Resepi Maggi Kari Nyonya - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Maggi Kari Nyonya

Trending

Resepi Maggi Kari Nyonya

Hi semua. Beberapa hari lepas Kak Bell ketandusan idea juga nak memasak apa. Nak membeli makanan berbuka pun bukan ada yang ramai berniaga. Jadi Kak Bell gigihkan juga memasak. Cukuplah sekadar masakan mudah dan cepat untuk berbuka.


Sebelum-sebelum ini kalau berbuka puasa Kak Bell mesti nak kena makan nasi baru kenyang dan puas. Tahun ini berbeza pula. Bila dah memasak, tak lalu sangat nak makan. Kebetulan nampak resepi Sheila Rusly di facebook dan IG beliau memasak Maggi Kari Nyonya, terus Kak Bell ingin mencubanya.


Bahan-bahan semua ada kecuali tauhu pok. Bagi yang tak tahu tauhu pok, ianya dipanggil tauhu kering. Biasa kita akan guna tauhu kering ini buat mi kari. Nasib baiklah kedai di area rumah ni ada menjual tauhu pok, jadi bolehlah Kak Bell siapkan hidangan maggi ni. Walaupun hanya maggi, ada banyak juga menu yang boleh dibuat seperti Murtabak Maggi dan Kerabu Maggi. Kalau anda nak tahu resepi yang dikongsi adalah di antara carian tertinggi di blog Kak Bell. Paling popular adalah Cara Memasak Maggi Kari Sedap. Bolehlah anda semua singgah nanti ya di entri tersebut.


Maggi Kari Nyonya ini rasa masakannya sebijik macam rasa mi kari. Ada tauhu pok dengan daun kesum dan santan menjadikan hidangan ini memang mengancam. Sama rasanya macam mi kari yang dijual di mall. Jom kita tengok bahan-bahannya.

Bahan A
2 paket Maggi Kari
3 keping tauhu pok
2 ekor udang
1 biji telur (direbus)
2-3 sudu santan kotak
1 biji cili merah/capsicum
Sedikit kacang panjang
Daun kesom
Minyak masak
Air secukupnya

Bahan B (hiris bulat)
3 labu bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara memasak:
1) Asingkan perencah Maggi, panaskan air dan celur maggi kari. Rebus jangan terlalu lembik dan toskan.
2) Panaskan sedikit minyak dalam pan/kuali dan tumis bahan B sampai wangi.
3) Masukkan perencah Maggi kari dan tumis seketika.


4) Kemudian masukkan udang dan kacau seketika.
5) Tambahkan sedikit air dan masukkan santan.


6) Masukkan daun kesom, kacang panjang dan tauhu pok
7) Sediakan maggi dalam mangkuk, curahkan bahan dan hidangkan dengan telur rebus.


TIPS!
  • Pastikan maggi tidak putus dan rebus sekejap sahaja
  • Santan masukkan sedikit sahaja, tidak perlu banyak
  • Boleh gantikan santan dengan susu penuh krim
  • Boleh guna pak choy, taugeh
  • Minyak masak boleh pakai minyak jagung
  • Boleh perahkan limau kasturi


Macammana dengan resepi ni? Terliur bukan bila melihatnya. Kak Bell yakin mesti anda semua puas hati dengan kesedapan Maggi Kari Nyonya. Selamat mencuba!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post