Russell Taylor Air Fryer Review : Menu Sihat Tanpa Minyak | Tidak semua orang sempat untuk memasak makanan mereka sendiri dirumah.
Hidup di zaman sekarang membuatkan kita selalu kekurangan waktu. Macam Kak
Bell sendiri yang setiap hari bekerja malam, sudah tentulah jarang memasak
sebab bila dah letih pasti ingin berehat sahaja. Sebenarnya banyak manfaat
dari pelbagai segi jika kita memasak sendiri makanan di rumah. Kelebihan
seperti lebih sihat, lebih bersih dan menjimatkan perbelanjaan. Jika memasak
sendiri, kita boleh kawal setiap kandungan bahan untuk hidangan seperti
gula, garam dan sebagainya.
Bercerita tentang makanan sihat, minggu lepas Kak Bell telah berjaya
mendapatkan Russell Taylors Air Fryer AF 24 sebagai pelakon baru di dapur.
Sebenarnya dah banyak kali pergi ke acara memasak yang menggunakan air
fryer. Disebabkan harga sesetengah jenama yang agak mahal, Kak Bell terus
gunakan kuali sahaja untuk memasak dan sebagainya.
Russell Taylors Air Fryer AF-24
Air Fryer ini adalah alatan dapur yang menggunakan
suhu tinggi dan kitaran udara panas yang digunakan untuk memasak
makanan tanpa sebarang minyak. Terdapat air fryer jenis manual dan
juga digital dan terpulang jenis mana yang disukai.
Untuk AF-24 ini adalah jenis manual datang dalam warna hitam dan kelabu di
bahagian tengah fryer dan pemegang. Di bahagian atasnya ada dua pelaras
manual untuk tetapkan suhu dan masa. Pan memasak di bahagian bawah ni
bersaiz 3.8L dan datang dengan basket untuk kapasiti 2.6L. Pan boleh
ditanggalkan dengan menekan menolak anak panah 'transparent' di atas
pemegang dan tekan satu button di bawahnya untuk asingkan basket. Semua
minyak yang keluar semasa sedang membakar akan dikumpul oleh pan
AF-24.
Teknologi Rapid Air
Dengan menggunakan Teknologi Rapid Air, kitaran udara panas yang boleh
dilaraskan sehingga suhu 200°C akan beredar ke seluruh masakan dan
menjadikan makanan masak sempurna. Makanan akan rangup di bahagian luar dan
lembut di dalamnya.
Kawalan Masa & Suhu
Pelaras masa untuk AF-24 membolehkan waktu memasak ditetapkan sehingga 30
minit dan suhu sehingga 200°C. Setelah proses siap memasak, AF akan
auto-off dengan penunjuk bunyi menandakan proses memasak
selesai.
Kalau anda nak tahu, ini merupakan kali pertama menggunakan air fryer dan
segala pertanyaan Kak Bell dah terjawab apabila sudah mencubanya sendiri.
Memang ianya sangat memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa tanpa
perlu renyah menggunakan minyak masak.
Semasa memasak menggunakan AF ni, anda boleh memeriksa masakan pada
bila-bila masa dengan memutar knob ke arah 0. Untuk laraskan suhu dan masa,
anda boleh rujuk buku panduan manual kerana setiap jenis AF berbeza.
Sebelum ini viral tentang air fryer penyebab kanser. Anda disarankan untuk
tidak menggunakan suhu tinggi melebihi 120°C untuk masakan berkanji seperti
ubi kentang. Memasak pada suhu melebihi 120°C akan menghasilkan bahan kimia
toksik akrilamida yang boleh meningkatkan risiko menyebabkan kanser.
Jadi setkan masa suhu rendah tetapi masaklah dengan lebih lama.
Sosej dimasak pada suhu 200°C selama 15 minit
Pre-heat AF pada suhu 150°C (10 minit) dan masak pada suhu 200°C selama 10 minit
Russell Taylor Air Fryer Review
Setelah mencuba menggoreng sosej dan nugget, Kak Bell mencuba pula membakar
ayam dengan Russell Taylors Air Fryer AF-24. Untuk masakan masak lebih sempurna boleh percikkan atau sapukan sedikit
minyak atau butter bergantung kepada makanan yang hendak dimasak.
Untuk elak melekat, boleh sapukan minyak dulu pada permukaan basket sebelum
memanggang. Kalau nugget tak perlu defrost, cuma masukkan terus dalam basket dan goreng. Anda juga boleh panaskan
dahulu (pre-heat) AF pada suhu 150°C selama 10 minit sebelum mula memasak.
Bakar ayam guna air fryer berapa minit?
Pre-heat AF pada suhu 150°C (10 minit) dan masak pada suhu 200°C selama 10 minit.
Inilah dia hasil ayam perapan yang digoreng menggunakan AF-24. Kak Bell
asingkan sayuran kerana ianya memerlukan suhu yang lebih rendah. Bagi yang
nak lihat resepi ayam dengan air fryer AF-24 ini boleh klik sini
> Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer.
Ayam perap lada hitam dan madu Russell Taylors Air Fryer
Ayam perapan yang dipanggang tadi memang masak sempurna keseluruhan
bahagian ayam. Kalau anda rasa ada bahagian yang tidak masak, boleh
terbalikkan ayam dan masak semula. Bahagian luar ayam masak dengan cantik
dan isinya juga lembut. Memang ada kelainan dari segi rasanya yang lebih
sedap walaupun digoreng tanpa minyak.
Bila sudah selesai guna, anda perlu sejukkan dahulu pan dan basket sebelum
dibasuh bersih dan lap kering sebelum penyimpanan semula. Kalau ada baki
masakan yang melekat, rendam sekejap dan boleh basuh seperti biasa.
Air Fryer boleh dikatakan satu trend wajib untuk kita ada sebagai
perkakasan dapur yang memudahkan kerja-kerja memasak terutamanya menggoreng
dan membakar. Memasak menggunakan Air Fryer ini sebenarnya memiliki banyak
manfaat terutama kepada sesiapa yang gemar makanan bergoreng tetapi pada
masa sama ingin menjaga kesihatan kerana alat ini boleh menggoreng tanpa
minyak masak dan mengurangkan sehingga 80% lemak!
Secara peribadi, memasak menggunakan air fryer ini memang
menjimatkan masa sebab sesambil masak pun anda boleh selesaikan kerja yang
lain. Anda boleh gunakannya untuk menggoreng, roast, grill dan
membakar kek. Selain kurang bau masakan, tiada asap memasak seperti memasak
menggunakan kuali dan ianya amat menyenangkan. AF-24 dari
Russell Taylors ini ada kelulusan
SIRIM & Suruhanjaya Tenaga Certified dan memang Kak Bell sarankan
anda dapatkan AF-24 untuk masakan yang lebih sihat.
Dapatkan Air Fryer Russell Taylor anda sendiri di Lazada atau Shoppe
sekarang dan nikmati makanan yang dimasak dengan sempurna. Nak yang lebih
bagus boleh juga cuba model terbaru seperti russell taylor air fryer af 25 atau russell taylor air fryer af 34. Maklumat
lanjut anda boleh rujuk laman berikut: