Embryolisse Kini Mula Dijual Di Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Embryolisse Kini Mula Dijual Di Malaysia

Trending

Embryolisse Kini Mula Dijual Di Malaysia

Jenama penjagaan kulit dari Perancis, Laboratoires Embryolisse, telah berada di pasaran Malaysia buat kali pertama pada Mei 2020 lalu. Embryolisse yang memenangi pelbagai anugerah global, kini meraikan ulang tahun ke-70 dalam kepakaran dan kejayaan dermatologinya dalam penghasilkan pelbagai produk pakar yang sesuai untuk jenis kulit normal, sensitif, kering dan kusam. Sebelum ini, Embryolisse juga telah memperkenalkan himpunan produk penjagaan kulit yang bertoleransi tinggi dan khusus memfokuskan dalam mengembalikan keseimbangan dan mengekalkan seri kulit wajah agar sihat dan cantik.


Kesemua produk Embryolisse adalah berkonsepkan formulasi unik, Physio-Cosmetology, yang menggabungkan hubungan di antara dunia penjagaan kulit dan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan yang betul dengan dos yang tepat bagi membetulkan semula kelembapan kulit wajah dan ketidakseimbanagn lipid pada kulit lantas mencantikkan kulit tanpa nampak lesu, penat dan menjadikan kulit tidak terlalu sensitif.


Filosopi penjagaan kulit yang dipegang oleh Embryolisse adalah berdasarkan 'Respects the skin-Respects the consumers' dimana kesemua formulasi yang digunakan oleh Embryolisse, memberikan pelbagai elemen yang diperlukan kulit agar sihat, berseri dan kekal muda tanpa bahan tambahan yang boleh menjadikan kulit sensitif.


Setiap bahan-bahan dipilih dengan teliti dan terbukti, menggunapakai maklumat perubatan lampau atau kosmetik tradisi dan digabungkan dengan bahan aktif dermatologi canggih seperti asid hyaluronik dan kolagen. Formulasi semula jadi Embryolisse juga menyepadukan bahan-bahan alam semula jadi daripada bunga dan buah-buahan, dan paling penting menggunakan dos sukatan yang sesuai untuk penjagaan kulit wajah.

Sejarah Embryolisse

Kejayaan Embryolisse bermula pada 1950 apabila seorang ahli dermatologi Hospital Saint Louis yang pakar dalam patologi kulit, mencipta krim Lait-Crème Concentré, produk penjagaan kulit yang bertoleransi tinggi serta bersifat universal lalu terlahirlah jenama Embryolisse. Produk yang dikenali sebagai satu krim ‘ajaib’ ini amat dipercayai dan popular oleh sebilangan generasi wanita dan telah menjadi satu jenama yang disyorkan oleh pakar kesihatan (ahli dermatologi dan ahli kimia) serta menjadi pilihan utama dunia kecantikan dan juru solek.


Disebabkan formulasi Embryolisse yang dapat memberikan kesan cantik dan membuatkan kulit nampak muda, ianya menjadi kegemaran bagi makeup artis profesional dan para selebriti terkenal. Produk ini adalah item yang sangat diperlukan untuk kegunaan belakang tabir seperti acara pertunjukan fesyen, sesi fotografi fesyen, acara TV, persembahan teater dan filem. Ramai selebriti kelas-A serta model yang menjadi pengguna setia jenama ini seperti Sienna Miller, Elizabeth Jagger, Gwyneth Paltrow, Lea Seydou, Poppy Delavigne, Scarlett Johansson dan ramai lagi.


Koleksi Embryolisse Di Malaysia


Cleansers + Makeup Removers Lotion Micellaire (Micellar Lotion)

Koleksi pembersih wajah dan solekan ini memastikan kulit kekal bersih. Produk penjagaan kulit ini dihasilkan agar sesuai untuk semua jenis kulit, ia lembut membersihkan kulit lantas menjadikan kulit kelihatan segar dan sihat.


Pelembap Lait-Crème Concentré

Produk pelembap pula cukup disarankan buat kulit yang terlalu sensitif serta kering. Dengan menggunakan produk ini, kulit menjadi lebih lembut dan mengembalikan keceriaan kulit juga menjaga lapisan luar kulit.


Nourishing Skin Care

Dapatkan semula sensasi kulit yang terpelihara dengan penggunaan produk yang berkhasiat, serta membantu memulihkan kulit bernutrien yang memberi kelembutan dan keselesaan pada kulit.



Artist Secret Eclat du Regard (Radiant Eye) & Voile Illuminateur de Teint

Satu koleksi primer, illuminator dan skin corrector dilancarkan bersama barisan juru solek untuk mempamerkan kejelitaan semula jadi wanita. Kulit tanpa cela ditambah baik dari hari ke hari.


Tentang Embryolisse

Ditubuhkan pada 1950, Embryolisse telah dicipta oleh pakar dermatologi di sebuah hospital di Paris yang khusus dalam patologi kulit yang mencipta Embryolisse Lait-Crème Concentré. Dengan penggunaan teknologi paling progresif dan penyelidikan terkini mengenai fisiologi permukaan kulit dan bakteriologi, Embryolisse® Laboratories telah meningkatkan formula khusus buat kulit yang sihat dan semula jadi. Dengan ini, Embryolisse mengembangkan kepakarannya dalam dermo-kosmetik; memperluaskan produk penjagaan kulitnya ke dalam dermo-kosmetik berinovatif tinggi yang memenuhi keperluan muka dan badan sambil menghormati keseimbangan dan komposisi semula jadi dalam kulit. Sebuah jenama penjagaan kulit yang ikhlas, autentik dan berkesan dalam menyediakan rejim kecantikan serta solusi untuk setiap jenis kulit. Kesemua formula Embryolisse memberi keutamaan kepada bahan-bahan semula jadi dan dihasilkan di bawah penyelidikan farmaseutikal dan diuji oleh ahli dermatologi untuk kesan toleransi, keselamatan dan keberkesanannya.

Tentang Fusion Cosmetics

Fusion Cosmetics adalah satu kisah kejayaan keusahawanan yang benar. Bermula secara kecil-kecilan pada 2003 di pejabat yang hanya berkeluasan 750 kaki persegi dengan hanya empat pekerja dan kini menjadi salah satu pengedar jenama penjagaan kulit dan rambut yang paling memberangsangkan di Asia.


Buat masa ini Embryolisse dijual secara eksklusif di 152 kedai Guardian di seluruh negara dan juga platform online Zalora Malaysia, Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia.

Untuk informasi lanjut, sila lawati laman berikut:
Facebook: https://www.facebook.com/embryolissemalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/embryolisse_my/
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post