Hi korang semua. Diam tak diam dah menjengah bulan Disember 2019 dah. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. Sejak dari bulan Ogos lalu, memang kak Bell dah slow sikit nak memblog dan yang sewaktu dengannya. Memang sedikit hilang fokus dengan pelbagai isu. Semua orang pun ada masalah sendiri dan harapnya bulan ni Kak Bell dapat 'pace' semula dan kekal positif.
Resepi Ayam Masak Borneo ni Kak Bell dapat resepi dari kawan dan dah pernah Kak Bell kongsikan dulu. Untuk resepi dulu, Kak Bell cuma masak sahaja tanpa melihat cara sebenarnya menyediakan Ayam Borneo. Zaman belajar dulu, memang selalu dengan kawan-kawan di UKM berkumpul dan memasak sama-sama. Teringat kemeriahan zaman belajar dulu. So, kali ni Kak Bell berkongsi dapur sediakan makan malam dengan menu Ayam Masak Borneo dan Asam Pedas Blackpepper. Jom kita tengok bahan-bahannya dahulu.
Bahan A
7 ketul bahagian kepak ayam
2 biji bunga lawang
2-3 batang kulit kayu manis
2 batang serai (diketuk)
2 sudu sos cili
Kicap manis cap kipas udang
Air asam jawa
Garam
Perasa kesukaan
Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
3 sudu cili kisar *stok dah siap awal
10 biji cili api hijau
6-7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Untuk bahan ayam, dicadangkan guna bahagian kepak kesemuanya. Kalau tak ada boleh sahaja gunakan bahagian lain tapi potong kepada bahagian yang lebih kecil. Dalam masakan ni, korang guna cili padi hijau. Disebabkan terlupa beli yang hijau, so pakai ajelah yang merah. Kicap pula mesti gunakan Kicap Manis Cap Kipas Udang ye, baru afdal masakan korang sebab kita nak ada rasa manis kicap dan pedas cili tu nanti. Nak tengok resepi lama, korang boleh klik sini > Ayam Kicap Borneo
Cara memasak:
1) Tumbuk/kisar semua bahan B sederhana hancur/lumat.
2) Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
4) Masukkan 3 sudu cili kisar dan tumis hingga masak dan pecah minyak (Jika tiada stok rebus dalam 10 biji cili kering).
5) Masukkan ayam dalam kuali dan biarkan hingga air ayam keluar.
7) Masukkan kicap manis cap kipas udang secukupnya, 2 sudu sos cili dan air asam jawa.
9) Keluarkan kulit kayu manis dan bunga lawang tadi.
10) Biarkan kuah kering sedikit dan boleh tutupkan api.
TIPS!
- Untuk serai ketuk sahaja supaya tak renyah masa nak makan
- Tak perlu guna terlalu banyak sos cili dan cili kisar. Cukup sekadar memekatkan kuah
- Ayam tidak perlu digoreng dan lebih sedap gunakan bahagian kepak ayam
- Kulit kayu manis dan bunga lawang dikeluar lepas masak untuk elak masakan rasa pahit
Nak hasil menarik korang hiaslah dengan lada ke apa. Yang ni janji siap dan sedap dan konpem sedaplah! Resepi Asam Pedas Blackpepper tu nanti Kak Bell kongsikan. Ni pun rare juga sebab pertama kali cuba dan tak menggunakan belacan. Buat pembaca yang dah mencuba resepi ni nanti bolehlah komen ya.