Pasta Spiral Goreng Pedas Dengan Sosej - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pasta Spiral Goreng Pedas Dengan Sosej

Trending

Pasta Spiral Goreng Pedas Dengan Sosej

Hi semua! Pasta fusilli atau spiral ni Kak Bell terlebih rebus setengah paket masa buat Pasta Spiral Cheese tempohari. Jadi baki pasta tu Kak Bell gunakan untuk masak pasta spiral pedas atau bercili.


Pada mulanya Kak Bell rasa agak pelik bila pasta ni digoreng pedas. Maklumlah biasanya pasta lebih sesuai dimasak lemak berkeju atau menggunakan sos pasta yang lain. Pasta ni dibahagikan kepada dua kategori iaitu pasta kering (pasta secca) dan pasta basah/fresh (pasta fresca). Pasta kering tu dari jenis pasta mat saleh ni lah yang mudah kita dapati dalam bungkusan-bungkusan di pasar raya. Mi atau noodles yang biasa kita gunakan tu pula tidak termasuk dalam kategori pasta kerana bahan dan cara pembuatannya nya tidak sama.


Bagi resepi asal pasta cili bersosej ini menggunakan chilli flakes atau serbuk cili dan gunakan Italian Sausage. Disebabkan tiada bahan, jadi Kak Bell olah la pakai cili kisar dan mana pulak la nak cari sosej Itali kan. Pakai sahajalah sosej yang ada dan disesuaikan dengan tekak melayu kita ni. Untuk lada tu, sebenarnya lebih sedap jika gunakan capsicum. Bila dipotong memanjang dengan warna-warni capsicum mesti cantik kejadian pasta goreng pedas ni kan.


Bahan A
1 mangkuk pasta spiral
2-3 batang sosej (potong dadu)
3 sudu besar cili kisar
garam dan gula
Serbuk perasa
Minyak zaitun/biasa

Bahan B (hiris/potong panjang*)
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji lada hijau*
1 biji lada merah*


Cara memasak:
1) Rebus pasta hingga lembut. Tambahkan sedikit garam dan minyak masak semasa merebus, kemudian ketepikan.
2) Panaskan minyak masak atau minyak zaitun dalam kuali, gorengkan sosej hingga separuh masak atau perang.


3) Ketepikan sosej dalam kuali dan tumis bawang besar/merah dan bawang putih dengan api kecil hingga naik bau. Kak Bell gunakan manual chopper untuk bawang.
4) Masukkan cili kisar/serbuk cili dan tumis hingga pecah minyak atau garing.
5) Masukkan tomato, lada merah dan lada hijau dan kacau seketika.


6) Tambahkan pasta spiral dan aduk rata.
7) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.


TIPS!
  • Boleh gantikan lada dengan capsicum merah, hijau dan kuning
  • Boleh gunakan chilli flakes atau serbuk cili menggantikan cili kisar
  • Gunakan sedikit cili padi merah jika nak lebih pedas
  • Jika guna tomato ceri tak hanya belah 2
  • Jika gunakan ayam atau daging kisar, tumis dahulu sebelum masukkan bawang. 
  • Boleh taburkan herba oregano kering dan daun pasli segar
  • Untuk perasa boleh guna Secukup Rasa atau kiub ayam
  • Tambahkan 1 sudu sos tiram jika suka



Bagi Kak Bell, pasta goreng pedas ni ok jelah rasanya. Rasa tak berkenan sangat bila makan pasta yang pedas. Mungkin akan datang Kak Bell nak cuba gunakan serbuk cili atau chilli flakes untuk rasa perbezaannya. So far so good untuk korang cuba resepi pasta goreng pedas ni.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post