Resepi Telur Dadar Tebal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Telur Dadar Tebal

Trending

Resepi Telur Dadar Tebal

Menu masakan paling mudah dan ringkas semestinyalah telur ayam. Kalau dah tiada idea dan malas nak masak memang telur dadar lah jawabnya. Tapi kalau buat cara biasa kuantitinya agak sedikit jadi apa kata kita cuba buat telur dadar macam di kedai makan tu.


Nak dapatkan Telur Dadar Tebal seperti yang dijual di restoren tu ada bahan lain yang digunakan selain telur semata. Kalau 10 biji telur digoreng, tak jadi juga macam di kedai. Kak Bell ada jumpa resepi Telur Dadar Tebal yang menggunakan susu cair atau gunakan tepung beras. Untuk resepi ini, Kak Bell gunakan tepung beras. Lain kali akan cuba pula menggunakan susu cair untuk lihat perbezaan hasilnya.


Sebelum kita lihat resepinya, Kak Bell kongsikan di bawah beberapa lagi resepi telur. Jom masak!

Telur Dadar Simple
Omelette Roll
Telur Dadar Vege
Murtabak Megi

Untuk kuantiti telur, Kak Bell cuma gunakan 2 biji telur ayam sebab seorang makan. Kalau buat sebijik tak menjadi lah pulak sebab bahan-bahan sayurnya bukan main banyak.


Bahan A
2 biji telur
3 sudu besar tepung beras

Bahan B
2 batang daun sup
Sedikit kobis
1 biji cili api
1 biji cili merah
1/2 bawang besar
Garam


Cara membuat:
1) Pukul rata telur dengan tepung beras.

Boleh hiris dadu ke kotak ke ikut suka

2) Kemudian masukkan semua bahan B dan kacau rata.


3) Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan masak dengan api perlahan.


4) Terbalikkan telur dengan perlahan. Kalau pecah, silalah belajar lagi goreng telur.



Sebelum masukkan bancuhan telur, pastikan minyak dah betul-betul panas. Anda juga boleh tutupkan  telur dengan tutup periuk supaya bahagian dalam mudah masak. Disebabkan Kak Bell punya kuali non-stick bersaiz besar yang sesuai untuk masak kenduri, jadi Kak Bell pakai kuali sahaja.



Boleh je nanti korang cuba gunakan sayur lain. Kak Bell guna kobis pun dah sedap rasanya. Ini hasil telur dadar tebal yang menggunakan 2 biji telur. Jika pakai 5-6 biji pasti hasilnya lebih menarik sebijik macam kedai makan. Ok lah bye.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post