Jenama snek kerepek Pringles memang menjadi pilihan pertama Kak Bell untuk makanan ringan. Dikenali kerana bentuk kerepek yang unik disusun bertingkat-tingkat dengan pelbagai perisa, rangup dan tidak berminyak menjadikan Pringles popular di Malaysia malah juga di seluruh dunia.
Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang terbaru! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin berwarna putih, dan anda boleh meneka perisa misteri serba baharu edisi terhad ini.
Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan tepat!
Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri" Pringles terbaru.
1) Beli mana-mana 2 tin Pringles dan simpan resit sebagai bukti pembelian.2) Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com, TEKA Perisa Misteri & berikan jawapan perisa misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
3) Sertai peraduan untuk memenangi hadiah wang tunai RM20,000.
Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya. Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda menyelesaikan perisa misteri tersebut dengan betul!
Kak Bell dah rasai Pringles terbaru ini dan ada jawapan untuk perisa kegemaran misteri tersebut. Jom cabar citarasa anda dengan perisa misteri edisi terhad Pringles ini dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000! maklumat lanjut layari laman di bawah.
https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html
www.facebook.com/PringlesMalaysia