Pantri Makanan #AyamBersamamu Bantu Komuniti Memerlukan Di Lembah Klang & Selangor - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pantri Makanan #AyamBersamamu Bantu Komuniti Memerlukan Di Lembah Klang & Selangor

Trending

Pantri Makanan #AyamBersamamu Bantu Komuniti Memerlukan Di Lembah Klang & Selangor

Semenjak wabak Covid-19 melanda, seluruh dunia mengalami situasi sukar. Tidak perlu kita pergi jauh, negara kita sendiri turut terkesan dengan penularan wabak ini. Melalui semangat #kitaJagaKita, masyarakat Malaysia telah menunjukkan rasa tanggungjawab dan kemurahan hati sikap rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan ketika waktu sukar ini.


Kak Bell hendak kongsikan dengan anda semua tentang inisiatif pihak Ayam Brand Malaysia yang membantu badan amal dan kebajikan di Malaysia dengan menubuhkan pantri makanan. Dalam situsi ini, memang seharusnya kita berpada-pada ketika membeli stok makanan, ambil atau beli apa yang perlu sahaja. Cukup sekadar untuk keperluan kita sahaja.


Inisiatif #AyamWithYou Food Pantry oleh Ayam Brand ™ kini membantu 13 rumah kebajikan di seluruh negara bagi menjayakan Pantri Makanan ini. Makanan dalam tin untuk pantri ini disediakan oleh Ayam Brand dan pihak rumah kebajikan akan menguruskan hal bekalan (re-stok) dan mengedarkannya kepada masyarakat yang memerlukan.

Kanak-kanak Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah turut membantu di Pantri Makanan #AyamBersamamu

Di Selangor, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah Ukay Perdana telah membantu komuniti setempat dengan menguruskan pantri makanan #AyamBersamamu. Sebelum ini pihak mereka juga telah menyertai kempen Community Care bersama Ayam Brand. Untuk meringankan beban keluarga yang memerlukan keperluan ketika Ramadhan dan Hari Raya, sekali lagi pihak Ayam Brand membantu dengan menyediakan stok bekalan makanan dalam tin untuk tempoh 2 bulan dengan menyarankan sebuah pantri makanan atau gerobok rezeki.

Pantri makanan yang kalis cuaca ini diletakkan di hadapan rumah kebajikan tersebut dan dibuka 24 jam untuk kegunaan umum. Bahan makanan di pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan dan kepada mereka yang ingin membuat sumbangan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain juga amat digalakkan.

Ayam Brand #AyamWithYou Food Pantry di Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara.


Respon yang diterima juga amat menggalakkan dan positif. Diantara produk makanan dalam tin Ayam Brand yang ada seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin, santan dan juga barangan lain.


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat Ayam Brand, mereka telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pelbagai pertubuhan dan kebajikan amal yang telah dapat membantu 21,800 orang dari 524 organisasi dan badan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Untuk tahun ini, Ayam Brand juga telah membantu para barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif menyediakan pantri makanan #AyamBersamamu dan pusat transit bagi gelandangan di Anjung Singgah, KL.


Pantri Makanan #AyamBersamaMu ini terletak di Anjung Singgah, Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur dan di Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah, No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor. Bagi yang ingin membantu meringinkan beban mereka bolehla berbuat demikian. Semoga sumbangan ada semua diberkati. Love and thanks dari Kak Bell.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, anda boleh lawati https://www.ayambrand.com.my.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post