Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

Trending

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

Labu air memang Kak Bell sangat familiar tetapi jarang sangat Kak Bell gunakan untuk memasak. Sekali-sekala masak masakan berkuah seperti ikan patin atau gulai, boleh sahaja tambahkan sayur labu air ni. Dah dapat 2-in-1 sekali sayur. Masakan ringkas yang selalunya orang akan buat adalah seperti masak bening, goreng atau tumis air.

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

Untuk perkongsian kali ini, Kak Bell buat Tumis Labu Air. Caranya mudah dan langkah memasak pun semua sama sahaja. Cuma yang jadi beza mungkin dari segi penggunaan bahan seperti ikan bilis, udang kering, isi ayam atau pun serai untuk tumisan.


Bagi menu Tumis Labu Air, Kak Bell gunakan beberapa ekor udang segar dan semestinya kena ada serbuk lada hitam. Labu air atau long melon (Calabash) ni Kak Bell pakai sebelah sahaja sebab sorang aje pun nak makan. Kalau yang nak buat kenduri, sesuaikanlah bahan-bahannya ya.

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

Bahan A
1/2 biji labu air
1/2 cekak suhun
3 ekor udang segar
Sedikit lobak
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub ayam/ikan bilis
Garam dan gula
Minyak masak
Air

Bahan B
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah
1/2 inci halia

Cara memasak:
1) Kupas labu air dan dipotong serong atau dadu. Potong ikut suka pun boleh.
2) Untuk suhun, kerat dan rendam terlebih dahulu sehingga lembut supaya nanti tak over meyerap kuah.

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

3) Panaskan sedikit minyak dalam periuk/kuali dan tumis bahan B sampai wangi.
4) Masukkan lobak dan udang segar dan godek-godek tumis sekejap.

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

5) Masukkan air, serbuk lada hitam, kiub ayam dan potongan labu air dan biarkan hingga mendidih.
6) Campakkan suhun dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Masak hingga labu air lembut dan tutupkan api.


TIPS!
  • Boleh gunakan ikan bilis atau udang kering jika tiada udang segar
  • Jika gunakan isi ayam, tumis dahulu pad step 4
  • Tutup periuk 5 minit untuk empukkan labu, kemudian buka semula tutup periuk supaya labu tidak lembik.
  • Boleh juga masukkan sedikit sos tiram dan guna serai yang diketuk semasa menumis
  • Boleh tambahkan fucuk atau tauhu

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

Rasa labu air adalah tawar dan bersifat sejuk. Sebab tu kita kena tambahkan sedikit lada hitam semasa memasaknya. Walaubagaimanapun, sayur labu air ni bagus dan banyak khasiat sebab banyak kandugan air. So, baki labu air yang ada tu nanti, Kak Bell nak buat goreng pedas pula sebab Kak Bell tak pernah rasa. Oklah selamat memasak dan sabar ketika RMO ni. Bye.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post