Sebahagian besar orang di dunia lebih dominan menggunakan otak kiri berbanding otak kanan. Kecenderungan menggunakan belahan otak kanan atau kiri ini membentuk cara pemikiran, jenis kerjaya dan minat seseorang. Kak Bell sendiri sebenarnya juga tidak pasti lebih cenderung ke arah yang mana. Kalau diikutkan Kak Bell meminati bidang Kimia tetapi bercanggah pula sebab tidak suka kepada bidang Matematik (dominan otak kiri) yang memerlukan otak bekerja keras. Suka juga kepada bidang seni lukis dan muzik tetapi tidak tahu melukis (dominan otak kanan). Bukan main mukaddimah Kak Bell bercerita pasal fungsi otak.
Actually, Kak Bell tertarik dengan hasil karya seorang rakan blogger Fadima Mooneira yang melukis ilustrasi selebriti terkenal menggunakan iPencil dan iPad Pro. Kemudian pula Fadima ada berkongsi posting beliau di Facebook, melukis pula dengan batik style dan membuatkan Kak Bell teruja untuk dilakar oleh beliau.
Dahulunya Kak Bell suka dan minat kepada aktiviti seni lukis dan seumpamanya. Tetapi lama kelamaan minat hilang. Disebabkan tidak pandai sangat melukis tetapi minat, ada juga Kak Bell cuba melukis potret menggunakan kaedah grid. Bolehlah tahan lukisan tu dan semuanya lukisan tangan menggunakan pensil.
Nama pentas sahaja ye. Hiks!
Paling tak sangka pernah pula hasil lukisan Kak Bell masa di sekolah rendah dipilih untuk dipamerkan di kota-kota Jepun pada tahun 1992. Kak Bell pun tahulah apa yang Kak Bell lukis. Kalau tak silap lukisan rumah atas pokok agaknya! Ini memang diluar jangkaan Kak Bell, entah apa yang juri nampak pada lukisan Kak Bell tu. Hahaha. Kita lupakan hal yang dah bertahun tu. Kalau disuruh melukis sekarang, mungkin tak akan menjadi sebab tangan dah keras.
Kalau diikutkan memang tak ramai artist yang buat batik style ilustration ni dan Kak Bell dah cuba mencari maklumat tetapi tiada. Menurut Fadima, lilustrasi batik ini sama sahaja seperti ilustrasi biasa yang menggunakan outline hitam. Bezanya, beliau menggunakan outline berwarna putih, silver atau warna emas untuk ilustrasi batik beliau. Kak Bell suka sangat illustrasi batik Kak Bell berbaju kimono ini dihasilkan.
Nampak tak lukisan tu sebijik mulut Kak Bell mencebik!
Berikut adalah merupakan hasil karya blogger Fadima yang mempunyai bakat melukis. Pada Kak Bell, beliau ada gaya dan teknik lukisan yang tersendiri. Menarik kan?
Batik style
It's me! Bella Jamal
Terdapat banyak lagi hasil karya ilustrasi Fadima. Diantranya selebriti Alex Landi, Ji Soo, Bae Suzy, Akwafina, Ayda Jebat, Neelofa dan banyak lagi. Later, boleh tengok sendiri di Instagram beliau.
Lukisan iPad Pro dan iPencil
Alex Landi Grey's Anatomy
Tahun hadapan 2020, Fadima bersedia untuk mengambil tempahan untuk melukis ilustrasi potret. Sesiapa yang berminat boleh hubungi beliau. Kak Bell kongsikan sedikit informasi tentang beliau di bawah.
Fadima Mooneira
Fadima Mooneira is a freelance illustrator and blogger from Malaysia. As an illustrator, she draws pretty girls, handsome boys, and cute things. While as a blogger, she blogs about Lifestyle, Travel, Pop-Culture, and Edutainment. Fadima describes herself as artistic, creative, innovative, imaginative, trendy, and a knowledge seeker. Fadima's wish is to collaborate and work with Elena Favili and Francesca Cavallo (author of Good Night Stories For Rebel Girls 1 & 2), and other children's storybook writers. She also wishes to write a novel and autobiography books on her favorite celebrities like Song Hye Kyo and IU.
Fadima Mooneira Art Tools
1) For hand-drawn illustrations
- Paper, mechanical pencil, markers, black ink ballpoint, gel pen
2) For digital illustrations
- iPad Pro, iPencil, Adobe sketch app, Sketches app
Nak lihat lebih dekat lagi karya beliau, bolehlah ikuti laman sosial di bawah. Jangan lupa follow Kak Bell sekali tau!
1) Blog: https://fadimamooneira.blogspot.com/
2) Twitter: @Mooneira
3) Instagram: @mughunghwa
4) Facebook: https://www.facebook.com/FMooneira
5) Hashtags: #FadimaMooneiraArts #FadimaMooneiraBlogs
Contact:
1) fadimamooneira@yahoo.com
2) garnet.earthtiger@gmail.com