Tips Dan Cara Pilih Udang Segar - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tips Dan Cara Pilih Udang Segar

Trending

Tips Dan Cara Pilih Udang Segar

Pendahuluan

Tips Dan Cara Pilih Udang Segar | Pasti di luar sana ramai peminat makanan laut seperti udang, ketam dan sebagainya. Bagi hidangan seafood, adalah sangat penting menggunakan bahan laut segar bagi mengelakkan keracunan. Maklumlah, hidupan laut seperti udang ini memang sangat cepat rosak atau busuk dan mesti cepat dimasak. Untuk tahan lama, teknik penyimpanannya mestilah dibuat dengan betul.

Tips Dan Cara Pilih Udang Segar


Kesegaran udang mempengaruhi rasanya tau. Udang yang segar akan rasa lebih manis dan pejal isinya dan tak mudah hancur masa masak. Walaupun ramai yang dah mengetahuinya, Kak Bell kongsikan juga buat pembaca blog ini sebab kadang-kadang salah juga nak pilih udang yang segar. Untuk tips penyimpanan akan Kak Bell kongsikan di entri yang lain.

Baca juga di SINI untuk cara memilih ketam yang banyak isi.

Apa yang biasa Kak Bell buat semasa memilih udang pastikan udang masih keras dan tidak berbau busuk. Berikut adalah cara nak pilih udang yang segar di pasar.

Cara Memilih Udang Segar 

Pastikan udang tidak berbau busuk

Benda ini adalah paling utama. Bau udang mesti berbau segar tidak terlalu hanyir. Jika sudah busuk dah tentulah ianya sudah lama dan tidak bagus lagi untuk digunakan dalam masakan. Penggunaan udang yang tidak segar mesti memberi rasa tidak enak dan dapat dirasa semasa menikmati hidangan tersebut.

Tips Dan Cara Pilih Udang Segar


Tekstur udang masih keras dan tidak berlendir

Udang segar selalunya lebih tegap dan pejal bila dipegang. Picit dahulu badan udang untuk memastikan udang tidak lembik dengan kulit udang yang masih keras. Udang segar tidak berlendir pada kulit luarnya. Kiranya bahagian udang seperti kaki, kulit serta kepalanya tidak mudah terkoyak dan tidak mudah tertanggal.

Kepala udang masih melekat dan tidak berwarna merah

Bila memilih udang pastikan juga kepala udang masih melekat di badan. Ianya menandakan udang masih segar. Nak tahu udang tu ok, lihat juga kepala udang tidak pecah dan berwarna merah. Selain itu check juga 1. Mata udang segar adalah jernih dan berkilau 2. Bau laut yang nyaman dan segar.


Warna udang jernih

Warna udang segar berwarna jernih dan tidak terdapat bintik-bintik hitam. Jika warna udang sudah berubah kekuningan, kemerahan atau biru, tandanya udang sudah tidak segar.

Tips Dan Cara Pilih Udang Segar

Berikut tadi adalah perkara asas yang mudah untuk membeli udang segar. Bila menggunakan udang segar, hasil masakan udang pasti berubah menjadi warna merah yang cantik dan daging udang segar juga lebih manis. Bagi yang nak dapatkan resepi sambal udang sedap di sini.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post