Resepi Pasta Spiral Goreng Cheese - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Pasta Spiral Goreng Cheese

Trending

Resepi Pasta Spiral Goreng Cheese

Pasta adalah salah satu makanan yang mempunyai penggemar diseluruh dunia. Jika bercakap tentang pasta pasti negara Itali dikatakan negara asal makanan pasta. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya pasta originally berasal dari China!


Pasta ni menjadi popular di Itali setelah Marco Polo membawanya dari China pada zaman Dinasti Yuan (1271-1368). Orang Cina telah pun memakan mi seawal 3000 BC/SM (sebelum masehi) dan pada kurun ke-18 pasta telah dihasilkan secara meluas di seluruh Itali dan menjadi makanan lazim di kalangan semua golongan masyarakat di sana. Conclusion, pasta originally comes from Italy is a myth!

Terdapat lebih kurang 350 jenis pasta di seluruh dunia dan rasanya mungkin lebih. Pasta ni pelbagai nama dan bentuk. Diantara yang popular seperti spageti, angel hair, fetucini, vermicelli, lasagna, makaroni, penne, fusilli (spiral), farfalle (bentuk rama-rama atau bowtie) dan juga ravioli yang merupakan pasta berbentuk segi empat atau bulat yang ada inti.

Sumber Google

Dalam banyak-banyak pasta ni cuma beberapa jenis sahaja ang pernah Kak Bell cuba. Beberapa hari lepas Kak Bell teringin sangat nak makan pasta dan keju. Jadi terhasillah menu Pasta Spiral Goreng Berkeju. Kak Bell gunakan pasta fusilli yang membawa maksud ‘corkscrew’ dalam bahasa Itali dan lebih dikenali sebagai 'spiral' disebabkan bentuknya. Begitulah sedikit mukaddimah pasal pasta, jom layan resepi pula.


Bahan A
1/2 paket pasta fusilli/spiral
3 ekor udang segar
1 kiub ayam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 keping keju cheesedale
2 sudu besar minyak zaitun
Brokoli
Garam

Bahan B (potong dadu)
1/2 labu bawang Holland/bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 cili merah*
2 batang sosej
1/4 batang lobak merah
Kak Bell guna manual chopper untuk bahan bertanda *


Cara membuatnya:
1) Rebus pasta spiral dengan mencampurkan 1 sudu besar minyak masak dan sedikit garam. Rebus hingga lembut dan toskan.
2) Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bahan bertanda * hingga wangi.


3) Masukkan udang dan masak seketika.
4) Masukkan pula sosej, karot dan brokoli. Kacau rata.


5) Kemudian masukkan pasta dan aduk rata bahan-bahan supaya mesra.
6) Perasakan dengan kiub ayam, serbuk lada hitam dan garam.


7) Akhir sekali masukkan keju yang di hiris dan kacau hingga keju cair.

TIPS!
  • Boleh padankan dengan sayuran lain seperti cendawan, kobis unggu atau kacang pea.
  • Boleh gunakan minyak masak biasa atau minyak sayuran lain
  • Gunakan daging cincang supaya lebih sedap (step 2).
  • Untuk bawang dan cili merah, gunakan manual chopper lebih cepat dan mudah
  • Tambahkan sedikit gula sebagai perasa. Tak percaya cuba letak.


Mudah sahaja nak membuatnya. Kak Bell gunakan 2 keping keju supaya lebih sikit rasa kejunya. Tak adanya nak pakai grated cheese. Kita ni org kampung, jadi pakai keju cheesedale je. Haha. Selamat mencuba!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post