Hi korang! Menu bihun sup kuning ni Kak Bell masak sekali dengan Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer tempohari. Biasalah kalau berkumpul ramai-ramai mesti buat acara memasak sesambil menonton rancangan kegemaran. Resepi asalnya dari kawan Kak Bell, Sis Dania. Kalau dia memasak, memang sangat mudah. Main campak-campak sahaja pun tapi hasilnya sedap. Jeles sungguh sebab dia pandai masak. Cakap aje apa, pasti menjadi lepas tu sedap!
Kebiasaannya kalau bihun kuning ni sinonim dengan bihun sup utara. Kalau menu bihun sup utara, mestilah kena ada sambal merah dan tidak dihidangkan dengan sambal kicap. Untuk resepi kali ni adalah bihun sup biasa aje, kita buatlah warna kuning supaya berseri dan menyelerakan gitu kan. Ingatkan susah sangatlah nak buat bihun sup. Rupa-rupanya mudah ya amat.
Resepi Bihun Sup Kuning ni memang gunakan sedikit sahaja bahan dan paling mudah dan cepat. Tak kuasalah Kak Bell nak carik-carikkan isi ayam, bahan bihun sup asing-asing. Kalau korang rajin, boleh je buat. Nak tambah taugeh ke, tauhu ke, ikut suka korang. Untuk resepi Kak Bell ni, korang amik bihun letak dalam mangkuk, cedok kuah sup then korang pegilah makan. Don't worry! Confirm sedap. Jom tengok resepinya.
Bahan Sup
1 mangkuk isi ayam
1/2 batang lobak
1 biji kentang
2 biji cili api*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 paket kecil perencah sup Adabi
(bancuh dalam mangkuk)
Serbuk perasa
Garam & gula
Daun sup
1) Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda (*) hingga naik bau.
2) Masukkan ayam, potongan lobak, kentang & gaul rata.
3) Masukkan perencah sup yang telah dibancuh dan kacau seketika.
4) Tuangkan air secukupnya dan masak sehingga ayam empuk.
5) Tambahkan garam & perasa secukup rasa.
6) Taburkan daun sup, tutup api.
Selesai untuk sup. Untuk bihun pula korang perlu rendam dalam air sejuk biasa dahulu. Nak buat jadi kuning mestilah gunakan serbuk kunyit atau pewarna. Ada juga yang pakai serbuk saffron. Bukan serbuk saffron tu warna merah ke? Entahlah Kak Bell tak tahu sebab tak pernah cuba. Kak Bell pakai kunyit aje.
Bahan Bihun
1 paket bihun
1 sudu besar serbuk kunyit
Air secukupnya
1) Rendam bihun dengan air biasa terlebih dahulu.
2) Rebus bihun dalam air mendidih dan tambahkan serbuk kunyit.
3) Bila bihun lembut, angkat bihun dan toskan.
Bihun jangan rebus hingga terlalu lembut. Jika terlalu lembut dan lembik tak sedap bila dimakan. Tambah pula bila dah masukkan kuah sup panas ke dalam mangkuk, mungkin bihun korang akan hancur. So, masaklah dengan api sederhana dan pandai-pandailah. Semua pandai masak kan?
Akhir sekali mestilah kena ada sambal kicap sebagai pelengkap hidangan bihun sup. Mesti kena ada sikit rasa pedas baru mengancam. Ada banyak cara nak masak sambal kicap sebenarnya. Ada orang suka goreng dahulu cili kemudian buat sambal kicap dan juga cara-cara lain. Lain orang lain cara masaknya. Biasalah bak kata bidalah lain padang, lain belalangnya kan. Asalkan jadi sambal kicap, bolehlah dimakan dengan bihun sup sedap ni.
Sambal Kicap
5-10 cili api merah
4 ulas bawang putih
Kicap manis
Gula
Ajinomoto (jika suka)
Oklah, sebenarnya ada banyak lagi resepi tertangguh tak sempat nak tulis. Dalam 2 minggu ni Kak Bell sibuk betul. Tambahan pula ada anak yang sakit, mati satu persatu. Penat, sedih semua ada. Apapun semoga korang semua pun beroleh rahmat setiap masa. Kalau dah cuba buat bihun sup kuning ni, bolehlah tinggalkan komen di bawah.