Resepi Nasi Goreng Cina Bagi Yang Tak Makan Pedas - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Nasi Goreng Cina Bagi Yang Tak Makan Pedas

Trending

Resepi Nasi Goreng Cina Bagi Yang Tak Makan Pedas

Resepi Nasi Goreng Cina Bagi Yang Tak Makan Pedas | Hari ini Kak Bell nak kongsikan resipi nasi goreng Cina. Kelmarin tak kesampaian hajat nak buat. Nasi sejuk di dalam peti ais pun masih elok, jadi sahur semalam Kak Bell menggoreng nasi untuk bersahur. Kuih muih pencuci mulut baki buka puasa pun ada lagi. Untuk membuat nasi goreng, paling sedap mesti gunakan nasi yang sudah sejuk. Jika gunakan nasi yang baru dimasak, pastikan nasi yang dimasak tadi sudah disejukkan dahulu sebelum digoreng bagi mengelakkan nasi melekat-lekat semasa digoreng.


Nasi Goreng Cina ini memang menu yang sesuai dihidangkan buat orang yang tidak gemarkan makanan pedas. Memang kita tidak akan gunakan cili merah atau masukkan kicap. Nanti namanya bertukar jadi nasi goreng biasa atau nasi goreng cili padi/cili api. Hehe. 


Untuk bahannya pun sangat mudah. Mesti ada sayur campur kacang pis, lobak dan jagung dan menggunakan lada putih serta minyak bijan. Disebabkan tak ada lada putih, resepi Kak Bell ini menggunakan serbuk lada hitam dan kiub ayam. Kak Bell juga garamkan dahulu nasi sebelum digoreng, ikut cara mak Kak Bell memasak. Kalau tidak ikut cara ini pun boleh, nanti masukkan garam semasa menumis bahan.


Bahan A
2 mangkuk nasi sejuk
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
Sedikit isi ayam
sayur campur sejuk beku 
*(lobak merah, kacang pis, jagung)
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam/lada sulah
1/2 sudu kecil minyak bijan
Garam

Bahan B
4 ulas bawang putih (cincang halus)
2 ulas bawang merah/bawang kecil


Cara buat nasi goreng Cina:
1) Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan lebih minyak untuk elakkan nasi keras dan kering. Agak-agak kuantiti minyak secukupnya.
2) Masukkan bahan B, tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kiub ayam. Tumis sampai naik bau.

\

3) Masukkan isi ayam dan tumis hingga isi ayam masak.



4) Tambahkan lobak merah, kacang pis, jagung (sayur campur sejuk beku), minyak bijan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa (jika perlu). Tak pakai kacang panjang sebab macam tak sesuai.



5) Masukkan nasi sejuk dan kacau rata dengan bahan-bahan.
6) Ketepikan nasi atau buat bahagian ditengah kuali dan masukkan telur yang telah dipecahkan.




6) Gaul sekata dan biarkan nasi masak bersama bahan-bahan tadi.
**boleh juga pecahkan sebiji telur dahulu dan gaul rata dengan bahan-bahan sebelum masukkan nasi.


TIPS!
  • Gunakan nasi yang telah sejuk untuk masak nasi goreng supaya tak mudah basi, tidak melekat
  • Boleh gunakan isi ayam yang diblender gantikan kiub ayam
  • Sesuai juga dicampurkan isi udang
  • Jika tiada lada putih/lada sulah, boleh gantikan dengan lada hitam
  • Nasi goreng cina tidak gunakan cili kering atau daun limau purut, boleh masukkan sedikit cili jika nak pedas
  • Boleh letak sos tiram semasa menumis
  • Telur boleh dimasukkan selepas nasi atau sebelumnya
  • Jika gunakan lobak segar, boleh padankan dengan daun bawang
  • Boleh gaulkan nasi dengan garam dahulu sebelum goreng atau masukkan semasa menumis


Kalau nak kelainan, anda semua juga boleh blendkan sedikit isi ayam sebagai bahan tumis menggantikan kiub ayam dan menggunakan sayuran segar seperti lobak merah dan daun bawang. Asalkan ada warna warni kira jadilah nasi goreng cina. Anak-anak makan pun tak pedas sangat. Nak tambah goreng ikan bilis pun ok tapi kalau tambah ikan masin, terus jadi nasi goreng ikan masin. Selamat mencuba!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post