Dalam banyak-banyak sayur, memang sayur kobis cina paling faveret. Rasanya dalam blog Kak Bell ni dah ada banyak kali tulis resepi kobis cina. Kadangkala berbeza bahan dengan gunakan ikan bilis atau kiub ikan bilis. Dan ada juga gandingan sayurnya sahaja yang berbeza. Ikut suka nak buat lagu mana, asalkan boleh makan bedalkan aje. Ye tak?
Sepanjang musim PKP ini, rasanya dah 3 kali Kak Bell masak menu sayur kobis cina. Bukannya apa, sebab mudah dan cepat. Rasanya pun lebih manis. Untuk resepi kali ini, Kak Bell cuba gandingkan dengan tempe dan taugeh. Tempe dan taugeh pun memang kegemaran Kak Bell juga.
Gambar dibawah ni pula, Kak Bell masak sayur kobis cina dengan kobis bunga. Kesian kobis bunga tu tinggal sepotong sahaja, jadi kita campakkan aje dalam masakan.
Kalau anda semua nak baca resepi kobis cina yang lain, boleh semak di bawah ni. Yang mana belum cuba buat kobis bungkus tu, Kak Bell sarankan korang cuba. Memang recommended sangat sedap ye! Oklah jom tengok bahan-bahannya.
Kobis Cina Goreng
Kobis Cina Tumis Air
Bahan-bahan
1/4 belah kobis cina
1 paket tempe
1 genggam taugeh
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji lada merah
1-2 sudu sos tiram
Air secukupnya
Garam dan perasa
Cara memasak:
1) Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang merah hingga naik bau.
2) Masukkan sos tiram, kacau sekejap dan masukkan air.
3) Masukkan tempe dan biarkan mendidih sampai lembut/masak.
4) Kemudian masukkan sayur kobis cina, lada merah dan boleh tambah air jika nak kuah.
5) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
6) Tutupkan api dan masukkan taugeh. Tutup tudung periuk dan biarkan taugeh masak tanpa api.
- Boleh gandingkan dengan kobis bunga atau lobak
- Boleh ganti tempe dengan suhun atau fucuk
- Boleh guna sedikit ikan bilis atau kiub ikan bilis sebagai perasa
- Air secukupnya bergantung kepada jumlah kuah yang dingini
- Tambahkan tauge akhir sekali dan tutup periuk tanpa api memasak supaya tauge kekal ranggup
Ok done! Selamat berpuasa dan bersahur ya. Muah!