Timun Tua Tumis Telur - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Timun Tua Tumis Telur

Trending

Timun Tua Tumis Telur

Tahun 2019 dah pun melabuhkan tirainya. Selamat tahun baru 2020 buat semuanya. Masa kecil dahulu Kak Bell rasa terlalu lama nak tunggu tahun 2020, alhamdulillah dipanjangkan unur menginjak ke tahun yang baru. Ramai yang kongsikan resolusi tahun baru dan sorotan tahun yang lalu. Biasalah pasti ada pahit manisnya kan. Walauapapun yang buruk dan tidak bernasib baik kita jadikan pelajaran dan pengalaman untuk masa yang akan datang.


Tahun baru kali ini Kak Bell bercuti dari bekerja. Kebiasaannya memang akan kerja dan tak akan bercuti pada Public Holiday. Sekarang pun jika waktu cuti hanya banyaj habiskan masa di rumah dengan anak-anak. Kalau ada kepentingan dan urusan baru Kak Bell keluar. Cadangnya harini nak buat sambal ayam tetapi malas nak ke pasar. Jadi masaklah apa yang ada.


Sebelum ni Kak Bell ada kongsikan resepi Timun Tua Masak Lemak dan harini Kak Bell buat timun tua tumis. Sebelum ini Kak Bell hanya pernah makan bersama dengan gulai tempoyak ikan patin dan baru sekarang nak cuba memasaknya sendiri. Rasanya ramai juga orang di luar sana tu tak kenal timun tua kan? Timun tua ni bukannya timun biasa yang di makan dengan nasi lemak tu. Kulitnya berwarna coklat tetapi fungsinya sama digunakan dalam masakan untuk menyejukkan badan. Bagi Kak Bell rasa timun tua ni lebih sedap berbanding timun biasa jika dibuat masak sup mahupun goreng.


Bahan-bahan
1 biji timun tua
3 ulas bawang putih
1 biji telur
2 sudu udang kering
1 genggam taugeh
1 biji lada merah/hijau
Minyak
Garam
Air

Cara memasak:
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama udang kering yang telah dibasuh. Kak Bell hanya gunakan bawang putih sahaja. Nak guna bawang merah pun ok.


2) Bila dah naik bau, pecahkan telur dan kacau.


3) Masukkan timun tua yang telah dipotong, kemudian masukkan sedikit air. Untuk timun, Kak Bell buang isi dibahagian tengah untuk mengelakkan lendir.


4) Bila timun dah masak, masukkan lada merah/hijau.
5) Tambahkan garam dan perasa dan masukkan taugeh


6) Kacau seketika dan boleh ditutup api. Taugeh tu sengaja Kak bell masukkan sebab sayang masih elok nak dibuang. 

TIPS!
  • Boleh tambahkan cili kisar/boh jika nak pedas dan pastikan betul-betul masak.
  • Boleh gantikan dengan timun biasa juga.
  • Boleh juga masukkan telur selepas timun masak (step 4).


Kak Bell punya masakan kali ni agak coklat sebab terleka membalas pesanan di telefon. Tak perasan pula cepat kering air yang dimasukkan tadi. Nasib baiklah tak hangit telur dibuatnya. Nanti nak memasak jangan terleka pula dengan hal lain. Nasib baiklah masih sedap lagi rasanya. Hehe. Lepas ni nak cuba buat sup pula. Selamat memasak.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post