Masakan simple ni Kak Bell masak bersama dengan sayur taugeh goreng tempohari. Biasalah, masa nak makan mesti ada menu yang sambal atau rasa pedas. Kalau tak memang rasa tak puas makan. Resepi menggunakan telur ni dah memang common sebab sangat mudah. Tambah pula kalau dah tak ada bahan memasak kat rumah. Goreng telur sahaja lah yang senang. Kalau tak nak buat telur goreng mata kerbau, boleh je buat jadi telur rebus. Bahan-bahan dan cara memasaknya sama sahaja.
Kali ni Kak Bell buat telur mata kerbau sambal. Telur tu ikut sukalah nak pakai gred apa, Omega ke, Organik ke. Resepi yang Kak Bell buat haritu tak ada tambahkan sos cili dan tomato sebab dah habis, sebab tu pekat dan nampak sambal semata. Jika sukakan sedikit berkuah sedikit cuma tambahkan sahaja sedikit air.
Kalau nak tengok resepi telur yang lain, boleh semak kat bawah ni. Lebih kurang sahaja resepinya.
Bahan A
3-4 biji telur
1 biji bawang besar/holland
2 senduk cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Air asam jawa
Garam dan gula
Sedikit air
Bahan B (kisar)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
1) Telur dicuci bersih dan goreng telur sebiji demi sebiji telur ala mata kerbau.
2) Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan B.
3) Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
4) Tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata.
5) Masukkan airasam jawa dan sedikit air.
6) Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka
7) Masukkan telur goreng tadi dan hirisan bawang
Kalau korang nak masukkan sedikit sos tiram sedikit pun boleh. Ok, dah ada jenis telur goreng mata kerbau, telur hancur dan juga telur rebus. Jadi versi mana yang korang suka?