Resepi Sup Tauhu Telur/Tofu Jepun - Bella Jamal | Akhirnya Kak Bell
dah mencuba sendiri memasak resepi tauhu telur. Sebelum ini pandai makan
sahaja dan memang tak tahu pun yang benda alah ni rupanya tauhu telur.
Tauhu/tofu telur juga dikenali sebagai tauhu Jepun dan dibuat daripada soya
dan telur. Dah katanya pertama kali, jadi barulah tahu yang ianya dijual
dalam bentuk tiub.
Asalnya nampak sorang kawan blogger Chef Suzai memasak di IG beliau. Jadi
teruslah Kak Bell nak cuba menu resepi tauhu telur. Kak Bell tengok ada
yang goreng terus tauhu telur dan ada yang salutkan dahulu dengan tepung
jagung. Untuk pekatkan kuah pula ada yang menggunakan tepung jagung atau
tepung ubi.
Resepi ini memang nampak mudah ala sup sayur, tapi Kak Bell tergelincir
juga masa menggoreng tauhu tersebut. Habis kecut jadinya. Dahla baru lepas
gelak ketawa tengok masakan lucu yang tak jadi di laman Facebok Masak Apa
Tak Jadi Harini. Terus kena daulat tauhu Kak Bell hina dina rupa
bentuknya.
Untuk tauhu telur tu nanti, potong dari bahagian tengah seperti yang
diarahkan pada tiub, kemudian potong besar sikit supaya tak mengecut macam
yang Kak Bell buat. Mungkin potong 6 pun dah cukup bagi 1 tiub telur. Untuk
kali kedua percubaan, lebih baiklah hasilnya. Apa-pun memang betul
kadang-kadang apa yang dimasak tu tak jadi but Kak Bell nak kongsi juga
resepinya. Redha ajelah ye.
Bahan-bahan
2-3 tiub tauhu telur
2 ulas bawang putih
Sedikit kobis bunga
Brokoli
Lobak merah
Cendawan shimeji/shitake fresh
1 kiub ayam
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Air secukupnya
Bancuhan tepung jagung
Garam
1) Pastikan minyak betul-betul panas, goreng tauhu telur sampai kekuningan/garing. Kemudian balikkan dan ketepikan.
2) Tinggalkan sedikit minyak gorengan tadi dan tumis bawang putih yang telah dicincang. Kak Bell tak pakai bawang merah.
3) Masukkan air secukupnya, kiub ayam dan serbuk lada hitam.
6) Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung (optional), kacau dan perasakan dengan sedikit garam. Masa ni boleh perlahankan api.
8) Bila tauhu telur masak, bolehlah tutup api dan sedia dihidangkan.
TIPS!
- Pastikan minyak betul-betul panas semasa goreng tauhu telur
- Boleh tambahkan sos tiram jika suka
- Boleh gantikan bancuhan tepung jagung dengan tepung ubi
- Untuk sayur boleh olah dengan daun bawang dan lobak sahaja
- Gunakan sedikit sahaja telur dalam sup
- Jika tidak gunakan telur pun ok
- Boleh tambah udang atau isi ayam (tumis pada step 2)
Awal tadi dah gagal masa menggoreng tauhu telur. Kemudian untuk hasil akhir
Kak Bell tak puas hati sangat sebab telurnya jadi macam berhabuk-habuk
halus. Rasanya memang Kak Bell lupa nak pukul telur tu dahulu dan tak kacau
sentiasa semasa masak. Bagi anda yang ada tips bolehlah kongsikan di
bahagian komen. Walaupun ada kegagalan, rasanya masih lagi sedap secukup
rasa. Kak Bell harap masakan anda semua lebih sedap dan menjadi masa masak
sup tofu jepun ni.