Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu

Trending

Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu

Bidang kosmetik dan kecantikan merupakan salah satu industri yang mempunyai pasaran besar di dunia. Seiring permintaan yang meluas, pemilihan kosmetik halal juga telah menjadi satu kriteria utama bagi pemilihan produk kosmetik di kalangan pengguna Islam. Kali ini Kak Bell nak kongsikan produk yang mesra wudhu dan menggunakan bahan semulajadi iaitu Absolute Natural Beauty 1618.

Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu

Absolute Natural Beauty 1618

Jenama kosmetik Absolute 1618 ini diilhamkan oleh 2 sepupu, Mior Ghazi dan Sharifah Jasmine apabila kedua-dua ibu serta ibu saudara mereka yang gemar membeli kosmetik organik dan membuat sendiri bahan kecantikan seperti serum, mist, sabun menggunakan bahan-bahan semulajadi hasil dari petua keluarganya.

Mereka mendapat inspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang kosmetik untuk berkongsi dengan pengguna sebuah jenama kosmetik yang berkualiti, tanpa bahan toksik berbahaya kepada kulit, harga berpatutan dan menggunakan bahan semulajadi berkualiti.

Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu

Buat masa ini terdapat 2 buah produk di bawah jenama Absolute Natural Beauty 1618 iaitu Absolute Primer Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation. Kedua-dua produk ini berasaskan bahan mineral dan semula jadi dan menggunakan 100% pati minyak Rosehip tulen. Minyak Rosehip ini dapat mengurangkan garis halus dan melembapkan kulit wajah serta kaya antioksidan yang membantu meratakan warna kulit secara keseluruhan.


Produk ini menawarkan produk kecantikan yang bebas toksik, tidak komedogenik, diformulasikan dengan 100% minyak Rosehip tulen dan vitamin semula jadi untuk memberi manfaat maksimum kepada kulit. Produk jenama Absolute juga mesra vegan, mesra wudhu (mudah dibersihkan) dan tidak merosakkan kulit wajah.
Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu
Nama ABSOLUTE NATURAL BEAUTY 1618 ini diilhamkan daripada dua elemen iaitu:
1) Produk jenama Absolute menggunakan bahan-bahan semula jadi
2) 1618 adalah nisbah emas (Golden Ratio) di mana semua formula, ramuan dipilih dengan sempurna dan diformulasikan dengan teliti untuk menghasilkan produk terbaik.

Mereka percaya bahawa kecantikan semestinya bermaksud kualiti iaitu menggunakan bahan-bahan yang terbaik untuk kulit yang bersih dan sihat. Mereka juga komited untuk menggunakan metodologi yang ketat untuk menentukan produk jenama Absolute bebas toksik.

Absolute Primer Serum

Absolute Primer Serum mengandungi bahan aktif termasuk 100% minyak Rosehip tulen, stem cells dan Vitamin E yang membantu meningkatkan seri wajah, menyihatkan kulit dan mengandungi SPF30.

Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu

Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu


Serum ini mempunyai antioksidan yang tinggi serta SPF30 bagi melindungi kulit daripada penuaan pramatang dan kesan sinar UV. Produk ini juga mengandungi Mica Gold, mineral semula jadi yang digunakan untuk membantu meningkatkan cahaya kulit anda dan memberikan cahaya semula jadi. Absolute Primer Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Absolute Superlight Mineral Foundation

Absolute Superlight Mineral Foundation mengandungi bahan aktif termasuk 100% Rosehip Oil tulen, titanium dioksida, isononyl isononanoate dengan kilauan semula jadi dari mineral mosovite mica dan juga SPF60.

Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu

Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu

Produk kecantikan Absolute penuh dengan nutrien untuk kulit, membolehkan kulit bernafas, merawat dan menyihatkan kulit wajah. Pada masa yang sama, ia boleh dicuci dengan mudah - mesra wudhu.

Produk ini telah didaftarkan di bawah Akta Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Regulation 18 A (2), Pengarah Khidmat Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami mengikuti Garis Panduan Kawalan Dadah Dan Kosmetik (NPRA) Di Malaysia.

Notifikasi NOT KKM
1. Absolute Rose Couture Serum (NOT1 90504 247K)
2. Absolute Rose Couture Foundation (NOT1 90504 224K)

Selain itu juga produk Absolute Natural Beauty 1618 ni telah disenaraikan di Halalstreet.Co.Uk untuk pasaran UK di bawah program e-perdagangan Matrade.

Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu

Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu

My Verdict/Review

Kedua-dua produk ini memang membuat Kak Bell jatuh hati. Dari segi pembungkusan, warna merah jambu-putih untuk kotak dan bekas berwarna grey-metallic bagi Kak Bell sangat cantik dan eksklusif. Dimaklumkan sebenarnya, warna botol untuk kedua-dua ini adalah berbeza dan ikut warna kotak. Tak kisah tentang warna botol, both color pun ok. Walaubagaimanapun untuk warna metalik grey pada botol tersebut mudah tertanggal. Mungkin akan datang pihak Absolute Natural Beauty boleh perbaikinya lagi.

Absolute 1618 Skincare Jenama Tempatan Mesra Wudhu

Untuk Absolute Primer Serum ada mineral Mica Gold dan ianya memang sangat mudah diratakan dan meresap ke dalam kulit. Bagi Absolute Foundation Mineral Superlight pula teksturnya sangat ringan dan juga mudah diratakan. Walaupun warnanya agak gelap, kandungan mineralnya dapat menyesuaikan dengan tona kulit warna kita. Walaubgaimanapun ianya tidak 'full coverage' bagi kulit yang bermasalah. Tak perlu bersusah-payah mencari foundation sesuai dengan tona kulit kerana ianya sesuai digunakan untuk kulit gelap atau cerah.

Kedua-dua produk ini mempunyai bau wangi yang menyegarkan dan membuatkan kulit muka lebih lembap dengan kesan glowing pada muka. Kak Bell sarankan anda semua cuba produk tempatan ini untuk kegunaan seharian. 


Sekarang ini kedua-dua produk dijual dengan harga promosi di mana harga untuk sebotol 30ML hanya RM65 (harga asal RM79.90) dan pembelian combo adalah RM110. Bagi yang berminat dengan produk Absolute Natural Beauty 1618, anda boleh dapatkannya di Lazada atau layari laman di bawah:

Website: https://www.absolute1618.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Absolute-1618-106238504337469/
Instagram: https://www.instagram.com/absolutenaturalbeauty

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post