Resepi Timun Tua Masak Lemak Putih - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Timun Tua Masak Lemak Putih

Trending

Resepi Timun Tua Masak Lemak Putih

Hi semua! 2 hari ini Kak Bell bercuti menghabiskan cuti tahunan tetapi tiada perancangan nak ke mana-mana. Jemputan ke event pun tak ada sebab sis kan sendu. Jadi duduk rumah sahajalah. Macam yang Kak Bell beritahu sebelum ni, sejak Ogos 2019 memang Kak Bell malas gila nak menulis blog sebab stress. Nasib baiklah dah nak menjengah tahun baru, barulah hati ada tenang dan fikiran mulai fokus semula nak menulis. Menuju alaf baru 2020 katanya. Yang penting baru hari ini masuk ke dapur memasak sebab lapar dan berkongsi resepi. Haha.


Ceritanya Timun Tua ni dah di beli minggu lepas dan perancangan awal nak masak bersama dengan Daging Berlado dan Ayam Padang tempohari. Dah masak 2 lauk, terasa malas dan banyak pula makanannya. Jadi, memasaklah Kak Bell resepi Timun Tua Masak Lemak Putih bersama dengan tauhu/tofu hari ini.

Semalam Kak Bell ada berkongsi di IG story sayur apakah ini? Ada yang meneka Timun Jepun, Labu Air dan Petola. Minta maaflah kepada yang jawab sayur petola tu. Memang salah terus ye. Hehe. Btw, terima kasihlah respon pada Kuiz di IG story Kak Bell.


Timun Tua ni orang panggil juga sebagai timun masak atau timun bendang. Bagi masyarakat Cina, lebih dikenali sebagai Chinese Old Yellow Cucumber. Bezanya dengan timun biasa adalah warna kulitnya kuning. Sebelum ni Kak Bell tercari-cari juga kat kedai bawah rumah ni. Tak pernah pula ada. Timun Tua ni boleh di masak sup atau goreng seperti sayur biasa dan mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan. Paling sedap kalau dimasukkan sekali dalam masakan Tempoyak Ikan Patin dan Mask Lemak Cili Padi. Memang menu masakan kesukaan Kak Bell.

Timun Tua

Ada juga yang bertanya, kulit timun tu tak dibuang ke? Untuk kulit timun tua tu, kalau rajin buangla semua sampai licin bersih tetapi Kak Bell hanya kikis ala-ala sahaja kulitnya. Tak nak buang kulit pun boleh, cuma basuh bersih, potong serong ikut suka, kemudian campakkan aje ke dalam periuk. Boleh sahaja makan, tak adalah keras macam kulit kayu pun. Bila dah masak, sama je macam makan timun biasa tu. 

Timun Tua ni sebenarnya lambat lembut, so eloklah rebus dahulu sebelum masak. Nak masak terus pun boleh tapi santan masuk akhir sekali lah. Kalau untuk goreng biasa, buang semua kulit, potong halus panjang dan lebihkan sedikit air. Pada awalnya, Kak Bell nak gunakan udang kering tetapi harga mahal nak mampus. Dalam sesudu secoet je harga RM2.50! Jadi Kak Bell pakai udang geragau kering ajelah. Janji ada rasa kan!

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan A
1 batang timun tua
2 biji lada merah
2 biji tauhu
1 paket suhun (direndam)
1 kotak santan kecil
Air secukupnya

Bahan B (tumbuk/kisar)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (sederhana)
1 genggam udang geragau

Cara memasak:
1) Basuh bersih timun, kikis atau buang kulit luar dan isinya. Rebus dahulu sehingga lembut.

Rendam suhun dan tauhu dalam air

2) Tumbuk bahan B dan masukkan dalam periuk. Disebabkan lesung batu kena culik, so Kak Bell pakai blender kering.


3) Campurkan santan dan air ikut kepekatan dan kesesuaian dan biarkan mendidih.


4) Masukkan timun tua yang telah dipotong dan lada merah dan tauhu.


5) Tambahkan garam, sedikit gula dan perasa jika suka.
6) Kacau sentiasa untuk elak santan pecah minyak.


TIPS!
  • Boleh gunakan udang kering, pucuk dan udang segar (lemak kuning)
  • Jangan biarkan santan terlalu lama atas dapur kerana takut pecah minyak
  • Jika goreng biasa, buang semua kulit timun
  • Boleh juga tumis dahulu bahan B dengan sedikit minyak

Akhirnya tercapai dah hajat nak makan timun tua. Lepas ni Kak Bell nak gunakan untuk bahan masak tempoyak ikan patin. Masak lemak ini kalau dimakan dengan ikan goreng dan sambal belacan pasti sedap ya amat. Selamat memasak.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post