Retro Klang Memartabat Tradisi Dan Warisan Negara - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Retro Klang Memartabat Tradisi Dan Warisan Negara

Trending

Retro Klang Memartabat Tradisi Dan Warisan Negara

Buat pertama kalinya Kak Bell telah berpeluang menyertai flashmob kebudayaan di Selangor. Program #RetroKlang ini sebenarnya telah berlangsung pada 3hb Ogos 2019 yang lepas hasil kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Local Companion (LOCCO), sebuah organisasi yang meraikan kebudayaan setempat di Malaysia. Walaupun telah menjengah tahun baru 2020, terasa rugi jika Kak Bell tidak kongsikan momen istimewa di acara tersebut.


Acara Retro Klang 2019 ini merupakan flash mob awam bersempena dengan bulan kemerdekaan yang julung kali di Negeri Selangor dengan tujuan mempromosi keistimewaan negeri Selangor khususnya Bandar Diraja Klang. Retro Klang diinspirasikan daripada program Keretapi Sarong, salah satu acara flashmob anjuran Locco yang telah berjaya menarik seramai 1500 peserta orang awam berkain sarong dengan menaiki keretapi (LRT & MRT) pada tahun 2017 dan seramai 2000 pada tahun 2018.

Selain itu acara ini juga bertujuan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dengan meraikan busana dan warisan negara kita dalam semangat kemerdekaan. Kesemua peserta akan berpakaian retro dan busana kebangsaan dengan menaiki komuter ke Bandar DiRaja Klang. 


Pada acara tersebut Kak Bell telah memilih untuk memakai busana Puteri Perak. Pakaian Puteri Perak ini merupakan pakaian tradisi negeri Perak yang terdiri daripada baju songket bunga tabur atau jong sarat, kain samping, selendang, pending dan cucuk sanggul. Uniknya, busana ini menggunakan seluar panjang bagi menggantikan kain sarung. Jika dahulunya busana ini hanya dipakai oleh kaum kerabat sahaja dan kini sudah digayakan oleh orang kebanyakkan.

Busana Puteri Perak

Walaupun nampak aneh, tetapi Kak Bell bangga menggayakan pakaian ini. Bukan selalu kita dapat menggayakan busana tradisional. Kak Bell berpendapat keunikan pakaian tradisional ini harus dikekalkan agar generasi muda dapat mengenali tradisi dan asal-usulnya kerana warisan negara harus dipelihara.

Para perserta #RetroKlang berkumpul seawal 8.15 pagi di KL Sentral sebelum memulakan perjalanan dengan menaiki komuter ke stesyen Klang. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk para peserta sepanjang perjalanan ke Klang dan setibanya di stesyen KTM Klang, para peserta akan berjalan selama 3 minit ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz untuk acara kemuncak Retro Klang.

Diantara rakan blogger dengan pakaian retro dan tradisi

Bersama blogger Ruby dan Rafzan Tomomi #langgarpintu

Dari stesyen KL Sentral, kesemua peserta telah menaiki koc sewa khas yang dibawakan oleh KTM Holiday. Keretapi istimewa ini mempunyai koc-koc yang pelbagai dan boleh disewa oleh orang ramai untuk sesuatu majlis. Koc chillex dan koc karaoke yang telah diubah suai menjadi koc pesta muda mudi, selain koc kerabat diraja yang amat cantik, mewah dan amat menarik perhatian.

Koc Kerabat Diraja



Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Joget Selangor, demonstrasi kuih Selangor, permainan tradisi, ‘mini treasure hunt’ dan pameran koc sewa khas KTM Holiday. Disebabkan terlalu sarat dengan headgear Puteri Perak, Kak Bell tak sempat hendak mengambil gambar kesemua peserta. Apa yang penting, keseronokkannya terasa ibarat kembali mengimbau zaman-zaman dahulu.




Acara ini dirasmikan oleh Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Exco Pelancongan Negeri Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan. Berikut adalah sebahagian yang sempat dirakamkan semasa acara Retro Klang 2019.




 Pulangkan!!



Program Retro Klang kali ini turut disertai disertai dan dibantu oleh rakan komuniti seperti Sukarelawan Locco, pelajar perubatan-Ramsay Sime Darby Healthcare College, pelajar fashion-UNITAR, Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM), Projek Travel (kumpulan komuniti blogger) serta gerakan sosial-Suspended Meal.


Retro Klang berharap objektif untuk menyatupadukan pelbagai kaum dengan meraikan busana tradisi dan warisan negara kita dapat dicapai dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan serta mempromosikan Bandar Diraja Klang sebagai antara pusat pelancongan di Selangor.

Kebanyakkan gambar adalah dari Abg Zarnizar dan Mawardi Yunus. Terima kasih.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post