Resepi Cucur Manis - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Cucur Manis

Trending

Resepi Cucur Manis

Semalam lepas Kak Bell siap masak dan menikmati Spageti Corbonara Durhaka terasa boring pada malamnya tiada aktiviti nak dibuat. Kak Bell bercuti 3 hari dan bekerja 3 hari di masa perintah berkurung ni. Baru sekejap dah terasa boring terus isi masa lapang ke dapur semula. Cadangan awal sama ada nak buat cekodok atau bubur kacang hijau sahaja. Dah alang-alang nak masuk dapur baik buat resepi yang tak pernah dibuat. Nak buat bubur kacang hijau, daun pandan pula tiada stok. So, Kak Bell buat Cucur Manis.


Sekarang ini tengah viral resepi Kek Milo Kukus dan Kopi Dalgona. Dua-dua resepi ni Kak Bell masih belum cuba dan tak sampai seru lagi nak membuatnya. Tak nak la cliche sama macam orang lain. Haha! 


Untuk cucur manis ni pun sebelum ini dah viral juga sebab resepinya mudah dan hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Cuma perlu ada tepung gandum, gula, garam dan air panas. Ada juga yang gunakan susu pekat tin sebagai pengganti gula. Tak perlu pakai telur mahupun baking soda pun nak sediakan cucur manis ni.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air mendidih
3-4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
*Jika tidak gunakan gula, boleh pakai 1/2 cawan susu pekat


Ada 2 cara untuk membuat doh cucur manis ni. Cara pertama dengan mendidihkan air bersama dengan garam dan gula, kemudian masukkan air gula tersebut ke dalam tepung. Cara kedua siapkan bahan, siap-siap gaul sebati dan curahkan air panas ke dalam tepung. Ikut suka cara yang mana korang nak buat. Kenapa guna air panas? Ianya supaya cucur yang dihasilkan garing di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam.


Cara membuatnya:
1) Gaul tepung gandum bersama gula dan garam.
2) Masukkan air panas dan gaul sebati.
3) Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
4) Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan dengan api sederhana. Balik-balikkan semasa menggoreng.


TIPS!
  • Boleh buat air gula, didihkan air bersama gula dan garam sampai larut
  • Optional gunakan gula kasar atau susu pekat
  • Katanya guna tepung Cap Ros supaya doh lebih keras tidak lembik
  • Gaulkan rata gunakan sudu atau senduk sebab air panas
  • Jika doh lembik, basahkan tangan sentiasa semasa bentukkan doh
  • Boleh juga basahkan tangan dengan minyak semasa buat bentuk bulat sebab pakai air akan meletop bila menggoreng
  • Pastikan minyak panas sebelum menggoreng
  • Boleh buat bentuk stik macam curos
  • Boleh letak inti keju dan makan dengan coklat atau sambal atau taburkan gula aising

Kak Bell gunakan tepung gandum cap Sauh dan kejadiaan adunannya agak lembik. Terus suspen sekejap sebab fikir macam mana aku nak uli bagi bulat. Katanya kalau gunakan tepung Cap Ros baru terbaik kejadian adunannya. Next time Kak Bell buat ujikaji di lain masa ya.


Disebabkan doh agak lembik, jadi Kak Bell basahkan tangan dengan air dan ambil sedikit adunan tepung tadi dan bentukkan menjadi bulat. Jika lembik sangat, perlu kerap membasahkan tangan semasa membentuk jadi bulat.


Cucur manis yang ranggup di luar dan lembut di dalam ni sesuai sahaja nak di makan begitu sahaja, nak makan dengan sambal, coklat atau taburkan gula aising (icing sugar) pun boleh. Rasa cucur ni pun sebenarnya macam lempeng cuma bentuknya bulat atau bentuk stik. Boleh lah cuba nanti buat minum petang.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post