Resipi Udang & Taugeh Teppanyaki - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resipi Udang & Taugeh Teppanyaki

Trending

Resipi Udang & Taugeh Teppanyaki

Semalam KaK Bell terpaksa juga keluar ke shopping mall terdekat untuk beli blender. Kisahnya lesung batu kena bawak lari dan blender pecah, so susahlah Kak Bell nak menyediakan juadah dan masakan di rumah ni. Memang dah beli lesung batu baru di DIY, tapi kaedah nya comel sangat saiznya. Lesung batu DIY tu jenis macam batu seramik, macam lesung nak tumbuk herba. Jadi tak convenient sangat bila nak tumbuk bawang dan cili dengan kuantiti banyak. Kadang-kala masa memasak, Kak Bell bedal sahaja gunakan pengisar kering. Jadi agak leceh. 


Bila dah sampai mall terus sahajalah beli barang-barang basah dan keperluan lain untuk kegunaan harian disebabkan PKP pun telah diumumkan lanjut hingga ke tarikh 28 April 2020. Jenis Kak Bell pula, kalau dah sampai tempat barang basah semua barang kalau boleh nak beli. Kadang-kadang sampai tak termasak sayur yang dibeli. Bagi mengelakkan pembaziran, Kak Bell cari sayuran yang lebih tahan untuk penyimpanan. Dalam otak macam-macam resepi nak buat. Kak Bell dah ada beli tauhu telur, kacang dal, tauhu, toge, tempe, semua Kak Bell beli.


Balik semalam pun dah agak lewat. Sempat siapakan artikel resepi Spageti Carbonara Durhaka, kemudian baru pergi masak. Ingatkan nak masak lemak pakai tauhu atau buat sup tauhu telur. Akhirnya Kak Bell buat resepi paling mudah 5 minit je masak siap iaitu Resipi Udang & Taugeh Teppanyaki. Mungkin ada yang tak sukakan taugeh. Kak Bell suka makan taugeh tapi taugeh kecil. Taugeh kasar yang besar tu memang Kak Bell tak suka sebab ada bau yang kuat. Anda semua macam mana? Peminat tegar taugeh juga ke?

Bahan-bahan
Udang sedar
1 genggam taugeh
1/3 lobak (potong halus panjang)
3 ulas bawang putih
1 sudu teh sos tiram
Serbuk lada hitam
Sedikit kicap cair
Minyak zaitun


Cara memasak:
1) Cincang halus bawang putih, cuci bersih udang dan siang taugeh kalau rajin.


2) Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali.
3) Tumis bawang putih hingga kekuningan⁣/brownish.
4) Masukkan lobak/ karot dan kacau seketika.


5) Masukkan udang dan biarkan udang masak.



6) Masukkan sos tiram, sedikit kicap cair dan diikuti serbuk lada hitam. Lada hitam dalam 2 cubit pun dah ok.


7) Akhir sekali masukkan taugeh dan aduk rata bahan. Siap!

TIPS!
  • Boleh gantikan udang dengan ayam atau daging. Tambahkan sedikit air jika gunakan daging supaya empuk
  • Kalau jenis rajin boleh siang taugeh dengan buang bahagian akar/hujung toge
  • Jika tiada kicap cair, boleh gunakan kicap soya biasa
  • Boleh tambahkan daun kucai dalam masakan Teppanyaki
  • Masak dengan api sederhana sebab semua bahan cepat masak
  • Supaya taugeh rangup, aduk rata taugeh dengan cepat kemudian tutupkan api
  • Tak perlu tambahkan garam

Memang pantas ya masakan ni. Kak Bell makan dengan nasi putih sahaja ya. 1 porsi masakan tu habis Kak Bell kerjakan seorang diri. Seriously memang sedap. Rasa lada hitam dengan taugeh tu memang rasa macam makan kat restoren Teppanyaki. Esok nak try buat daging Teppanyaki pula. Terliur pula nak makan daging. Selamat mencuba!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post