Jika ke Indonesia pasti Kak Bell tak akan lepaskan peluang makan masakan Padang. Kalau dalam seminggu bercuti di sana harus berselang seli juga dengan makanan Sunda. Masakan Padang ni kiranya bukanlah menu asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kebanyakkan menu-menu masakan Padang ni mostly sedap belaka. Ok, salah satu menu yang digemari adalah masakan Daging Berlado. Kalau di Malaysia kita panggil Daging Berlada lah.
Cara memasak:
1) Rebus terlebih dahulu daging dengan biji ketumbar dan sedikit garam sehingga empuk dan kemudian hiris nipis.
2) Ketuk kesemua daging rebus tadi dalam lesung batu.
3) Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan Bahan B sampai layu dan ketepikan.
4) Tumbuk ke semua bahan B yang sudah digoreng dalam lesung.
5) Kemudian goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
6) Masukkan semula Bahan B yang telah ditumbuk, kacau seketika.
7) Tambahkan serbuk perisa, garam dan sedikit gula.
8) Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
TIPS!
Mudah sahaja kan? Untuk masakan tempohari sebenarnya tak cukup cili merah, jadi Kak Bell gunakan cili hijau. Jadi warna cilinya tak adalah nampak berlado sangat. Nanti korang pepandailah adjust sendiri berapa banyak cili merah yang nak digunakan. Selamat mencuba!
Awalnya masih tak tahu nak masak menu apa, kemudian teringat akan menu masakan Maria Tunku Sabri Gulai Ayam Padang. Jadi menu yang akan Kak Bell kongsi adalah Gulai Ayam Padang dan Daging Goreng Berlada. Selain membeli daging dan ayam untuk masakan Padang, Kak Bell ada juga beli ubi manis putih. Memang dah plan sebab nak cuba potong ubi ni gunakan Manual Slicer Konstar yang baru Kak Bell beli. Untuk entri kali ni, Kak Bell kongsikan resepi daging dahulu, yang lain menyusul nanti ya.
Bahan A
500gm daging
8 ulas bawang putih
3 sudu biji ketumbar
Bahan B
10 biji cili merah/hijau
4 biji cili padi merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
Bahan C
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
3 helai daun limau purut
Cara memasak:
1) Rebus terlebih dahulu daging dengan biji ketumbar dan sedikit garam sehingga empuk dan kemudian hiris nipis.
3) Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan Bahan B sampai layu dan ketepikan.
4) Tumbuk ke semua bahan B yang sudah digoreng dalam lesung.
5) Kemudian goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
6) Masukkan semula Bahan B yang telah ditumbuk, kacau seketika.
7) Tambahkan serbuk perisa, garam dan sedikit gula.
8) Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
TIPS!
- Daging direbus terlebih dahulu supaya lebih rangup bila digoreng
- Boleh tambah tomato dipotong dadu untuk Bahan B
- Sekiranya terlebih pedas, lebihkan sedikit gula
- Boleh juga gunakan jus limau nipis jika tak gunakan daun limau purut