Nikmati Berbuka Special Berjaya Times Square Hotel Ramadhan Ini - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Nikmati Berbuka Special Berjaya Times Square Hotel Ramadhan Ini

Trending

Nikmati Berbuka Special Berjaya Times Square Hotel Ramadhan Ini

Hai semua! Dah selesai berbuka puasa dengan menu istimewa hari ini? Kak Bell juga sudah selesai berbuka dengan menu nasi briyani ayam dari Berjaya Times Square Hotel KL.


Balik kerja semalam memang dah berniat hendak berbuka puasa dengan nasi tomato atau nasi briyani. Tetapi teringat nasi dalam periuk masih banyak, terus batalkan niat dan bercadang buat nasi goreng cina. Barang-barang semua dah tersedia tetapi Kak Bell terlelap sebab keletihan. Dalam terlelap, dapat panggilan untuk turun ambil makanan. Kak Bell yang baru sedar dari lena tak berapa nak dengar panggilan tersebut. Rupa-rupanya, ada yang menghantar menu berbuka puasa.


Memang banyak sungguh menunya. Rezeki Kak Bell petang semalam berbuka puasa dengan menu 'Berbuka Special' dari Berjaya Times Square Hotel KL. 


Berbuka Special BTHKL
Rupanya Berjaya Times Square Hotel KL ada promosi "Drive-Thru & Delivery" dengan menu Berbuka Special bermula 24 April- 23 Mei 2020.


Kombo Duo untuk set berbuka puasa ini terdiri daripada menu Nasi Kandar dan Nasi Briyani Gam Batu Pahat Chef Yusoff. Untuk nasi Briyani Gam ini ada pilihan ayam dan juga kambing. Harga untuk set nasi Briyani ni adalah RM11 sahaja. Murah sangat kan?


Bagi anda semua yang menggemari hidangan nasi kandar, anda boleh cuba menu Nasi Kandar Kobis Goreng Kunyit dan Udang atau Nasi Kandar Kacang Panjang Telur. Untuk menu nasi kandar akan datang sekali dengan ayam masak merah, acar rampai, air minuman dan buah kurma. Untuk kuah pula (mix gravy) adalah kari ikan, dalca sayur, sambal kosong dan kuah masak kicap.

Nasi Briyani Gam Batu Pahat

Nasi Kandar Kacang Panjang Telur

Nasi Kandar Kobis Goreng Kunyit dan Udang

Harga set kombo-duo Nasi Kandar adalah seperti berikut:
RM16.00nett untuk seorang
RM30.00nett untuk 2 orang
RM42.00nett untuk 3 orang
RM65.00nett untuk 5 orang

Nasi Briyani Gam Batu Pahat Ayam

Nasi Briyani Gam Batu Pahat Kambing

Selain daripada menu di atas, anda juga boleh add-on menu ala-carte seperti daging masak merah, kambing masak ros atau sambal sotong. Harga untuk satu hidangan ini adalah RM7. Memang ok sangatlah dengan harga RM16 untuk satu kepala, sangat berbaloi dan berpatutan.


Hidangan berbuka Kak Bell semalam memang meriah dengan menu nasi briyani ayam, briyani kambing, ayam masak merah dengan sayur kobis goreng kunyit dan kacang panjang udang kering telur. Terliur sungguh dibuatnya nak capai semua hidangan. Memang puas Kak Bell menikmati briyani kambing tersebut sebab porsi daging kambingnya yang banyak dan sampai berputar juga kepala habiskannya. Semua menunya sedap dan paling penting harga yang amat berpatutan. Kak Bell cadangkan anda semua cuba.


Bagi yang nak membuat tempahan set Berbuka Special sepanjang Ramadhan ini, anda boleh hubungi atau whatsapp 0182117399. Penghantaran makanan akan dibuat oleh Lalamove dan BungkusIT. Untuk Drive Thru, tempahan boleh diambil di kawasan Water Fountain di pintu masuk hotel Berjaya Times Square.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di laman sesawang di bawah untuk buat tempahan dan hubungi talian 03-21178000 extension 8131. Selamat menikmati juadah berbuka dan berpuasa.

https://www.berjayahotel.com/kualalumpur
https://www.facebook.com/BTHKL/
https://www.instagram.com/bthkl/?hl=en
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post