Memang jarang sekali Kak Bell memasak menu makanan laut seperti udang dan sotong. Kalau rasa teringin barulah gigih pergi mencari. Bukannya apa, setakat seorang nak makan rasa tak berbaloi beli dengan kuantiti sedikit. Mesti nak beli sekilo udang atau sotong, barulah meriah masa melahapnya.
Untuk masakan sahur semalam, Kak Bell buat masakan sotong iaitu Sotong Masak Sambal Hitam. Sebelum ini Kak Bell pernah lihat menu ini dimasak oleh Che Wan di saluran AFC. Teringin nak buat tapi tak buat-buat. Sehinggalah semalam baru Kak Bell cuba masak. Kebetulan pula nampak posting Sis Lin memasak sotong masak hitam kegemaran keluarganya, terus Kak Bell pun cuba memasaknya.
Pada awalnya terfikir juga macam mana boleh hitam kuahnya. Pakai kicap atau sos tiram ke? Sebenarnya masakan ini menggunakan dakwat sotong itu sendiri. Kak Bell pada awalnya rasa pelik bila resepi ini menggunakan dakwat sotong. Kebiasaannya kita akan buang bahagain dakwat tersebut, rupanya boleh digunakan untuk masakan ini. Bila dah masak, sedap juga rasanya.
Bahan A
6-7 ekor sotong segar
1/2 biji bawang besar (hiris)
1 biji lada merah/capsicum merah
1 biji lada hijau
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam jawa kering
Garam dan perasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak
Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
3 ulas bawang merah
1 biji lada hijau
1 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit air
Cara memasak:
1) Cuci bersih sotong dan buang tulang dan mata sotong. Bahagian dakwat disimpan.
TIPS!
- Untuk sotong hanya buangkan tulang belakang dan buang mata sotong dengan memicit bahagian tengah di kepala sotong.
- Boleh cuci sotong dengan limau nipis jika hanyir.
- Boleh gantikan asam keping dengan air asam jawa pekat
- Jika tak nak gunakan serai dan kunyit pun boleh
- Boleh gantikan lada merah dengan capsicum
- Sotong tidak perlu dimasak lama kerana akan liat.
Resepi masakan sotong sambal hitam Kak Bell ini agak banyak bahannya. Kalau nak lebih simple, hanya gunakan sotong, bawang besar, bawang putih, lada, asam jawa dan garam. Terpulang cara mana yang lebih disukai. Untuk akan datang, Kak Bell akan cuba pula resepi tanpa serbuk kunyit dan serai. Warnanya pun tidak terlalu hitam sebab dakwat sotong tu dah ada yang dah tumpah. Oklah tu kan ada juga dakwatnya. Selamat mencuba!