Sambal Udang Mudah & Sedap - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sambal Udang Mudah & Sedap

Trending

Sambal Udang Mudah & Sedap

Sambal Udang Mudah & Sedap  | Hi semua! Kononnya hari ini Kak Bell nak memasak spageti goreng. Disebabkan hujan, tak jadi nak turun ke kedai dan terus mengemas memvakum rumah sampai ke petang. Nasib baiklah dari pagi dah masak satu pot nasi dan ada sikit kuih muih. Jadi goreng ikan sahajalah buat santapan.

Sambal Udang Mudah & Sedap

Untuk resepi kali ini, Kak Bell kongsi resepi sambal udang. Sebenarnya memang jarang sangat buat menu udang sebab mahal. Masakan udang ni memang sangat mudah dan cepat kerana udang cepat masak. Jika nak dapatkan sambal udang yang sedap mestilah sambal kena power dan gunakan udang yang segar. Bagaimana nak pilih udang segar untuk masakan? Jom baca juga tips pilih udang segar.


Udang tu Kak Bell tak buangkan kepala dan kulitnya. Sekadar gunting sedikit di bahagian ekor, bahagian tajam di kepala udang dan bersihkan tahi udang di kepala. Ya, kalau yang tak tahu tu, tahi udang berada di kepala yang warna oren tu. Jika dibuang kepala udang, rasa masakan akan kurang sedap berbanding dimasak bersama kepala udang. Kalau dibuang semua, memang kecut keciklah lah masakan udang. Kurang nafsu nak makan. Hahaha. Oklah jom tengok bahan-bahan.

Sambal Udang Mudah & Sedap

Bahan A
20-30 ekor udang
2 senduk cili kisar
1 sudu pes asam jawa
1 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan B (dikisar/ditumbuk)
1 biji bawang merah/ bawang besar
3 biji bawang putih

Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan B (bahan kisar) sehingga naik bau wangi.
2) Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili masak dan pecah minyak.

Sambal Udang Mudah & Sedap

3) Masukkan sedikit sahaja air, pes asam jawa, belacan dan serai, kacau seketika.
4) Masukkan garam, sedikit gula dan perasa jika suka. Sesuaikan rasa.

Sambal Udang Mudah & Sedap

5) Masukkan udang dan kacau rata. 
6) Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan kacau sehingga udang masak dan bawang layu.

TIPS!
  • Boleh gunakan air asam jawa atau gunakan 1 keping asam keping
  • untuk cili kisar, rebus cili kering yang dah dipotong dan buang bijinya
  • Untuk asam jawa, campurkan air dan bijinya dibuang
  • Masukkan sedikit sahaja air untuk dapatkan kuah sambal yang pekat
  • Gunakan lebih minyak semasa menumis sambal

Sambal Udang Mudah & Sedap

Dah pun siap! Memang sedap yakmat ye. Kuantiti udang tu ikut suka lah nak buat berapa banyak. Kalau dah jenis kaki makan udang, 10 ekor sorang pun boleh habis kan. Kalau ada petai, boleh tambahkan sekali, terus jadi resepi sambal udang petai. Lagi meriah sambal tumis udang korang. Selamat mencuba!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post