Kerajaan telah mengumukan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan lagi. Memang agak sukar untuk kita bebas ke sana dan ke sini dalam tempoh ini. Walaubagaimanapun masih ada kelonggaran untuk ketua keluarga keluar mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya. Asalkan masih mengikut prosedur, rasanya tidak menjadi masalah. Buat Kak Bell yang masih bekerja, rasa bersyukur jugalah kerana masih dapat keluar dan tidak terperap di rumah. Yang penting keselamatan diri masih perlu dijaga supaya bebas dari jangkitan COVID-19.
Bagi yang sudah lama di rumah, pastinya dah naik boring dengan masakan sendiri dan hari-hari memikirkan nak masak apa kan? Jadi nak lebih mudah, mesti anda semua akan buat tempahan makanan semasa musim PKP ini. Jadi, kali ini Kak Bell nak kongsikan dengan pembaca semua tentang 'penghantaran makanan' dari Hotel Sheraton Imperial KL. Nak berbuka puasa secara bufet di hotel pun dah tak boleh berikutan kebanyakan operasi hotel ditutup atau 'limited'. Jadi apa kata kita order menu makanan dari hotel!
Pihak Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur sekarang ini sedang menjalankan usahasama dengan Table App dan Deliver Eat untuk penghantaran makanan terus ke pintu rumah anda. Anda juga boleh membuat tempahan untuk self-pickup di hotel Sheraton KL. Promosi ini bermula dari 11 April 2020 sehingga diberitahu kemudian. Anda semua boleh membuat tempahan beberapa menu hidangan 'Ready to Eat' atau 'Ready to Cook' mereka.
Diantara menu istemewa Ready To Eat hotel Sheraton adalah Classic Chicken Wings, Kari Laksa, Nasi Goreng Special dan banyak lagi. Anda boleh rujuk gambar menu yang Kak Bell sertakan di bawah. Harga untuk makanan Ready To Eat ini adalah bermula dari RM7.
Menu Ready to Cook
Bagi menu Ready To Cook pula merupakan makanan sejuk beku atau makanan segera seperti piza dan sos pasta. Menariknya untuk menu Itali ni disediakan khas dari dapur Itali Villa Danielli mereka yang telah banyak memenangi anugerah dan penghargaan. Sudah tentulah sedap bukan! Anda boleh cuba menu seperti Spicy Salami Diavolo Pizza bersama Creamy Mushroom atau Capsicum Pasta Sauce.
Pilihan dim sum dan piza
Pilihan sos pasta
Bagi penggemar masakan oriental, terdapat menu dim sum dan juga pau. Peminat dim sum mesti cuba Siew Mai Udang & Ayam, Mushroom Dumpling dan banyak lagi. Semua menu oriental ini disediakan eksklusif oleh Master Dim Sum Chef, Ken Liew dari dapur Celestial Court’s Sheraton KL. Cara penyediaan dan memasak ada disertakan untuk setiap barang makanan sejuk beku tersebut. Caranya amat mudah, anda cuma perlu panaskan sahaja di dalam oven atau ketuhar gelombang untuk menikmatinya. Harga untuk makanan Ready To Cook ini adalah bermula dari RM15.
Semasa tempoh perlaksanaan PKP ini, kita juga telah bertemu semula dengan kedatangan bulan Ramadan bagi umat Islam menjalankan ibadah puasa. Walaupun tahun ini kita tidak dapat merasakan suasana iftar bersama-sama rakan di hotel, anda semua masih boleh menikmati menu mereka dengan membuat tempahan penghantaran makanan.
Bagi servis tempahan dan penghantaran seleksi menu Ramadan Hotel Sheraton KL ini bermula dari 24 April hingga 23 Mei 2020. Kesemua menu hidangan Fiesta Rasa Muhibah Ramadan ini disediakan oleh Chef Sous Eksekutif Hazif Ramli dan kumpulannya. Banyak seleksi pilihan menu ala-carte yang boleh ditempah bermula denagn harga RM6 atau anda juga boleh mencuba Set Rasa Muhibah yang sesuai untuk sajian 4-5 orang. Harga set ini adalah RM222 nett.
Diantara menu Fiesta Rasa Muhibah Ramadan adalah Sup Daging Berempah, Kambing Bakar, Ikan Siakap Asam Pedas, Pengat Durian, Sago Gula Melaka dan lain-lain lagi. Kak Bell juga telah mencuba sendiri denagn menempah beberapa menu ala carte dari bahagian Ready To Cook dan Ready to Eat. Memang sangat puas hati dan Kak Bell sarankan anda semua mencubanya sendiri.
Seleksi kek dan pencuci mulut
Menu utama
Sebahagian dari menu Fiesta Rasa Ramadan
Anda semua boleh membuat tempahan menu Sheraton On The Go dan Fiesta Rasa Muhibah Ramadan dengan memuat turun aplikasi dari TableApp (Website dan Mobile App) atau DeliverEat (Mobile App). Berikut adalah langkah-langkahnya:
TableApp
Langkah 1 - Login https://www.tableapp.com/delivery/essence-sheraton-imperial-kl dan buat pilihan “Pick-up” atau “Delivery”.
Langkah 2 - Masukkan maklumat dan pilih order dari senarai menu.
Langkah 3 - Sahkan order, pilih masa pick-up atau penghantaran anda selepas membuat pembayaran.
Langkah 4 - Pihak restoren hotel akan terima order.
Langkah 5 - Pick-up makanan di Lobi Hotel dan tunggu penghantaran order ke rumah anda.
DeliverEAT
Untuk aplikasi DeliverEAT boleh dimuat turun melalui Play Store (Android) atau App Store (iPhone).
Langkah 1 - Pilih lokasi anda.
Langkah 2 - Taipkan Essence dalam tab pencarian/search.
Langkah 3 - Pilih menu dari senarai menu.
Langkah 4 - Sahkan tempahan dan buat pembayaran.
Langkah 5 - Tunggu tempahan dihantar.
Disebabkan wabak COVID-19 ini, kadangkala kita juga berasa curiga dengan kebersihan makanan dan pengendali makanan tersebut. Anda semua tidak perlu risau kerana pihak Sheraton memberi jaminan bahawa kesemua staf dan chef mereka telah memastikan prosedur keselamatan dan kebersihan makanan mereka. Kesemua makanan akan dibungkus dalam bekas yang selamat. Pihak hotel juga akan memastikan bahawa staf penghantar makanan sentiasa dalam keadaan selamat dengan memberikan hand sanitizer dan kemudahan membersihkan tangan sebelum membuat penghantaran.
1) What is the ordering time and last pick up time available for DeliverEAT?
Delivery Service is available daily from 11.00am. Last order at 7.00pm and last pick-up time at 7.30pm.
2) Can DeliverEAT customer place order in advance?
Yes, they may set their preferred time for delivery anytime from 11.00am to 7.00pm daily.
3) How do DeliverEAT customer know if their orders get through?
DeliverEAT customer will receive a confirmation number and an email from DeliverEAT, stating their orders that they have seleted.
4) What methods of payment do you accept?
DeliverEAT accept both cash & online card payments : Credit Card (VISA & Master), Maybank2U, Alliance Online, RHB, Hong Leong Online, FPX, Mobile Money, CIMB Click,
Web Cash, MEPS Cash.
DeliverEAT also accept cash payments, diners can pay cash right after the rider had delivered the food to them personally. Hotel is not required to collect any payment for order.
5)How do DeliverEAT customer track their orders?
Orders can be check via “Order Tracker” in DeliverEAT App. In the event that the orders are not delivered to customer at the stipulated time, they are required to contact DeliverEAT at (603) 27803883 and the Customer Service Agent will rectify the matter with the customer. Hotel shall not handle issue related to customer’s orders directly.
Hotel is expected to complete all orders in 30 mins and to be picked-up by DeliverEAT Rider. Delivery of meals to customer will then take extra time depending on the location which usually for another 15 – 30 mins. However, it may sometimes get delayed slightly if rains.
DeliverEAT customers may also place bulk/ large corporate orders, and the hotel shall get notification for bulk / large orders via App and / or DeliverEAT Customer Service Center for special arrangement.
7) What happens if orders were delayed?
All orders are expected to be completed in 30 minutes. If delay of orders are caused by Hotel, a penalty of RM20.00 per transaction will be charged to Hotel as service recovery compensation to DeliverEAT customer. However, if the delay is due late pick-up by DeliverEAT Rider, the recovery compensation will be borne by DeliverEAT.
All ingredients used are purchased from halal certified suppliers. The hotel is currently in the process of renewing the Halal certification.
1) What is your operations hours?
Both Take Away and Delivery Service are available daily from 8.00am. Last order at 7.00pm and last pick-up time at 7.30pm.
All orders will be ready in 30 minutes.
Yes, you may set your preferred time to pick up the food or have it delivered to you via TableApp anytime from 8.00am to 7.30pm daily.
We accept online payments (online direct payment, VISA / Master debit and credit cards) from most major banks and credit card companies.
We accept only orders online with payments to confirm your orders via TableApp.
6) What happens if we are running late for pickup?
We will keep the food at the Hotel’s Lobby Food Delivery Pickup Counter for 1 hour upon confirmation of your orders. After 1 hour the food may be removed and no replacement or refund for non-pickup food orders. For further assistance, please contact us at 012 337 9980.
Food and beverage orders will be ready for self-pick-up (Take Away) or by Delivery Service Rider in 30 minutes upon confirmation of your orders. Delivery of your meals to your address may take extra time depending on your location, and sometimes may delayed slightly during heavy rain. However, for bulk/ large orders, we may require extended time. Please contact us at 012 337 9980 for pick-up time of bulk order purchases.
Yes, you may select some vegetarian dish from the menu list. For assistance, please contact our Dining Specialist at 012-337 9980.
Untuk pertanyaan lanjut, anda juga boleh hubungi Dining Specialist di talian 012-5277010 atau 012-3379980.