Resepi Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer | Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer | Bella Jamal

Trending

Resepi Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer | Bella Jamal

Tempohari Kak Bell ada kongsikan pengalaman memasak menggunakan air fryer. Terus terang memang sangat membantu dan memudahkan proses memasak. Sesambil buat kerja lain, cuma campakkan sahaja bahan masakan dalam air fryer hujung-hujung dah siap. Jimat masa surirumah sekalian dan mengadap kerja lain pulak. Maklumlah kerja di rumah memang tak akan pernah nak habis. Ada sahaja perkara yang perlu dibuat. So, hari ni Kak Bell share cara nak buat ayam bakar madu guna Russel Taylor air fryer AF24.

Ayam Bakar Madu

Selalunya bila nak menggoreng jejari kentang (fries), nugget atau ayam yang menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang banyak amat melecehkan. Bukannya apa, nak menyimpan baki minyak tu yang rimas.

Disebabkan baru status newbie, harini Kak Bell kongsikan resepi ayam bakar madu menggunakan air fryer. Kak Bell pun dah mula rujuk group memasak air fryer di FB, tambahan pula rakan sekerja di pejabat pun ramai yang pakai. Lepas ni nak cari baking paper dan cooking spray. Ada kelapangan, boleh Kak Bell kongsikan resepi lain bila menggunakan air fryer.

resepi ayam bakar diet

Bagi korang yang nak baca tentang air fryer Kak Bell, bolehlah klik sini > Russell Taylor Air Fryer Review. Jom lihat bahan-bahan untuk Resepi Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer.


Bahan A
5 ketul bahagian ayam
2 sudu lada hitam (dikisar halus)
Kicap manis
Madu
Garam
Butter/minyak zaitun/minyak masak

Bahan B
1 biji hirisan lemon 
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar/holland
1 biji capsicum
1 biji brokoli
1 biji kentang
1 paket thyme segar

Cara membuatnya:
1) Basuh bersih ke semua bahagian ayam, cuci dan hiris/potong bahan-bahan B. Untuk daun thyme cuma potong 2 atau 3 bahagian sahaja.
2) Gaulkan bahagian ayam dengan semua bahan A kecuali butter. Untuk menu ni Kak Bell hanaya guna butter. Perap 1 jam atau semalaman. Kak Bell perap 20 minit sahaja.

ayam bakar madu air fryer

3) Pre-heat air fryer pada suhu 150°C selama 10 minit dan masukkan ayam dan renjiskan sedikit minyak atau sapukan butter atas ayam.
4) Taburkan sedikit daun thyme dan masak pada suhu 200°C selama 20 minit. Boleh balikkan ayam selepas 10 minit memasak.

resepi ayam bakar air fryer


Nak bakar ayam guna air fryer berapa minit?
5) Selesai masak ayam, campakkan sayur kemudian masak pada suhu 150°C selama 10 minit. Untuk kentang pepandai lah adjust masa dan suhu sampai masak.

Kak Bell asingkan memasak ayam dan sayur sebab sayur cepat masak. Bila masukkan sekali dengan ayam, sayuran cepat burn dan tak cantik. Mungkin boleh juga letakkan sekali, tetapi letakkan sayur di bahagian bawah ayam (Kak Bell belum cuba, jadi tak pasti hasilnya).

Resepi Air Fryer Ayam Bakar Madu Blackpepper

Resepi Air Fryer Ayam Bakar Madu Blackpepper

Memang sedap sangat ayam yang dimasak dengan air fryer ni. Semua bahagian ayam pun masak sempurna. Sangat puas hati. Makan pula dengan bihun sup resepi nenek pendek terus terbungkang lepas makan!

Resepi Air Fryer Ayam Bakar Madu Blackpepper
Ayam Bakar Madu yang tender

Resepi Air Fryer Ayam Bakar Madu Blackpepper

Bagi yang ada pengalaman dan ada resepi masakan menggunakan air fryer, mungkin boleh berkongsi dengan Kak Bell di ruangan komen di bawah. Mesti korang diluar sana lebih arif dan pandai dalam bab masak-memasak ni. Esok Kak Bell nak cuba masak daging pula dengan menggunakan Russell Taylors AF-24 ni. Muah!

ayam bakar madu, resepi air fryer russell taylor, koleksi resepi Air Fryer, resepi ayam bakar air fryer, resepi ayam bakar diet,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post