucing dicukur
bagi memudahkan rawatan. Langkah terbaik adalah mengasingkan kucing yang
terkena jangkitan dari kucing yang lain dan sentiasa membasuh tangan dengan
bersih setelah memegang atau memberikan rawatan kepada kucing.
Penggunaan ubat dari vet memerlukan pemakaian kolar pada kucing dan memang
agak menyukarkan bagi kucing kecil kerana tiada saiz kecil untuk kolar. Jadi
untuk kucing dirumah, Kak Bell tidak menggunakan ubat sapu yang diberikan
dan menggunakan ubat sapu Himalaya iaitu Canisep. Ubat ini boleh digunakan
sebagai anti bakteria, antimaggot dan antifungal. Ada juga yang menggunakan
spray fungus kucing, tetapi Kak Bell hanya menggunakan ubat sapu.
Di bahagian bulatan bulu sudah mulai tumbuh kesan akibat fungus
Bulu baru tunbuh (bahagian berwarna cerah)
Kak Bell gunakan Canisep disebabkan ianya organik dan tidak beracun jika
dijilat oleh kucing. Setelah disapu setiap hari, ringworm pada anak kucing
semakin baik dan bulu baru sudah mulai tumbuh. Bagi yang hadapi masalah
sama, bolehlah cuba menggunakan Canisep sebagai salep ringworm kucing.
Bagaimana kucing rumah (indoor) boleh dijangkiti kurap?
Cara fungus merebak adalah melalui penyebaran spora melalui permukaan,
partikel debu/habuk dan juga melalui udara. Jadi ianya amat mudah merebak
kepada kucing yang lain.
Berapa lama kurap kucing boleh hidup?
Spora ringworm boleh kekal hidup dipermukaan seperti pakaian, tempat tidur,
dan di tempat lain selagi bekalan makanan mereka (sel kulit mati) ada, dan
mereka mempunyai persekitaran yang lembap dan hangat. Spora dapat hidup
dalam tempoh agak lama selama 12 hingga 20 bulan.
Bolehkah kurap kucing menjangkiti manusia?
Ya. Ringworm dapat menular dengan cepat dan bersifat zoonosis yang
bermaksud dapat menular dan menjangkiti manusia. Sesetengah manusia yang
terdedah akan mungkin terkena jangkitan. Kesan ringworm kucing pada manusia
adalah sama dengan kehadiran lingkaran berbentuk bulat kemerahan.
Kredit: http://kucingkuduniaku.blogspot.com