Spageti Carbonara Durhaka - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Spageti Carbonara Durhaka

Trending

Spageti Carbonara Durhaka

Hi semua! Dalam minggu ini dah beberapa kali tekak ni mengadap pasta. Bukannya apa, sebab mudah dan senang disediakan. Untuk kali ini, Kak Bell kongsikan satu lagi resepi pasta yang tidak rumit iaitu Spageti Carbonara Durhaka. Kenapa ada 'derhaka' tu sebab Kak Bell pakai sahaja bahan apa yang ada. Memang style Kak Bell masak macam ni. Asalkan boleh dan sesuai kita campakkan sahaja.


Kak Bell gunakan sos carbonara segera Prego sebab ianya lebih mudah dan tidak perlu hendak bersusah payah menyediakan sos utama. Nak dikata derhaka tu sebenarnya derhaka sikit je sebab Kak Bell gunakan bawang besar dan cendawan Shiitake segar. Kebiasaannya kalau memasak pasta, bawang yang paling sesuai digunakan adalah bawang Holland sebab ianya lebih manis dan masakan pasta akan jadi lebih sedap. Bawang putih pun tidak perlu gunakan banyak, cukup 2-3 ulas sekadar pelengkap rasa.


Untuk cendawan biasanya Kak Bell gunakan cendawan butang. Disebabkan cuma ada stok cendawan Shiitake, so Kak Bell pakai sahaja. Bagi yang nak gunakan cendawan butang segar atau dalam tin pun tidak menjadi masalah. Bila gunakan cendawan Shiitake ni, kuah carbonara akan jadi sedikit coklat lah, tidak lah seputih salju macam susu segar tu nanti ya.



Bagi menaikkan seri masakan Spageti Carbonara ini, bolehlah gunakan capsicum merah dan hijau. Kak Bell gunakan capsicum kat atas ni, kawan office bagi. Bukan main besar lagi saiznya. Untuk warna hijau dalam masakan spageti Carbonara ini, Kak Bell gunakan sayur brokoli. Ok, lets tengok resepi.

Bahan A
1/2 paket spageti
Sedikit garam
Minyak zaitun
Air secukupnya

Bahan B
1 biji bawang Holland/besar
2 ulas bawang putih
2-3 batang sosej
Capsicum merah dan hijau
5 ekor udang
sedikit lada hitam
5 biji cendawan butang/Shiitake
1 botol sos carbonara Prego
Sedikit susu full cream
1 keping keju cheddar
Oregano herbs kering
Daun parsley kering/fresh
Sedikit Brokoli
Minyak zaitun/masak 
Garam


Cara memasak;
1) Didihkan air bersama sedikit garam dan minyak masak dan rebus spageti sampai lembut dan toskan.


2) Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bawang besar dahulu sampai layu atau hingga berwarna jernih.
3) Kemudian baru tumis bawang putih. Dimasukkan kemudian sebab bawang putih cepat hangus.
4) Masukkan cendawan Shiitake segar dan kacau seketika. Pastikan cendawan segar dicuci bersih supaya kuah tidak menjadi coklat.


5) Masukkan capsicum, brokoli dan udang, kacau sampai sedikit masak. Untuk udang bunagkan kepala dan tinggalkan sedikit sahaja kulit dibahagian hujung.


6) Tambahkan sedikit serbuk lada hitam atau black pepper dan kacau. Ianya adalah untuk imbangkan rasa lemak kuah carbonara nanti.
7) Masukkaan sos Prego Carbonara dan tambahkan susu full cream secukupnya. 


8) Taburkan serbuk Oregano dan Parsley kering dan perasakan dengan garam.
9) Taburkan keju cheesedale atau keju cheddar dan biarkan cair.


TIPS!
  • Untuk spageti pastika tidak rebus terlalu lembik, cukup sekadar al dente (dimasak dengan kenyal tetapi boleh digigit)
  • Boleh juga rebus spageti dengan garam, kemudian gaul sedikit minyak semasa spageti ditos
  • Tidak sesuai guna extra virgin oil semasa menumis
  • Boleh guna minyak masak biasa
  • Boleh guna daging kisar sebagai bahan tumisan
  • Boleh tambah sosej ayam yang dipotong kecil
  • Untuk capsicum buang bahagain putih dan bijinya
  • Untuk lebih sedap boleh gunakan daun Parsli segar
  • Pastikan susu segar tidak terlalu banyak supaya kuah tidak cair


Jadi beginilah hasil masakan Spageti Carbonara Durhaka Kak Bell. Untuk bahan-bahan sampingan macam sosej dan lain-lain tu, ikut suka sebenarnya nak masukkan apa. Kalau dah memang resepi pakai cendawan, pakailah cendawan apa-pun yang sesuai. Janganlah masukkan kobis pulak kan. Nanti terus dapat title Master Chef pula! Terliur pula dibuatnya dengan masakan sendiri. Hehe.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post