Rawatan Laser 20 Minit NOVU AESTHETICS Tidak Seperti Dijangkakan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Rawatan Laser 20 Minit NOVU AESTHETICS Tidak Seperti Dijangkakan

Trending

Rawatan Laser 20 Minit NOVU AESTHETICS Tidak Seperti Dijangkakan

Ketika sedang meniti usia kebanyakkan dari kita pasti ada rasa gusar tentang permasalah kulit wajah. Masalah pigmentasi, kulit nampak lebih tua dari usia dan tidak bermaya adalah isu biasa terjadi kepada kita. Kak Bell sendiri pun kadangkala jadi stress dibuatnya. Sebelum ini, Kak Bell pernah juga mendapatkan rawatan estetik di beberapa klinik estetik terkenal. Terus-terang kebanyakan prosedur rawatan agak menyakitkan. Memang suatu pembohongan kalau ada yang cakap tidak sakit, sakit seperti digigit semut! Mungkin dilahirkan sebagai Superwomen agaknya. Tetapi demi nak cantik, Kak Bell gigih juga mencuba.


Sebelum ini Kak Bell sudah mencuba rawatan NOVU ACNE-DOTE di NOVU Aesthetics untuk rawatan Anti-Blemishes dan jerawat. Kunjungan kali kedua ini, Kak Bell nak cuba rawatan laser yang mampu membuatkan wajah berseri dalam masa 20 minit. Betul ke dalam masa 20 minit dah nampak hasilnya?  Kalau nak tahu, jom ikuti lebih lanjut.

Baca lebih lanjut untuk rawatan Anti-Blemishes + Acne > NOVU ACNE-DOTE


Bagi yang belum mengenali NOVU, NOVU adalah jenama estetik perubatan global yang berasal dari Singapura dan diasaskan oleh bekas pegawai bank pelaburan Nelson dan Terence Loh. NOVU merupakan jenama yang telah memenangi anugerah dalam bidang estetik dan  mereka menyediakan rawatan estetik dengan hasil yang pantas, selamat dan berkesan. Terdapat 40 buah klinik estetik NOVU di 8 buah negara iaitu di China, Taiwan, Spain, Myanmar, Singapore, Indonesia, India dan juga di Malaysia. Outlet NOVU Aesthetics di Parkson Sunway Pyramid ini adalah merupakan outlet pertama dan tunggal di Malaysia.

Untuk merasai sendiri pengalaman dan keberkesanan rawatan di sini, Kak Bell bersama-sama dengan 8 orang rakan telah berkunjung ke NOVU Aesthetics pada minggu lepas bagi mendapatkan rawatan wajah. Kak Bell telah mendapatkan rawatan P+ Phyto Laser, Ion Infusion dan Radiance Light semasa sesi tersebut. Terima kasih buat pihak NOVU AESTHETICS untuk sesi NOVU x FRIENDS pada kali ini.

Dari kiri; Mia Anwar, Ebi, Dizliana, Anushya dan Pan

Dari kiri; Comel Azhar, Sarah, Yusrina, Mrs. Anushya (from NOVU)

P+ Phyto Laser
Merupakan rawatan signature NOVU. P+ Phyto Laser adalah rawatan laser untuk merawat masalah pigmentasi, meremajakan kulit, menghaluskan kulit wajah dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Rawatan P+ Phyto Laser akan membersihkan pori tersumbat pada wajah dan menghalang pertumbuhan bakteria serta merangsang pengeluaran kolagen pada wajah.

P+ Phyto Laser Treatment

Bagi yang memakai make-up, wajah akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum rawatan. Rawatan ini hanya menggunakan laser ringan (non-ablative, non-invasive) dan tidak memerlukan pemakaian krim kebas pada muka. Rasa sakit ketika proses laser adalah ringan dan tiada kesakitan langsung selepas proses selesai. Prosedur ini memang cepat dan tidak menyakitkan berbanding rawatan laser lain yang pernah Kak Bell cuba. 

Ion Infusion
Rawatan NOVU Ion Infusion bertujuan menggalakkan pembaharuan sel dan mengurangkan kesan bintik hitam pada muka. Untuk prosedur ini, muka akan di sapu dengan serum Kakadu yang diperkaya dengan ekstrak Kakadu Plum, yang mengandungi 100 kali lebih Vitamin C daripada limau. Gel sejuk akan diratakan ke seluruh wajah sebelum urutan dibuat dan proses ini sangat menyenangkan dan rileks.

Ion Infusion dan Radiance Light Treatment

Ion Infusion machine

Radiance Light
Rawatan Radiance Light adalah rawatan Intense Pulsed Light (IPL) untuk menjadikan kulit lebih bercahaya, cerah dan sihat. Rawatan ini juga bertindak sebagai anti-radang dan dapat membunuh bakteria pada muka bagi mengurangkan pengeluaran sebum untuk mengawal pembentukan jerawat.


Verdict
Memang Kak Bell tak percaya dengan 20 minit rawatan, terus nampak hasilnya! Paling menarik ianya tidak menyakitkan dan tiada kesan rawatan terbakar laser atau breakout pada wajah. Pada Kak Bell, rawatan di NOVU memang selamat, cepat dan berkesan. Instant result boleh didapati selepas rawatan selesai. Hasil yang paling menyerlah kulit nampak lebih cerah, tidak berminyak dan lebih hidrasi.Memang terasa perbezaan pada kulit muka yang terasa lebih licin, lembut dan glowing walaupun tanpa make-up.

Bagi yang ada masalah kulit seperti jerawat (boleh cuba rawatan Acne-Dot), pigmentasi, masalah pori besar dan garis halus memang sangat sesuai mendapatkan rawatan kombo ini. Tidak perlu risau untuk dapatkan rawatan di sini sebab semua rawatan mereka telah menjalani ujian klinikal dan diperakui selamat. Paling berbaloi sebab prosesnya cepat, berkesan dan juga tidak begitu mahal.


Harga rawatan untuk P+ Phyto Laser, Ion Infusion dan Radiance Light adalah bernilai RM672 dan harga ala-carte bagi Ion Infusion ialah RM168. Kebiasaannya, NOVU Aesthetic akan mengadakan promosi seperti 3x sesi rawatan Ion Infusion hanya pada harga RM168! Memang sangat berbaloi untuk dicuba. Sebelum ke event atau parti, 20 minit rawatan terus boleh berseri-seri.


Untuk membuat temu janji, boleh terus walk-in ke kaunter NOVU di Parkson Sunway Pyramid dan rujuk laman berikut untuk maklumat lanjut.

NOVU AESTHETICS MALAYSIA
G1.22, PARKSON SUNWAY PYRAMID
No.3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya, Selangor
Operating Hours: 10AM – 10PM
Tel: +603 56210203
Email: SPMY@novuclinic.com

Website: https://iamnovu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/novuaestheticsmy/
Instagram: https://www.instagram.com/novuaestheticsmy/
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post