Hi korang! Bila buka feeds Facebook macam-macam resepi ada siap dari menu makan pagi sampailah minum petang. Kak Bell kagumlah dengan bakat masing-masing memasak pelbagai jenis menu. Kak Bell pula jenis masak yang senang dan mudah je. Yang susah-susah tak pandai nak buat.
Minggu pertama RMO ni Kak Bell cuma masak sayur kobis sahaja. Esok baru nak cari sayur lain dan juga ayam segar untuk buat masak. Lepas ni nak fikir nak masak menu apa pula, resepi yang belum pernah buatlah. baru seronok sikit kan.
Untuk resepi kobis bulat ni tidak perlukan kita menumisnya dahulu. Memang sangat simple dan mudah. Siapa yang mencari resepi mudah dan baru nak mula belajar memasak, boleh cuba sayur Kobis Masak Lemak Putih ini.
Bahan-bahan
1 mangkuk kobis
2 biji bawang merah
1/3 batang lobak
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu besar udang kering
1 kotak santan
Garam
Gula
Air secukupnya
Cara memasak:
1) Masukkan kobis yang sudah dihiris, serai yang dititik, bawang merah, lobak yang dah siap dihiris ke dalam periuk.
TIPS!
- Boleh gunakan ikan bilis untuk gantikan udang kering yang mahal itu
- Boleh tambah tempe, tauhu, fucuk, kacang panjang atau taugeh
- Jika gunakan suhun rendam dahulu hingga lembut
- Sentiasa kacau santan/bahan supaya tak pecah minyak
- Masak dengan api perlahan
Akan datang Kak Bell nak gunakan ikan bilis dan masukkan tempe. Pasti sangat sedap kan!