Outlet Ke-5 Jalan Jalan Japan Kini Dibuka Di KIP Mall Bangi - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Outlet Ke-5 Jalan Jalan Japan Kini Dibuka Di KIP Mall Bangi

Trending

Outlet Ke-5 Jalan Jalan Japan Kini Dibuka Di KIP Mall Bangi

Pada awal Disember lalu, Kak Bell telah berkunjung ke outlet Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall Cheras. Disebabkan keseronokan berbelanja dengan bajet yang murah, sekali lagi Kak Bell datang ke Jalan Jalan Japan untuk shopping. Tapi kali ini, Kak Bell ke cawangan terbaru mereka dan merupakan outlet ke-5 Jalan Jalan Japan di KIP Mall Bangi yang bakal dibuka kepada umum pada 28hb Disember 2019 ini.

Jalan Jalan Japan


Outlet pertama JJJ Superstore telah dibuka pada November 2016 di One City Sky Park, USJ dan setelah mendapat reaksi positif dari rakyat Malaysia, outlet kedua mereka dibuka di 1 Shamelin Mall, Cheras pada September 2017 dan seterusnya outlet JJJ Superstore at CenterPoint Seremban (2018), M3 Mall Gombak (2019) dan yang terbaru di KIP Mall. Jom baca lebih lanjut untuk ketahui pengalaman membeli-belah barangan preloved dari Jepun ini.

Kesemua barangan pre love di JJJ Superstore ini telah dibawa melalui syarikat Bookoff Corporation Japan iaitu syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk barangan preloved Jepun untuk dijual di kedai Jalan Jalan Japan di Malaysia. 

Outlet JJJ KIP Mall, Bangi
Outlet JJJ KIP Mall, Bangi

Jepun sebagai sebuah negara yang berkepadatan tinggi di dunia, kebanyakkannya tinggal di dalam apartment dengan ruang yang sangat kecil dan kompak. Jadi ruang penyimpanan dalam rumah yang terhad telah menyebabkan gaya hidup mereka untuk tidak menyimpan banyak barang dalam rumah. Jadi rakyat Jepun ini akan menjual semula barangan terpakai yang tidak digunakan lagi. Menariknya kesemua barangan tersebut masih dalam keadaan dan kualiti yang masih baik.

Pengarah JJJ, Mr Daichi dan staff JJJ KIP Mall
Pengarah JJJ, Mr Daichi dan staff JJJ KIP Mall

Semua jemputan bersemangat nak membeli-belah
Semua jemputan bersemangat nak membeli-belah

APA YANG ANDA BOLEH BELI DENGAN RM100 DI JJJ?

Kisahnya minggu lepas, Kak Bell telah berkesempatan ke pre-opening party outlet ke-5 Jalan Jalan Japan di KIP Mall, Bangi. Untuk kunjungan kali ke-2 ke JJJ, sudah pasti lah Kak Bell tidak melepaskan peluang dapatkan barangan yang murah dan menarik seperti tempohari. Terdapat pelbagai bahagian di sini seperti perhiasan rumah, alat tulis, perkakasan dapur, pingan-mangkuk, pakaian lelaki dan wanita, kasut, beg, aksesori, cenderahati, barangan perhiasan kecil, bahagian sukan dan golf, koleksi miniature watak-watak komik, mainan budak-budak dan banyak lagi.

Bahagian luggage
Bahagian luggage

Bahagian beg
Bahagian beg


Tas tangan kesemuanya sangat elegan
Tas tangan kesemuanya sangat elegan

Bahagian aksesori topi dan tali pinggang
Bahagian aksesori topi dan tali pinggang

Pengalaman membeli-belah di JJJ dan barangan yang dijual di sini memang berbeza dari kedai-kedai bundle atau preloved sedia ada di Malaysia. Sebab Kak Bell suka berkunjung ke sini sebab pakaian yang dijual tidak berbau seperti yang biasa ada di kedai bundle. Kesemua baju yang dijual kepada Bookoff Corporation Japan telah melalui proses 'hot steaming' dimana ianya dibersihkan, digosok dan seumpamanya sebelum dihantar ke Malaysia. Masa membeli baju memang Kak Bell cuba juga cium dahulu sebab trauma dengan baju berbau busuk dan kepam. Jadi memang confirm baju yang dijual bersih dan tidak berbau.

Bahagian baju kanak-kanak
Bahagian baju kanak-kanak

Bahagian baju wanita
Bahagian baju wanita


Kak Bell beli kedua-dua baju berbulu ni dengan harga RM10 setiap satu
Kak Bell beli kedua-dua baju berbulu ni dengan harga RM10 setiap satu

Outlet JJJ KIP Mall ni memang sangat besar dan ada pelbagai barangan yang korang semua tak akan jangka boleh di dapati di sini. Kesemuanya tersusun rapi di atas rak dengan pelbagai pilihan yang membuatkan Kak Bell rambang mata.

Bekas yang diperbuat daripada kayu
Bekas yang diperbuat daripada kayu

Jewelry box
Jewelry box

Kuali non-stick Tefal berharga RM60 (harga asal RM250+)
Kuali non-stick Tefal berharga RM60 (harga asal RM250+)

Mana tidaknya, setiap bulan sejumlah 5-6 kontena barangan dari Jepun sampai ke Malaysia bagi memenuhi permintaan masyarakat Malaysia yang semakin menerima barangan preloved dari Jepun. Tidak cukup dengan jumlah tersebut, pada November 2018, terdapat peningkatan kepada 9 buah kontena yang sampai untuk dijual di kesemua outlet JJJ yang ada. Di bawah ni, Kak Bell belanja gambar untuk bahagian-bahagian barangan yang ada di sana.

Bahagian kasut lelaki
Bahagian kasut lelaki

Bahagian kasut wanita
Bahagian kasut wanita

Bahagian sneakers
Bahagian sneakers


Bagi ibu bapa yang ingin mencari barang-barang keperluan bayi atau kanak-kanak pun boleh didapati di JJJ. Tempat makan budak, car seat, patung mainan anak-anak dan macam-macam lagi. Harga barang-barang yang dijual juga amat berpatutan, bermula dengan harga serendah RM1 sehingga ke RM200. Memang sangat murah dan berbaloi dengan kualiti barang yang ditawarkan.

Bagi

Bagi

Buat peminat koleksi figura komik dan karektor dari Jepun pun boleh di beli di sini. Kalau peminat fanatik komik Jepun mesti kenal dengan watak-watak di bawah ni. Kak Bell cuma kenal Sailormoon dengan Doraemon ajelah. Hehe.

Sukanya  watak komik yang comel ni!
Sukanya  watak komik yang comel ni!

Sukanya  watak komik yang comel ni!

Bahagian peralatan dan pakaian golf
Bahagian peralatan dan pakaian golf

Bahagian papan luncur air
Bahagian papan luncur air

Sebelum anda semua datang ke Jalan Jalan Japan untuk membeli-belah, Kak Bell kongsikan apa yang perlu anda tahu dan polisi JJJ buat pelanggan.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli-belah Di JJJ?

1) Proses hot steaming pakaian

Semua barang pakaian di JJJ telah menjalani proses hot steaming, telah dibersihkan dan pakaian telah diseterika. Kesemua baju bersih dan tidak berbau sebelum penghantaran ke outlet JJJ.

2) Shop with confidence!

Konsep membeli-belah di sini adalah siapa cepat dia dapat kerana barang yang korang suka mungkin juga ingin dibeli oleh pelanggan lain.

3) Sila teliti kualiti barang yang hendak dibeli

Jalan Jalan Jepun mempunyai dasar pemulangan sifar. Setelah dibayar, barang tidak dapat dikembalikan jika ada masalah. Jadi periksa dahulu barangan sebelum membuat pembayaran.

4) Tidak boleh membuat tempahan

Pihak JJJ tidak boleh menyimpan atau menerima tempahan barangan untuk mana-mana pelanggan. Semuanya di atas dasar siapa cepat dia dapat.

5) Tiada jualan dalam talian

Barang yang dijual oleh JJJ hanya boleh didapai di outlet mereka sahaja. Tiada pembelian secara online boleh dibuat.

6) Tiada layanan pertanyaan ketersediaan produk

Inventori barangan di JJJ terlalu banyak, produk yang ada di outlet adalah stok sedia ada pada masa tersebut.

Kaunter pembayaran
Kaunter pembayaran

Kaunter pembayaran
Kaunter pembayaran

Untuk perkara nombor 6 tu, boleh sahaja jika hendak bertanya. Janganlah bertanya bila stok kimono nak sampai itu dan ini. Apa yang ada di rak jualan, itu lah stok yang ada pada waktu itu. Selepas lebih kurang 3 jam membeli belah di JJJ KIP Mall, Kak Bell cuma habiskan sebanyak RM165 sahaja untuk kesemua barangan di bawah ini. 

Women's Hand Bag

Women's Jacket

Berikut senarai barang yang berjaya Kak Bell bawa pulang. Semuanya memang cantik-cantik dan silalah anda semua jeles! Hehe.

1) Women's Jacket RM20
2) Women's shirt RM10
3) Women's shirt RM5
4) Women's shirt RM10
5) Women Trouser RM5
6) Women Trouser RM5
7) Women Trouser RM5
8) Belt RM5
9) Jewelry box RM20
10) Tefal non-stick pan RM60
11) Valentino sling bag RM20

Promosi Menarik Di Jalan Jalan Japan


Promosi Menarik Di Jalan Jalan Japan


1. TaPauSab

Acara ini hanya untuk pelanggan wanita shopping di bahagian pakaian wanita sahaja. TaPauSab adalah pada hari Sabtu sabtu terakhir bagi setiap bulan. Ianya hanya untuk 3 cawangan sahaja iaitu:
-JJJ at One City Sky Park USJ,
-JJJ 1 Shamelin Mall Cheras
-JJJ Centerpoint Seremban

Anda semua boleh membeli beg shopping berharga RM5 dan pilih apa jua jenis pakaian wanita sehingga beg penuh. Syaratnya beg boleh ditutup dan beg tidak koyak. Jika beli 3 beg, harga adalah RM10 sahaja.

2. Diskaun 5% untuk Selfie

Pelanggan JJJ juga boleh dapatkan diskaun sebanyak 5% hanya dengan memuat naik gambar selfie dengan hasgtag #hargagiler dan #jalanjalanjapan.my di media sosial. Syaratnya selfie penuh wajah dan tunjukkan post anda di kaunter bayaran.

shopping Mall

Jika anda shopping di sini, memang anda tidak akan jangkakan macam-macam barangan yang ada. Rasai sendiri pengalaman membeli-belah barangan terpakai Jepun yang pasti tidak akan mengecewakan. Mengapa perlu bayar lebih kan? Jadi jangan lupa untuk berkunjung ke KIP Mall Bangi pada 28hb Disember 2019 ni nanti! 

Bergambar bersama Mr. Daichi, Pengarah JJJ dan  Ms Afzan, Store manager JJJ KIP Mall
Bergambar bersama Mr. Daichi, Pengarah JJJ dan 
Ms Afzan, Store manager JJJ KIP Mall

Jalan Jalan Japan KIP Mall (Tingkat 2)

No.1, Jalan Medan Bangi (Business Park Bangi Golf Resort),
Off Persiaran Kemajuan Seksyen 6, 
43650 Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur.
Masa operasi: 10.00AM-10.00PM
Dibuka setiap hari (termasuk Public Holidays)

Lokasi outlet lain JJJ :
One City Sky Park USJ
1 Shamelin Mall Cheras
Centerpoint Seremban
M3 Mall Taman Melawati
*Terbaru oulet ke-8 telah di buka di Johor Bahru iaitu di Jalan Jalan Japan KIP Mall Masai

Maklumat lanjut boleh layari laman berikut:
Website Jalan Jalan Japan
FB: https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post