Resepi Kuih Vadai (Masala Vadai) Sedap Crispy | Salah satu kuih kegemaran Kak Bell adalah kuih vadai. Setiap minggu
kalau berkunjung ke pasar petang TTDI memang selalu beli vadai dan keropok
lekor. Memang favourite sangat kedua-dua makanan ni. Walaupun harga dia agak
Yahudi sebab jual kat TTDI, tetaplah juga Kak Bell beli sebab sedap.
Sepanjang makan kuih ini memang kenalinya dengan nama kuih vadai atau
vade sahaja. Kebanyakkan dari kita juga kenali kuih ini dengan nama
masalodeh. Tak kisahlah nak panggil nama apa, yang penting kuihnya
sama.
Vadai atau vade ini merupakan makanan yang berasal dari bahagian
India Selatan. Terdapat dua jenis vadai iaitu Masala Vadai yang
diperbuat dari kacang dal yang dicampurkan sekali dengan hirisan cili,
jintan manis, daun kari dan bawang merah. 'Masala' tu
maksudnya semua bahan rempah yang digunakan dicampur sekali dalam kuih
(Masala means a mixture of spices & vada is a fried lentil snack.
Masala vada translates to a lentil snack made with spices). Rupa bentuk Vadai Masala ni bulat lah dan digoreng garing.
Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada kacang
dal juga tetapi ada dicampurkan tepung beras dan berbentuk roda dengan
lubang di tengah. Ulunthu vadai ni juga dipanggil
mendu vadai (vadai lembut). Nama lain bagi kuih ni berbeza ikut bangsa iaitu Uddina Vade (Kannada),
Urad Vada, Medhu Vadai, Ulundu Vadai (Tamil), Garelu (Telugu) dan Uzhunnu
Vada (Malayalam).
7 bahan sahaja
Disebabkan ada beberapa posting menu vadai di FB, jadi Kak Bell pun
teringinlah nak cuba membuatnya sendiri. Dan juga sebab nak buat vadai,
gigihlah Kak Bell pergi beli blender baru sebab blender lama dah pecah.
Percubaan kali pertama buat kuih vadai ni kiranya berjayalah. Pakai buat
sahaja ikut resepi kawan tanpa tahu petua-petua cara nak buat vadai yang
meletop macam kat kedai. Selepas buat sendiri barulah tahu macammana dan
mungkin ada sedikit tip yang boleh Kak Bell kongsikan.
Kak Bell pilih Dal Australia kerana ianya lebih rasa lemak dan
kurang bau. Nak guna kacang dal lain pun ok sahaja tak menjadi masalah. Cuma
masa mengisar nanti agak leceh juga sebab kacang dal yang dah direndam
lembut, 2 kali kisar sahaja kacangnya dah tak bergerak. Jadi kenalah gunakan
sudu betulkan balik kedudukan kacang dal tu dan kisar lagi sehingga hancur.
Nak kisar kasar pun boleh tapi nanti ada masalah semasa nak bentukkan jadi
bulat. Nak tahu tipnya, jom teruskan.
Bahan A
200-300g kacang dal Australia
Garam secukupnya
Minyak
Bahan B
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
1 sudu teh jintan manis
1/2 inci halia
3 tangkai daun kari
Cara membuatnya:
1) Basuh dan rendam selama 4 jam atau lebih, kemudian toskan. Kak Bell rendam semalaman.
2) Kisar halus 3/4 kacang dal di dalam blender. Asingkan sedikit dal yang tidak dikisar. Kak bell gunakan blender kering.
4) Campurkan kacang dal yang telah dikisar dan tidak dikisar dan Bahan B di dalam mangkuk. Aduk rata semua bahan.
- Boleh pakai or pilih kacang dal Australia kerana lebih lemak dan kurang bau
- Pastikan tos dahulu sebelum kisar, supaya nanti tidak terlalu lembik
- Disarankan kisar halus supaya mudah nak bentuk jadi bulat
- Asingkan sedikit kacang dal belum dikisar untuk dimasukkan kemudian
- Boleh guna garam masala kalau ada
- Potong dadu halus atau hiris bawang, cili kering supaya mudah bentukkan vadai
- Boleh bentukkan jadi bulat dahulu, kemudian leperkan
- Biarkan dahulu kacang dal yang dah dibentuk dalam 30-60 minit sebelum mula menggoreng
Nasib baiklah adunan Kak Bell buat tidak terlalu lembik dan boleh jadi
leper. Disebabkan kacang dal tidak dikisar semua halus, jadi rupa bentukknya
tak lah terlalu cantik. Bawang pula Kak Bell hiris biasa so akan susah
sedikit nak jadi bulat. Walaupun demikian tetap menjadi juga kuih vadai Kak
Bell ni.
300g kacang dal tu dapat banyak juga vadainya. Kak Bell pula pertama kali
buat jadi tak dapat nak agak banyak mana. Makan pun setakat 5 ketul, walhal
ada lagi 2 bekas. Jawabnya Kak Bell bawa sedekah la ke office. Kiranya lulus
la hasil komen kawan-kawan yang suka bau wangi daun kari dan jintan.
Walaunpun ilustrasi vadai ni cantik, tapi rasanya pun sedap tau!
Awasss! Jangan lupa cuba buat resepi vadai crispy ni tau!
Resepi Kuih Vadai Sedap Crispy, resepi kuih vadai donut, resepi kuih ulundu vadai, resepi vadai sedap, resepi vadai crispy, resepi masala vadai, resepi vadai sugu pavithra, resepi vadai che nom,